Monday, April 19, 2010

bulan cukai

hmm.. akhir bulan April ni tarikh akhir bayar cukai.. kata org daripada bayar cukai lebih baik bayar zakat lebih.. betul gak kan.. yelah, kalau kita kira berapa banyak duit cukai diseleweng kan.. so, dari bayar cukai yg akhirnya menguntungkan segelintir pihak, baik bayar zakat lebih kan..

itu hari dah bayar zakat kat Lembaga Zakat Selangor.. aik, nape lak sampai selangor? dah kebetulan ada kat selangor.. so untuk berlaku adil, kena jugak bayar zakat kat negeri terengganu.. idup ganu.. oklah, nak kena carik borang maidam lak nih..

ada terbaca, dalam rezeki kita ada hak org lain.. dah tentulah kan, lepas dapat gaji kita shopping sakan, so dapatlah rezeki kat org lain kan.. bukan gitulah..haha.. tapi yg paling penting nak kena bayar zakat.. kenapa sibuk2 nak bayar zakat eh.. ibaratnya macam nilah.. bila tido kita tentulah nak lena,.. berapa ramai org yg tido tapi gelisah.. bila kaya tapi tak bahagia.. nah, ingat senang ke nak bahagia? mental dan fizikal kena bahagia.. tenteram jiwa raga.. tapi ada gak yg tak bayar zakat tapi tido lena dan tenteram jiwa raga kan... tu mesti ada alasan lain.. yelah, kot2 ke dia ni rajin sedekah ke.. rajin semayang sunat ke.. rajin doakan mak bapak ke.. pendek kata ada amalan nye yg baik gitu...

so, jom kita pakat gi bayar zakat pendapatan.. END

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!