Tuesday, October 27, 2015

Gempar! Dua matahari muncul di Kanada

Kelakuan teknologi internet dan whatsapp telah menjadikan setiap berita dapat disebarkan dengan cepat.

Dan selalunya bagi mereka yang berfikir.. akan tertanya tanya kesahihan berita tersebut.

Dua hari lepas ada disebarkan imej yang menunjukkan dua matahari muncul di Kanada.

Sejauh mana kebenarannya tiada siapa yang tahu. Adakah memang benar terdapat 2 matahari? Sedangkan kita tahu selama ni memang matahari ada 1 je...

Adakah ini cubaan tangan tangan manusia yang kerjanya membazir waktu dari usia kehidupan yang singkat untuk mengelirukan masyarakat?

Andainya ini adalah imej tiruan yang telah ditokok tambah.. dan disebarkan dengan tujuan mengelirukan orang ramai.. alanglah ruginya usaha tersebut...

Namun begitu.. tiada yang mustahil dalam hidup ini. Allah Maha Berkuasa. Allah Berkuasa menjadikan segala sesuatu.

Andai ini petunjuk Allah kepada kita semua, maka fahamlah kita... dunia ini kehidupan ini kepunyaan Allah.. kita manusia dijadikan dengan tujuan khusus untuk beribadah kepada Allah.

Marilah kita sama sama muhasabah diri. Jadikan apa yang berlaku di sekeliling kita sebagai peringatan buat kita yang seringkali lalai dan alpa.

Ya Allah, ampunkanlah kami.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!