Friday, October 30, 2015

Mood Republik 2015 - Taman Tamadun Islam Terengganu

Ari ni Jumaat, 30/10/2015.

Akak dan adik adik akak, Ayu dan Nor pergi ke Mood Republik. Apa tu? Ha.. sebenarnya akak pun tak tahu.. durra yang bagitau akak.. masa gi jumpa durra kat hostel minggu lepas durra pesan, "mami, nanti pergi kat mood republik tau. Belikan shawl dan jubah untuk adik.".. panjang lagi list nya tapi akak cut short je.. hehe..

Semalam pun durra call dari hostel. Pesan lagi. Siap mintak belikan 2 jubah kat Bella Amara la.. amboi amboi...  main order je ea.. sebelum ni pun durra dah bagitau pasal jubah yang jual online ni... aduhai.. budak budak ni kan.. banyak betul diaorang tahu.. dunia instagram kan..

Akak memang tak suka berinsta instagram ni.. banyak sangat promo jualbeli produk.. tak suka tak suka..

Jadi ari ni akak sampailah kat tti. Punyalah ramai orangnya.. jam la sekejap kat jalan masuk tu.. Abe nik pergi hantar je. Pastu abe nik keluar. Meninggalkan kaum wanita dengan dunia fesyennya.. hihihi..

Banyak la brand brand designer tempatan.. ada Neelofa.. ada Emma Maembong.. Rina Saleh.. banyaaaakk lagi.

Memang tak sempat nak tawaf sepenuhnya kat dalam pusat konvensyen tu.. ramai sangat orang. Akak pun banyak kali jugak terserempak ngan student student akak..yelah.. bukan setakat satu terengganu yang datang tapi orang kelate pun ramai jugak yang datang. Tapi kesian la kat anak anak kecil.. bayi dalam stroller.. orang bersesak sesak..

Dalam banyak banyak booth ada satu booth ni yang jual tudung jenama durra. Ha.. akak pun apa lagi.. bergambo la dulu.. dan akak beli shawl kat situ jugak.. 3 untuk $100. Bolehlah. Akak beli banyak jugak la shawl. Hehe.. dah terer dah pakai shawl.. dulu rasa macam cerewet je bila tengok orang pakai shawl.. skarang ni nah.. siap ada banyak koleksi shawl dah.. hehe.. akak beli jubah jugak.. itu je yang sempat beli. Lepas tu kami keluar.. tepon abe nik mintak datang ambil. Letih dah jalan sana sini.

Mood republik ni sebenarnya adalah siri roadtour.. dulu ada dibuat kat kelantan.. skrg kat terengganu.. tahun depan buat lagi nanti.. kat mana? Tunggu....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!