Monday, April 26, 2010

anak lembu vs anak orang

on the way balik ke ganu dari shah alam, masa kat kemasik aku menyaksikan satu peristiwa yg amat menyentuh hati dan perasaan..

masa tgh driving kami tengok kereta kat depan kami terbabas ke seberang jalan.. nasib le x kena kete lain.. suspen betul.. kami pelankan kereta, rupanya kete tu dah langgar anak lembu.. kami tengok anak lembu tu dok tepi jalan, dah tak bergerak. Kat sebelah jalan sana ada sekawan lembu yg nak melintas jalan.. rasanya anak lembu tu melintas main redah je.. teruja kot..sori. kami jadi tergamam bila lembu2 tadi yg ramai2 tu berlari2 depan keta kami melintas jalan.. dan aku tengok lembu yg terawal sampai ke tempat anak lembu tu menjilat dan mencium anak lembu tu.. lepas tu lembu2 lain sampai dan buat perkara yg sama.. aduh, aku terpikir.. lembu pun sayangkan anak.. sayu jap tengok.. aku terpikir lagi, lembu yg x diberi akal pun boleh sayangkan anaknya yg dah mati, tapi manusia yg ada akal boleh lak campak anak kat tong sampah kat dalam sungai.. lepas campak terus blah.. memang betullah... dalam manusia ada sifat binatang dan dalam binatang ada sifat manusia... lebih tepat, dalam manusia ada sifat lembu dan dalam lembu ada sifat manusia..

Saturday @Jusco

Sabtu lepas g Jusco kelang.. g makan kat Johnny's.. g masuk Jusco.. beli barang sket, g kaunter nak bayar.. heran napa la cashier x kasi pastik nak isi barang.. tanya la kenapa x de pastik.. jawab cashier, ni ari sabtu kak.. ari x guna pastik.. la susah la macam ni.. nasib le aku beli barang 3 je..kalau x maunya meraung nak mengangkut barang..

memang la aku setuju .. sayangkan alam sekitar, sayangkan bumi.. semuanya aku memang sayang.. tapi dah kalu x de pastik tu x ke nyusahkan pengguna macam aku.. tapi yelah.. sume ni perlukan masa utk train pengguna. tapi aku masih lg rasa perlu ada penyelesaian kepada masalah g shopping x de pastik nih.. penyelesaiannya cuma 1 je.. jangan g shopping ari sabtu!

Friday, April 23, 2010

kenapa buang anak.. kan ke buang duit

Naik rimas dan sedih bila dengar bayi2 dibuang kat tong sampah.. dibakar dihanyutkan ke sungai, dibuang ke dalam tandas dan macam2 lagi.. macamana lah manusia boleh tergamak seksa bayi seusia sehari dua tu... daripada korang buang kat mana2 baik lah korang jual kat org lain ke.. punya la ramai yg mintak dapat anak tapi x dapat2.. yg senang dapat anak boleh main campak2 lak.. sakit hati juga.. kalaulah korang boleh pk, alangkah baiknya kalau korang bagi kat org lain, kurang2 dapat gak pahala sebab memberi kebahagiaan kat org lain yang dah lama inginkan anak.. lagi la bagus macam tu, daripada letak kat masjid, kat depan umah orang.. sebabnya bila budak tu dah besar, kesian lak nanti diejek kat sekolah sebagai anak pungut yg dikutip di tepi longkang.. didepan umah org.. kesian dia..

Satu lagi, bg orang Islam bila seorang anak dilahirkan sepatutnya bunyi azanlah suara yg pertama sekali anak tu dengar.. supaya terlindung dari syaitan.. abis tu, kalu lepas beranak terus letak kat atas bangku tepi longkang, nak dengar bunyi apa ek..

nilah salah satu masalah orang yg menjadi masalah kepada masyarakat kepada negara... kira masalah besar lah ni. korang pklah.. win-win situation. udah2 lah buang anak..

bila mendengar cerita sebelah pihak sahaja

kekadang dalam hidup ni kita berkawan dengan ramai org.. ramai yg mengadu itu ini begitu begini orang tu orang ni... dan kekadang sifat manusia, kita biasanya terpengaruh emosi bila mendengar cerita sebelah pihak.. cuba jangan melenting.. jangan menokok tambah dulu... dengar dulu.. jgn bg komen. dikhuatiri komen kita nanti akan sampai ke pihak lain. sedangkan kita cuma jadi pendengar pada mulanya..di situlah bermulanya.. so, kena latih diri supaya menjadi pendengar yg baik, dan kalau nak bagi komen pastikan hujung pangkal cerita kita tahu melalui pihak2 yg terbabit.. kekadang kita hanya mendengar cerita sebelah pihak dan kita terus percaya cerita yg disampaikan.. apatah lagi cerita2 tu disampaikan ngan penuh emosi..

so kena melatih diri untuk sentiasa tenang mendengar masalah orang.. nak buat apa kecoh2.. tu kan masalah org. kalau org nak tanya pendapat kita dia akan tanya. dah tanya barulah jawab kan.. kalau x tanya, baik diam. muhasabah diri

panadol - painkiller or headkiller

melalui emel yg diforwardkan ada diceritakan yang walaupun panadol ni menjadi pilihan ramai sebagai pelega sakit kepala, namun ianya bukanlah pilihan doktor2. Doktor2 tidak mengambil panadol kerana diceritakan panadol menyumbang kepada penyakit buah pinggang dan migrain yg kronik. Malah doktor2 akan mengambil alternatif lain dengan mengambil ubatan2 herba cina atau tradisional.

Jadi, kalau macam tu, apa kata x payah lah pegi klinik kalau setakat sakit2 kepala tu..setakat demam sikit2 tu dok rehat kat umah je lah.. sebagai alternatif yng disyorkan, minum air isotonik yg dicampur dengan air minum biasa dalam sukatan 1:2 (1 gelas isotonik + 2 gelas air). Diceritakan berkesan untuk menghilangkan sakit kepala. Dan rendam kaki ke dalam air suam, diceritakan juga mampu menghilangkan sakit kepala. Tapi kalau demam susah gak kalu x gi hospital/klinik, bimbang h1n1 lak kan.. tapi itulah, diceritakan kat Australia, apabila ada yg demam pergi klinik, doktor akan suruh balik berehat dan minum banyak air masak. gerenti dlam 2 hari, boleh sembuh.

Thursday, April 22, 2010

mana tempat selamat untuk anak

Gempar.. ada teman sekerja yang memberitahu, anak lelakinya hampir diculik semalam.. anaknya tengah tunggu bapanya datang ambil kat luar pagar sekolah.. rupanya anaknya diperhatikan oleh sebuah van yg dipandu oleh beberapa lelaki.. anaknya diekori hingga hampir ditarik ke dalam van.. tapi alhamdulillah Tuhan Maha Kaya, anaknya berjaya melarikan diri..ya Allah... memang menakutkan... mana2 ibubapa sekalipun akan merasa bimbang yg amat dalam situasi ni..

Rupanya kisah yg sama telah berlaku beberapa kali sebelum ni.. masih lagi van putih yg sama.. malah pelajar tu dah di bawa masuk ke dalam van, tapi berjaya akhirnya melepaskan diri.. macana boleh lepas? Diceritakan pelajar tu sentiasa membaca surah kursi tak putus2.. Allah Maha Kaya dan Maha Mendengar.. ya Allah, Kau Lindungilah anak2 kami dari tipu daya syaitan...

rakan sekerja tadi sekeluarga masih lagi trauma.. semoga Allah memberi ketenangan kepada mereka sekeluarga..

sediakan payung sebelum hujan

payung memang penting.. masalahnya hari2 bawak payung tak pulak hujan.. hari yg x bawak payung, tup2 hujan.. nasib la. tulah.. napa x tengok laporan cuaca? alah, bukan leh caya pun kekadang tu kan laporan cuaca nih..

tadi masa turun bas dari fakulti ke umah hujan pulak.. dah x de payung nak wak camana.. redah je la.. tengah2 jalan laju ni terasa macam ada orng yg payungkan... la, rupanya ada insan prihatin.. terima kasih... baik betul adik ni.. tulah, kena beli payung yg kecik senang lipat masuk handbag.. time hujan leh kuarkan, picit je pastu payung tu jadik besar.. ada x payung macam tu eh..

Monday, April 19, 2010

produk Dr Azimuth




semalam semalam gi wak facial.. cewah.. nak cantik kan..kakakaka..




biasanya aku guna produk dr azimuth.. ada banyak pakej, ada yg biasa je RM 35, ada yg 70 and yg seratus lebih.. bergantung lah atas keperluan.. nak masukkan citamin c ke..semua boleh.. wah punya la best, siap terlena lagi.. kakakaka




lepas tu cuba 1 mesin nih.. mesin buang toksin dari badan.. yelah badan kita ni daripada kita lagi sampai skrg ning mesti dah banyak kumpul toksin.. toksin2 nilah yg bawak banyak penyakit.. toksin ni kiranya macam racun.. kalau dah lama mesti dah sebati ngan darah.. mulanya suspen gak nak wak.. yelah, kot2 daripada ko x tahu penyakit ko, tut2 br tau ada penyakit kronik ke.. tapi kurang2nya, buleh tau awal kan..




so bermulalah sesi terapi .. caranya mudah je.. masukkan kaki ke dalam bekas air... lepas tu kita pakai 1 alat macam jam kat pergelangan tangan,.. dan pakai 1 belt besar kat pinggang.. tujuannya nak alirkan arus lektik supaya sume caj2 yg ada dalam badan kita aktif.. lepas 30 minit akan nampak kesannya.. warna2 tu semua ada citer yg tersendiri.. kalu warna oren maksudnya toksin dari sendi2... kalau warna itam maknanya dari hati... macam2 lah.. leh cuba.. gmbar kat atas sekali tu selepas 30 min, gambar bawahnya sebelum sesi terapi dijalankan..




bulan cukai

hmm.. akhir bulan April ni tarikh akhir bayar cukai.. kata org daripada bayar cukai lebih baik bayar zakat lebih.. betul gak kan.. yelah, kalau kita kira berapa banyak duit cukai diseleweng kan.. so, dari bayar cukai yg akhirnya menguntungkan segelintir pihak, baik bayar zakat lebih kan..

itu hari dah bayar zakat kat Lembaga Zakat Selangor.. aik, nape lak sampai selangor? dah kebetulan ada kat selangor.. so untuk berlaku adil, kena jugak bayar zakat kat negeri terengganu.. idup ganu.. oklah, nak kena carik borang maidam lak nih..

ada terbaca, dalam rezeki kita ada hak org lain.. dah tentulah kan, lepas dapat gaji kita shopping sakan, so dapatlah rezeki kat org lain kan.. bukan gitulah..haha.. tapi yg paling penting nak kena bayar zakat.. kenapa sibuk2 nak bayar zakat eh.. ibaratnya macam nilah.. bila tido kita tentulah nak lena,.. berapa ramai org yg tido tapi gelisah.. bila kaya tapi tak bahagia.. nah, ingat senang ke nak bahagia? mental dan fizikal kena bahagia.. tenteram jiwa raga.. tapi ada gak yg tak bayar zakat tapi tido lena dan tenteram jiwa raga kan... tu mesti ada alasan lain.. yelah, kot2 ke dia ni rajin sedekah ke.. rajin semayang sunat ke.. rajin doakan mak bapak ke.. pendek kata ada amalan nye yg baik gitu...

so, jom kita pakat gi bayar zakat pendapatan.. END

bila bas berenti kat hentian cendor

aku paling menyampah bila bas yg aku naik berenti kat hentian cendor.. bukan apa.. kemudahan awam langsung x terurus.. bercakap pasal tandas aku ada pengalaman menyakitkan hati.. kat cendor tu ada 2 tandas, 1 yg berhadapan ngan pasaraya sofea, 1 lagi yg mengadap jalan besar.. tandas yg ,mengadap pasaraya sofea tu memang x layak untuk dimasuki pun.. silap aku, aku pegi bayar dulu sebelum masuk tandas.. sepatutnya gunakan perkhidmatan dulu barulah bayar.. dah bayar aku masuk cari tandas, 1 pun x leh guna.. siap akak sorang tu termuntah2... aku pun keluar, aku sound kat mamat tu, ' apa ni, awak langsung x jaga tandas.. tandas bukan main kotor..' nak tau mamat tu jawab apa? 'bukan keje aku bersih tandas.. ' la rupanya keje dia kutip duit je.. ala, nak sangat duit sedekah je lah 20 sen tu.. tengok lama mana kenyang dia wak makan.. geram nih..

so dengan geram nya aku pun pegi la tandas sebelah sana.. ada mamat bangla jaga tandas.. silap aku sekali lagi.. aku gi bayar dulu... bagi singgit pastu bangla tu pulangkan 70 sen.. katanya xde 10.. sekali lagi aku bising.. sepatutnya kedua-dua belah tandas tu boleh digunakan..tup2 tutup.. dahlah tandasnya ada 2 biji je.. apa lagi untuk kali yg ketiga nye memang aku maki betullah.. bukannya apa.. orang nak gunakan kemudahan, yg ko suka ati tutup sini tutup situ apasal.. bukan free, bayar lagi.. orang x kisah pun bayar mahal kalu service bagus, puas hati.. ni ya Allah.. bukan main lagi cakap nak tarik pelancong lah.. apa lah.. tensheng ni.. tulah.. walaupun mende ni nampak je kecik, tapi mengganggu emosi gak.. rileks.. rileks.. rileks apa nyeh kalu melibatkan urusan penting.. END

Thursday, April 15, 2010

facebook o facebook

skrg ning sume org ada facebook.. seronok gak baca fb geng2 nih.. tapi tulah, kena ada masa yg betul2 free baru leh baca fb.. kalau x, memang melalut2 lah.. lepas sorang2 kita nak tengok.. so skrg ning aku jarang bukak fb.. kalau ada email bgtau nak add friend, barulah aku bukak fb.. pah add terus logout..

tapi memang bagus lah fb nih, leh cari geng2 lama.. lepas tu kena wak reunion lak..hmm.. tapi sebelum wak reunion kena lah kuruskan badan dulu heheheh... takut member lama x kenal.. tunjuk gambar masa zaman muda.. zaman slim..hukhukhuk..

tukar angin.. dari kereta ke bas

kalau gi shah alam naik bas, maknanya x de kenderaan la nak bawak kat sana.. so nak gi ke fakulti kenalah naik bas yg masuk ke dalam uitm.. first time naik bas rasa macam first time nak masuk sekolah rendah.. suspen... rupa2nya, kena naik bas 603.. bayar singgit pastu bas akan berenti transit kat seksyen 2.. kena turun bas, naik lak bas kat seberang jalan.. xyah bayar lagi.. guna tiket sama untuk naik bas tu.. bas kali kedua ini lah yg akan masuk ke dalam uitm.. oooooo.. ok. so berjaya lah naik bas.. tapi masyaAllah punya lah ramai org.. yelah berebut ngan students.. memandangkan kita ni golongan yg matang, x de lah nak rebut2.. hasilnya dah tentulah aku antara yg last la naik bas.. dahlah last, tempat lak sipi2 je dengan pintu bas..kat tangga lak tu.. kalau silap posing, kebetulan lak pintu terbukak ke memang boleh terlibas sekali lah.. barulah sedar betapa kesiannya students yg setiap hari gunakan perkhidmatan bas awam.. tapi dah banyak kali naik bas, kata org alah bisa tegal biasa... first time je...

Wednesday, April 14, 2010

warna-warni kehidupan

hari Jumaat sememangnya penghulu segala hari.. hari yg baik.. tapi Jumaat 9 Apr lepas bukanlah hari yg 'ong' bagi ku..

Semuanya jadi x ong bila hari Jumaat tu aku sepatutnya pulang ke Ganu pagi kul 9.30. Aku berada di shahalam sejak selasa dan sudahpun merancang untuk berjumpa supervisor pada hari rabu. Tapi rabunya x jadik... kamis pun x jadik.. jumaat lak nak jumpa.. alahai... mahu xmahu terpaksalah aku tukar tiket.. mulanya tukar tiket ke sebelah tengahari kul 12.30 pm.. tup2 x leh jumpa sebelah pagi.. kena jumpa petang.. so kenalah ambik tiket sebelah malamnya.. nak jadi citer, tu je lah tiket yg tinggal.. tupun yg orang jual balik...dahlah tu, tempat duduk belakang lak tu.. abih tu nak wak camana.. kes terpaksa lah.. kira rezeki lah tu boleh balik ganu malam tu..

keadaan jadik kelam kabut sebab kebetulan hubby ada meeting malam tu.. sapa nak jaga anak.. kusut..kusut.. terpaksa lah panggil bantuan.. mak datang dari kampung temankan anakku malam tu.. setel..

Malamnya aku naik teksi untuk ke stesen bas. Sampai je kat stesen dah nampak bas sani. dengan confidentnya aku pun pegi la naik.. aku hulurkan tiket, nasib la staf sani cek betul2.. aku tergamam jap bila staf tu bagitau, "kak, ni bas nak gi rantau panjang... bas gi ganu x sampai lagi.." nah ko.. nasib baik lah.. kalau x maunya sampai rantau panjang.. huh suspen giler.. aku pun turunlahhh.. malu dah x de maknanya masa tu.. so aku lepak la kat tempat duduk kat situ.. kebetulan lak ada kak L yg kebetulan nak balik ganu gak.. so ada la teman..

dalam bas lak.. kat belakang bas ada 4 seats.. aku harap janganlah aku sorang pompuan kat seat tu.. mujo lah, ada adik tu.. ada la teman aku... banyak juga lah yg dibualkan.... letih sgt berbual aku pun tido.. tido x lama mana, aku terdengar org depan bising, "eh.. air apa nih..banyak nya air.." terus terjaga aku... aku capai beg laptop yg ada kat bawah, abis basah bawah beg tu,.. suspen tahap gaban lah aku.. mana x nya, sume kerja phd aku ada kat dalam laptop tu.. aku cek beberapa kali.. oklah, x basah sampai ke laptop.. tapi kertas semuanya dah masuk air.. aku angkat lak beg baju aku.. fuhh.. memang basah terus.. boleh perah airnya lak.. rupanya tingkat bawah bas tu dah dimasuki air.. mungkin hujan lebat sgt kot... yg kelakarnya time bas berenti kami kat belakang boleh dengar dengan jelas bunyi air macam air ombak gitu.. eii.. tak habis2 aku doa, kok ye pun bas tu nak jadi apa2 ke, biarlah aku sampai dungun dulu.. so sepanjang perjalanan tu aku pangku je lah 2 beg tu,...

bila diberitahu kat pakcik driver tu, yelah pakcik tu nak wak camana kan,.. kena lah jugak teruskan perjalananan.. rasa nak mintak ganti rugi je, tapi terpikir gak, apa yg aku rugi yg kena ganti tu.. kira nasib lah kot..

sampai je aku kat rumah aku terus keluarkan laptop dan kertas2.. jemur dalam rumah.. habis melekat semua dokumen tu.. nak wak camana kan.. esok paginya cuaca panas so kenalah jemur beg ngan kertas2 tu.. ada paper yg baru aku print sebelah paginya, tapi dah kembang habis tulisannya.. aduss.. syahdu betullah..

aku x tahu hikmah dari kejadian tu.. tapi aku belajar melihatnya dari sudut yg positif.. mesti ada hikmahnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!