Khamis 29/10/2015
Ari ni kami on the way balik kampung. Tengok projek baikpulih rumah.. hehe..
So dari Dungun macam biasa la.. akak ngan abe nik lalu ikut hiway lpt ajil...
Tiba tiba... lebih kurang 30 km nak sampai tol ajil, berdekatan kawasan ada air terjun kat tangga tu (air bukit).. ok sambung balik..
Tiba tiba.. terdengar bunyi bip bip bip.. suspen giles akak ngan abe nik. Abe nik berentikan kereta.. rupa rupanya.m aduhai... temperature dah duk kat H. Habis meter temperature dah..
Panik kejap.. tak pernah pernah jadik macam ni..
So abe nik bawak kereta ke tepi jalan. Abe nik bukak bonet depan kereta.. akak pun keluar jugak.. suspen gilessss..
Bukak je bonet depan tu, fuh.. dia nye asap.. adui.. sampai bau hangit..
Rupanya.. air tangki dah keluar terpercik ke seluruh enjin.. adui..
Bila abe nik tepuk dahi akak dah tau dah.. mesti abe nik ada buat silap nih..
Memang betul... rupanya tadi abe nik nak check air kereta.. lepas isi air abe nik boleh lak lupa nak tutup balik penutup tangki tu... adussssss...dus.. penutup tu lak ada terletak cantik kat tepi tu ha.. tak de la tercampak mana mana.. sedangkan masa atas jalan raya bukan main lagi kereta lalu bumper la.. tapi alhamdulillah penutup masih ada kat situ..
Akak lepas tu apa lagi.. punya la brainwash abe nik.. tapi memanglah.. semalam lagi abe nik kurang fokus tumpuannya. Kenapa? Sebab kencing manis tinggi!.. dia macam hanyut gitu.. aduhai.. bila check darah hmm.. memang tinggi la.. tu la yg hilang fokus tu.. bahaya betul.. peringatan buat semua.. huhu.
Memandangkan air tu kena ditambah dan boleh pulak time time tu la kami tak dak simpanan air.. jadinya akak terpaksa la call adik akak kat kampung.. mintak bawak air..
Tapi kan.. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. tak sampai 5 minit akak berenti kereta, ada la trak peronda lebuhraya berenti. Mereka la yang tolong. Tolong isikan air.
Syukur rahmat Allah. Urusan perjalanan kami dipermudahkan Allah. Jadi akak pun telefon adik akak bagitau tak perlu datang.
Terima kasih banyak-banyak wahai warga peronda lebuhraya. Sememangnya sumbangan anda semua amat dihargai. Semoga Allah membalas kebaikan anda semua dengan rahmat kasih sayangNya dan menggantikan jasabaik anda semua dengan kebahagian dan ketenangan di dalam kehidupan anda sekeluarga. Semoga Allah mempermudahkan urusan anda sekeluarga sebagaimana anda mempermudahkan urusan orang lain. Amin.
No comments:
Post a Comment