Sunday, October 18, 2015

Tanggalkan kasut sebelum masuk rumah... amalan sapa..

Jap tadi akak terbaca artikel yang akak share kat sini. Mengenai kenapa perlu tanggalkan kasut sebelum masuk rumah.

Hmm...

Yang terus masuk rumah dan tak tanggalkan kasut ialah orang putih sana.. kan.. datang dari mana mana entah pastu terus bukak pintu dan masuk rumah. Sampai terus ke bilik tidur sekali ngan kasut sekali atas katil. Kan kan..

Ari ni para saintis maklumkan kepada kita amalan bawak kasut terus masuk rumah adalah tidak bagus. Kenapa?

Sebabnya nanti kita dah bawak masuk 40% kuman dan bakteria yang boleh memberi mudarat kepada kesihatan kita.

Ha... takkan baru tau kot.

Sebab tu lah orang Melayu kita dulu dulu.. sebelum naik tangga nak masuk ke rumah bukan setakat kena tanggalkan kasut atau selipar malah kena basuh kaki lagi...

Ingat dulu dulu ada tempayan isi air kat tepi tangga. Nak naik ke atas rumah memang kena cuci kaki la..

Itulah budaya kita orang Melayu.. dan orang China pun sama.. mereka dah amalkan sejak 5000 tahun dahulu.

Orang timur kan.. penuh ngan kesopanan dan kesusilaan lagi kan.. kan.. ahaks..

So lepas ni kalau kaki kotor jangan masuk ke rumah lagi.. basuh dulu kaki tu..

Hanya bawak masuk kebersihan saja.. kan kan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!