Friday, October 2, 2015

Aduhai ibu.. bersabarlah...

Baru sekejap tadi abe nik maklumkan anak kawannya meninggal.

Arwah merupakan anak sulung baru berumur 20 tahun. Masih belajar di politeknik.

Satu hari arwah kurang sihat dan arwah pergi la ke hospital. Kat hospital doktor suspect arwah mengidap leukimia. Jadi banyak la ujian yang perlu dilakukan.. ambil darah ambil air tulang belakang.. cucuk sini cucuk sana..

Arwah tak nak dah lalui semua tu sebab kata arwah beliau sihat..

Sehinggakan beliau mengadu kepada ibunya kenapa ibunya mintak dilakukan semua tu.. sebab beliau masih sihat..

Arwah mengadu kesihatannya makin lemah apabila mula melakukan ujian demi ujian kat hospital..

Sehinggalah terpaksa dibawa ke HUSM..

Dan berada di sana agak lama jugak..

Setelah sekian lama bertarung kekuatan demi kelangsungan kehidupan...

Akhirnya.. hari ni dikabarkan Allah telah memanggilnya pulang.

Semoga Allah menerima segala amal ibadah arwah dan membalasnya dengan kebaikan serta menempatkan arwah di dalam golongan hambaNya yang soleh. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!