Dalam satu episod ala-ala Clean House gitu, dipaparkan satu famili ni yang rumah mereka penuh ngan barang. Famili ni ada 2 orang anak lelaki yang sedang membesar. Dalam umur 3-5 tahun gitu.
Rumahnya pulak memang tak de langsung la ruang untuk anak-anak main. Pastu siap bela anjing lagi.. najis anjing merata-rata... tak bersihkan pun.
Jiran-jiran yang tahu pasal ni ada jugak la nasihatkan pasangan ni. Tapi tak jalan jugak. Akhirnya jiran-jiran mengadu kepada pihak berkuasa... kesannya ialah pasangan ni berkemungkinan akan hilang hak penjagaan anak mereka kerana tak dapat sediakan tempat yang sesuai untuk kanak-kanak membesar.. kiranya macam ada Child Protection right la gitu.. kalau kita kat sini macam Pusat Kebajikan Kanak-kanak la kan..
Bimbang anak-anak diambil dari mereka, barulah pasangan ni sedar.. dan setuju mengemas rumah..
Seronok kemain lagi kanak-kanak tu bila rumah dah kemas dan ada ruang untuk bermain..
Hmmmm.... macam-macam kan..
No comments:
Post a Comment