Saturday, October 24, 2015

Perihal belanjawan 2016

Jumaat semalam Perdana Menteri telah bentangkan belanjawan negara utk tahun 2016.

Tentunya ada beberapa kelebihan kepada beberapa golongan dan lapisan rakyat jelata.

Ada peningkatan jumlah pemberian BRIM kepada rakyat.

Ada penyelarasan gaji minima..

Ada macam macam..

Dan tentunya tak terkecuali penjawat awam.. memang sebagai penjawat awam nakkkkk sangat dengar kerajaan bagi bonus 2 bulan gaji ke.. kan..

Tapi sebenarnya kan... kita semua kena muhasabah diri jugak.

Apa sebenarnya maksud bonus tu? Maksudnya pemberian tambahan sebagai menghargai usaha seseorang.

Jadi berapa nak beri terserah kepada majikan la kan.. terima dengan hati terbuka apa yang majikan bagi.. bersyukur. Kata kunci nya ialah bersyukur.

Be thankful.

Teruskan usaha.. hidup perlu diteruskan. Berkerja.. beramal.. beribadat. Itu sahaja yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan seharian kita.

Bersyukur kita masih diberi kesempatan merasa nikmat kasih sayang Allah yang Maha Pengasih yang Maha Penyayang.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!