Tuesday, December 30, 2014

Wahai orang-orang yang kaya...

Intipati pengajaran dari Juz 15, Surah al-Isra ayat 16.

Ada sebab dan tujuannya Allah menjadikan seseorang itu kaya atau miskin. Orang yang kaya sangat besar tanggungjawabnya kerana Allah memberikannya kekayaan supaya dapat dikongsi bersama dengan orang-orang miskin dan membantu mereka yang memerlukan. Barulah orang kaya itu mendapat pahala di atas perbuatannya berbuat kebajikan.

Dan orang miskin juga mempunyai tanggungjawabnya yang tertentu. Setiap perbuatan dan usaha merubah nasib kepada kehidupan yang lebih baik diberi ganjaran pahala oleh Allah.  Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Namun, samada kaya atau miskin seseorang itu, ianya bukanlah kayu pengukur keimanan seseorang. Yang membezakan kita nanti ialah banyak mana pahala yang dikumpulkan sebagai bekalan ke sana nanti. Sayangnya pahala ini tidak dapat kita lihat dengan mata kasar hatta mata halus sekalipun. Kalaulah manusia boleh melihat banyak mana pahala yang dikumpul setakat ini sepertimana manusia mengumpul wang berjuta pastinya berebut-rebut manusia mengerjakan kebajikan. Namun Allah jua yang Maha Mengetahui. Allah berikan petunjuk hanya kepada mereka yang berfikir dan faham akan kewujudan noktah perjalanan mereka nanti. Hanya bagi mereka yang mengetahui.

Semoga kita termasuk di dalam golongan mereka yang sentiasa mengingati Allah. Amin.

Citer selepas banjir...di kuala krai dan manik urai..

Banjir yang melanda Kelantan minggu lepas dikatakan sangat luarbiasa kerana beberapa tempat yang terletak di kawasan tinggi dan selama ini tidak pernah dinaiki air juga terkena tempiasnya. Dua kawasan yang menjadi perhatian kita semua ialah Kuala Krai dan Manik Urai.

Seperti yang dipaparkan oleh media, kedua-dua kawasan tersebut ditenggelami air dengan begitu teruk sehinggakan tingkat 3 sekolah tempat pemindahan pun turut dinaiki air. Air yang naik begitu cepat memaksa sebahagian penduduk berpindah ke kawasan bukit. Ada yang kehabisan bekalan makanan.. sehingga memaksa mereka bertahan dengan minum air hujan sahaja. Ya Allah. Kasihanilah mereka.

Dan setelah banjir reda dan penduduk yang terlibat banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, kedukaan mereka bertambah apabila melihat keadaan rumah dan persekitaran tempat tinggal mereka... semuanya ibarat dilanda tsunami.. ada yang tinggal tiang sahaja.. rumah telah hilang dibawa arus air banjir.. tiada apa yang tinggal. Ya Allah..Begitu besar ujian dan cabaran yang dihadapi oleh mereka ini.

Kasihanilah mereka ini yang terlibat dalam bencana alam ini ya Allah. Kau gantikanlah kedukaan mereka dengan kegembiraan dan Kau gantikanlah mereka dengan kehidupan yang lebih baik ya Allah.

Berilah kami semua semua petunjuk dan berilah jalan keluar agar segala kesulitan yang dihadapi dapat diselesaikan mengikut jalanMu ya Allah. Pimpinlah kami ke jalan kebenaran dan berilah kami rahmatMu ya Allah.

Apa yang berlaku ini adalah peringatan bagi kami semua. Dan kami redha ya Allah. Kami mohon ampun di atas segala keterlanjuran kami Ya Allah. Sesungguhnya kami ini hambaMu yang sentiasa berbuat kezaliman. Oleh itu ampunkanlah kami dan terimalah taubat kami. Amin.

Monday, December 29, 2014

Besarnya pahala golongan ini...

Memang bulan Disember adalah bulan Anggota Tentera Malaysia dan Pasukan Bomba dan Penyelamat. Tugas dan cabaran mereka banyak diuji ketika musim banjir, spt apa yang berlaku ketika ini di mana semua negeri di pantai timur dilanda banjir yang luarbiasa.

Tanpa memikirkan kepentingan diri malah keluarga sendiri, mereka ini berhabisan tenaga untuk membantu orang ramai. Anda semua manusia yang hebat.

Akak sebak bila baca berita mengenai seorang anggota bomba dan penyelamat yg rumahnya ditenggelami air.. sehinggakan beliau terpaksa meminta maaf kepada isteri beliau kerana terpaksa mengutamakan orang lain.. ketika itu beliau terpaksa bertugas membantu penduduk di Kg Raja dan Kuala Jenga yg teruk dilanda banjir.

Begitu juga dengan para doktor dan jururawat yang bersengkang mata dan berkorban masa serta tenaga dalam membantu mereka yang memerlukan. Anda semua manusia yang hebat.

Kepada anggota-anggota polis, pasukan rela dan jpam, anda semua manusia yang sungguh hebat dan menjadi contoh kepada semua.

Akak hanya mampu berdoa supaya orang-orang hebat ini diberikan pahala yang banyak, dipermudahkan segala urusan kehidupan dunia akhirat, diberikan ketenangan zahir dan batin serta diberi kemuliaan sesama makhluk. Terima kasih diatas segala jasa baik dan bantuan ikhlas yang dicurahkan. Semoga Allah membalas kebaikan anda semua dengan rahmat dan kasih sayangNya.

Mohon sangat pihak kerajaan memberikan imbuhan yang sewajarnya kepada golongan ini di atas segala usaha, penat lelah, jasa dan tenaga yang telah dicurahkan.

Sunday, December 28, 2014

Waterpark dalam rumah... dalam duka ada suka..

Ada kawan durra hantar gambar.. tengah main air banjir dalam rumah.. ala-ala waterpark gitu.. seronok main air.. mak ayah boleh pantau..

Sementara keadaan air masih terkawal kan..

Bagi kawasan yg dilanda air banjir yg lebih teruk memang kena pindah ke kawasan yang lebih selamat.

Kita amat bersimpati dengan nasib mereka yang sedang dilanda musibah banjir ni. Dan kita berdoa dengan sepenuh keikhlasan dan penuh pengharapan supaya Allah mempermudahkan bantuan segera sampai dan segala kesulitan dapat dimudahkan segera. Sama-sama kita hulurkan bantuan selagi boleh di samping panjatkan doa kepada Allah.

Saturday, December 27, 2014

Tolong.. oghe lapar.. keluhan mangsa banjir..

Ya Allah.. sayunya hati bila membaca akhbar hari ni..

Hari ni Harian Metro 27/12/2014 melaporkan mengenai mangsa banjir yang kelaparan kerana sudah 3 hari bekalan makanan habis..

Akak terus teringatkan kanak-kanak yang sedang kelaparan.. kalau orang dewasa mereka masih boleh menahan lapar.. bagaimana pula dengan kanak-kanak? Aduhai..

Dan dipaparkan juga di dalam berita tersebut bagaimana golongan ibu-ibu di  pusat pemindahan yang bertanyakan tentang keperluan bayi seperti susu tepung dan pampers..

Dapat dibayangkan bagaimana bayi yang tidak mendapat susu akan menangis kelaparan.. aduhai..

Ya Allah. Kau permudahkan bantuan bekalan keperluan disalurkan kepada mereka yang sedang mengharapkan makanan dan keperluan lain agar dapat disegerakan keperluan itu sampai kepada mereka ini.

Kami mohon kepadaMu ya Allah, bantulah kami semua ya Allah kerana hanya Engkau sahaja tempat kami mengadu dan berserah diri. Amin.

Thursday, December 25, 2014

Air di mana-mana... banjir 2014

Pemandangan udara menunjukkan sebahagian besar bangunan hanya kelihatan bumbung berikutan banjir besar di Kuala Krai Kelantan.

Berita banjir merupakan berita yang ditunggu oleh ramai rakyat kita untuk mengetahui keadaan terkini mengenai saudara kita yang terbabit dalam banjir besar ni.

Ekoran dari banjir besar yang melanda, ada yang sampai berkata, "kenapa la jadi banjir ni.."

Hmm.. sabar.. terima hakikat kehidupan kita ini. Semua kejadian di bumi ini adalah urusan Allah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala apa yang tidak kita ketahui. Segala apa yang Allah berikan kepada kita sememangnya wajib kita syukuri... samada yang baik ataupun tidak... yang disukai ataupun tidak kita sukai.

Dan boleh jadi yang tidak kita sukai itu bagus untuk kita dan yang kita sukai itu tidak bagus untuk kita. Wallahuaklam.

Dikesempatan masa yang kita ada, marilah sama-sama kita muhasabah diri dan mengambil peluang bertaubat dan meningkatkan amal kita sebagai bekal ke sana nanti. Allahuakbar.

AlFatihah buat pelajar Muhamad Faizal..

Di saat hati masih sedih memikirkan nasib mereka yang sedang berusaha menyelamatkan diri menghadapi bencana banjir besar yang melanda di Kelantan, Terengganu dan Pahang, akak dikejutkan dengan berita kemalangan salah seorang pelajar, Muhamad Faizal. Faizal kemalangan di dalam perjalanan pulang menemui keluarga di kampung. Motosikalnya hancur.. dan akak sebak bila melihat gambar beliau terbaring di atas jalan.. dengan darah keluar dari bahagian kepala.. Allahuakbar..

Dan beliau disahkan meninggal di hospital.. Innalillah.

Akak tidak pernah mengajar arwah, tapi akak kenal beliau. Dan dari apa yang dimaklumkan oleh rakan-rakan yang lain, arwah merupakan pelajar yang rajin dan sangat bertanggungjawab serta suka membantu sesama rakan. Allahuakbar.

Bayangkan, sebaik mendengar berita kemalangan beliau, beberapa rakan segera meredah hujan lebat dan banjir untuk sampai ke tempat kejadian..

Dan akak dimaklumkan rakan-rakan arwah sangat terkesan dengan kejadian ini.

Tambah pula apabila di fb arwah, seringkali arwah memaparkan mesej-mesej berbentuk tazkirah..

Dan akak sangat sebak apabila membaca salah satu mesej ni.. arwah mengatakan takut untuk tidur kerana khuatir tidak lagi bangun. MasyaAllah..

Ya Allah, Kau cucurilah rahmatMu kepada Muhamad Faizal dan Kau tempatkanlah arwah ke dalam golongan orang soleh. Amin.

Wednesday, December 24, 2014

Sebab kerang... sampai ada yang lupa diri...

Disebabkan kerang yang banyak kat pesisiran pantai dungun, orang ramai mengambil peluang untuk turun ke pantai mengutip kerang.

Memang benar.. ada yang dapat sampai berbakul-bakul.. alhamdulillah. rezeki.. Allah beri rezeki di sebalik deruan kuat ombak dan curahan hujanNya..

Namun, ada juga yang tidak pikirkan keselamatan diri.. walaupun telah ditegur oleh pasukan keselamatan, masih ada yang degil dan sanggup meredah masuk menghala ke laut.. tanpa memikirkan risikonya..

Akak masih ingat semalam bila tengok majalah 3.. bila lihat video tsunami di mana orang ramai yang sedang berjalan-jalan di tepi pantai disapu lenyap oleh ombak besar yang tiba-tiba datang..

Sama-sama kita muhasabah diri.

Kutip kerang pantai dungun

Akak cuti ari ni.. jadi bolehlah sambung keje-keje yg mana terbengkalai tu...

Balik keje satni, abe nik kabo kat pantai macam pesta.. hah? Pesta apa? Pesta kutip kerang.. ramai orang datang kutip kerang kat pantai.. oo..

Lepas sembahyang asar kami pun pergi la tengok kat pantai tu.. rupanya memang ramai orang.. sepanjang-panjang pantai.. Allahuakbar.

Tuesday, December 23, 2014

Hari ni akak buat macaroni cheese.. mudah dan simpel tapi terbaekk..

Dah ujan ujan ni.. nak gi keluar pun males.. jadi cari je apa-apa yg ada kat dapur..

Ada susu.. ada cheesenya... ada macaroni segera.. kira siap la pakej kalu nk buat macaroni cheese tu..

So ni cara akak buat.
1. Masukkan air ke dalam periuk.. segelas setengah ke.. suka hati la.nk banyak mana..
2. Dah agak menggelegak masukkan 2 paket macaroni cheese segera..
3. Dah nak masak macaroni tu masukkan susu segar..
4. Pastu last sekali masukkan cheese dalam tin.. suka hati la nak pekat mana.. akak suka dia berkuah sket..sebab nanti bila dah sejuk sket dia akan kering kan..

Tu dia.. senang dan mudah sangat... dan sedap sangat haha.. tak cayancuba buat..

Kalu nak lagi sedap tambahlah daging kisar ke.. suka hati la nk tambah apa-apa pun.. kita yg nak makan kan.. hehe..

Monday, December 22, 2014

Kisah banjir lagi

Ari ni dari pagi dah mendung dah.. dan lepas tu ujan tak berenti-renti.. ngan angin sekali..

Baru je lepas tengok Majalah 3 kat TV3 pasal tsunami kat Aceh.. masyaAllah..

Pulak tu bila dapat gambar-gambar banjir dalam whatsup yang bertubi-tubi.. memang menggerunkan jugak la hati ni..

Air pasang besar katanya.. jadi kat pasar payang air naik.. kat pantai batu buruk.. kat duyung air naik.. kat dungun.. paka.. kemaman.. semua tempat dah dinaiki air dah.. Allahhuakbar..

Sunday, December 21, 2014

Susahnya mencari tudung labuh.. akhirnya jumpa...

Sekolah dah nak bukak dah.. sekarang ni mak-mak mesti sibuk dok cari kelengkapan dan pakaian sekolah anak.

Utk tahun 2015 ni akak buat 2 helai je baju kurung sekolah durra.. tahun lepas  dah ada 5 pasang baju sekolah.. jadi yg tahun lepas boleh pakai lagi.. cuma sebab tahun baru jadinya nak jugak yang baru kan.. so akak buat la baju sekolah baru...

Cuma tudung je masalah.. susah nak cari yg betul-betul sesuai.. ada tu ukuran tak kena.. ada lak kain yg tak cantik.. so kena upah tukang jahit utk buat tudung..

Tapi itulah.. kekadang lambat siap kan.

So ari ni ronda nya ronda.... cari punya cari... akhirnya dah jumpa tudungnya.. tudung putih sekolah yang labuh..

Setel bab tudung.

Saturday, December 20, 2014

Di Taman Tamadun Islam December 2014


Balik dari Mydin Gong Badak, kami ronda kat TTI jap.. abe nik nk tengok takat air kat situ.. banyak ke tak.. yelah musim banjir ni kan.. nak tahu la jugak kot kot air sungai naik sampai melimpah limpah.. tak de la air naik banyak ngat.. cumanya abe nik kabo sampah sarap banyak yg terperangkap kat bawah.. kat area masjid kristal tu lah.. harapnya lepas ni pihak bertanggungjawab akan dapat mengembalikan kebersihan kawasan masjid kristal ni.

So sempat jugak la kami bergambo hehe..

Friday, December 19, 2014

Sempat main banjir..

Banjir kat kg akak dah pun surut.. jadi adik-adik akak ngan anak sedara dok main air banjir la..

Durra pun excited nk main air.. so dari kuala terengganu kami menghala ke kuala berang.. durra ngan abe nik dah siap pakai seluar track sebab nak main air..

Memang puas hati la durra main air.. kejap je pun.. abe nik temankan..

Akak tak de la nk main-main air ni.. kenapa? Dah nampak lintah sekor berenang-renang... eeeiii... bertempik ko.. tapi alhamdulillah, takde la lintah yg ganggu masa durra main air tadi.. kurang-kurangnya dpt la merasa main air banjir haha..

Thursday, December 18, 2014

Banjir di kampungku...

Hari kamis tghari akak bergerak balik kampung.. akak balik dua kete.. sebab kete myv akak dah siap jadi akak nak hantar la kete adik akak.. so abe nik bwk kete merah.. akak bwk kete kuning..

So smpai kat depan sepital kuala berang lepas je trafik light tu akak panik jap.. napa? Sebab laluan akak tu ada kenderaan yang datang menuju melawan arus.. pastu semua dok bg api liplap lillap.. rupanya dah tak boleh lalu dah kat depan sana.. kat area SKTAI.. air laju.. jadi akak berpatah balik.. pastu berenti kat depan sepital.. tggu abe nik.. abe nik lak nun dia terus pergi sebab nak tengok air takat mana..
Memang air cepat ngat naik..  semua terkejut..

Banyak lagi akak nak citer.. tapi letih pulak menaip.. hehe.. till next entry..

Dinner pelajarku... I had a very wonderful night..


Malam tadi ada dinner student akak.. akak pergi ngan durra je.. abe nik tak pergi sekali.. sebab apa abe nik tak ikut sekali? Sebab malam tadi ada bola.. tapi malaysia kalah.. hehe..

Kalau dinner pelajar ni macam biasalah.. ala-ala festival fashion gitu.. semua diva-diva.. semua cantik-cantik gitu.. seronok akak tengok..

Dan ada persembahan jugak.. memang kelakar betul la persembahan dari group Elfie semalam.. bawak lagu mohabatein lagi.. memang terbaek lah.. akak sampai ketawa tutup mulut.. kenapa tutup mulut? Sebab ketawa luas sangat buka mulut.. takut orang nampak gigi yang dah tak de.. hehe..

Anyway.. memang seronok la tengok pelajar2 akak semalam.. semua happy.. dan tahniah buat sorang student akak yg dapat 'King of the Night'. Tahniah Din. Queen of the Night akak lupa lak nama.. sebab akak tak ajar student tu.. yg Din ni akak kenal sebab akak ajar programming kelas Din.

Tuesday, December 16, 2014

Akhirnya.. myvi ku siap..

Pagi tadi dalam kul 10 gitu abe nik tepon bgtau kete dah siap.. buleh g ambik lah..

So sampai kat bengkel kete tu, abe nik bukak bonet depan.. check sana sini.. pastu abe nik tengok bateri... kot-kot kena tukar ke.. manalah tau kan.. kete punye banyak kat situ.. so tak mustahil bateri kete pun boleh tertukar.. abe nik ni memang kuat daya ingatan.. tanya la pasal sejarah melayu.. sejarah bangsa ke.. semua dalam kepala...siap dia boleh cerita ngan detail lagi..

Anyway.. berbalik kpd citer kete myvi akak.. kiranya cepat la kedai mekanik tu siapkan urusan baiki kete ni..dalam masa 2 minggu boleh siap.. claim insuran pun cepat.. ramai yg bgtau kalu insuran etiqa memang cepat..

Monday, December 15, 2014

Hmmm.. teknologi canggih manggih pun kelaut jugak.. geram.. geramm..

2-3 hari ni akak gerammm.. big G.. kenapa?

Sebab emel akak kena hacked.. pagi tu kemain terkejut gajah akak dibuatnya bila emel rasmi akak ada 10480 dalam inbox.. sampai habis kuota dah... aduiiii..

Yg geramnya bila ada cubaan nak hantar emel keluar ke ntah sapa-sapa ntah.. kata staf dari unit ict akaun akak kena hacked.. spammers berbagai-bagai.. hmm...

Tensheng jap..

Tulah.. bila dah ada teknologi.. ada la pulak orang nk test sejauh mana power ke tak power teknologi tuhh.. so sebab tu lah ada virus la.. macam-macam..

Tapi sebagai user memang kesian la.. terganggu produktiviti semua org.

Sunday, December 14, 2014

Family gathering Dis 2014

Alhamdulillah hari Jumaat lepas kami sekeluarga dapat berkumpul bersama-sama dalam satu majlis perjumpaan keluarga abe nik..

Majlis yg dirancang melalui whatsapp akhirnya menjadi kenyataan. Empat generasi keluarga abe nik dapat berkumpul dan menambah erat hubungan kekeluargaan.

Majlis bermula pada sebelah petang selepas asar. Masing masing setiap keluarga bawak makanan dari rumah mengikut konsep potluck. Akak lak dok pikir apa lagi nak bawak.. semua dah bawak makanan.. so akak tak masak pun. Lagi lak akak dah sampai kat rumah mak mentua sebelum kul 12.. jadi akak sekeluarga makan tengahari kat situ.. dengan mak ayah sekali.. so kira tuan rumah la kan.. tak yah masak lah.. hahaha..

Tapi akak beli buah-buahan pastu beli kuah segera rojak madu.. hah ko.. memang kena la... semua disapu licin..

Menu yg ada ialah nasi goreng ayam, macaroni cabonara, trifle, mee goreng, puding, dan sampingan lain macam keropok goreng...

Lepas makan dah maghrib tu kami sembahyang maghrib berjemaah.. abe nik jadi imam. Lepas tu kami baca yasin sama sama di samping mendoakan kesihatan berpanjangan untuk mak ayah dan keluarga. Isyaknya kami berjemaah bersama-sama, kali ni adik abe nik yang jadi imam.

Bila dah ramai anak cucu keliling, mak ayah pun nampak berselera makan. Alhamdulillah. Semoga Allah terus melimpahkan rahmat dan kasih-sayangnya kepada kita semua. Amin.

Saturday, December 13, 2014

Pizzalicious.. memang umph!

Tu dia.. ari ni akak buat pizza lagi.. sebab tak puas hati kualiti rasa pizza semalam..

So akak g mydin KT beli cheese mozarella gitu.. pastu akak campur jugak ngan cheese chedar yg akak dah beli kemarin.. kalu tak guna rugi.. mahal tu.. seketul dah $21 inggit dah.. patutlah pizzahut mahal.. baru tau.. kenapa? Sebab keju mahal.. hmmm..

Bila dah guna mozarrella cheese ni barulah nampak pizza yg betul-betul jadi.. bila tarik ada lah nampak dia nye keju tu .. baru ada nampak macam kena stretch gitu..

Friday, December 12, 2014

Pizzalicious.. (yang tak umph...)

Hari ni akak ngan abe nik buat pizza.. er.. chop.. bukan buat.. sebenarnya roti pizza tu (base) akak beli siap.. cuma akak letak sos ngan topping dia je..

Abe nik dulu ye pernah usahakan pizza dari zan's pizza.. jadi adalah skill tersimpan tu.

Cumanya rasa x umph (jangan la nak bandingkan ngan pizzahut lak. Melampau tuh perbandingan tuh hehe)..

Kata abe ni mesti sebab:
- cheese lain
- kena masak dulu sos dia kot

Betul la.. cari kat internet menang silap pakai cheese.. blogger kata pakai cheese mozarella.. eh lupa eja betul ke tidak..

Pastu kena masak dulu sos dia tu . Oh gitu..

Nanti nk gi barang lain.. esok buat lagi.. jgn putus asa. Kan kan kan..

Thursday, December 11, 2014

GORPIS.. ada di sini...apa itu gorpis.. tak tau? .. hehe..

On the way ke shah alam tempohari, masa lalu kat kemaman akak ternampak signboard tulis gorpis.. akak tanye abe nik.. apo ko bondo tuh.. abe nik pun tak tau..

Tapi bila kami sampai kat tmpat tu kami dah dpt jawapannya..

Nak tau apa dia?

Yes dear... gorpis tu ialah singkatan untuk Goreng Pisang.. haha... kreatif kan diaorg ni..

Wednesday, December 10, 2014

Mesin buat roti .. senang nya..

Petang kelmarin akak pergi melawat kawan, Ida  yang baru dapat baby... punya la dari sehari ke sehari nak pergi tengok baby.. sudahnya, baby dah nak masuk 3 bulan dah..

dan yang bestnyer.. kawan akak tu siap jamu kami makan roti lagi..sedap bangat.. sebiji macam yg beli kat Rotiboy..

rupanya Ida ni siap ada mesin uli doh.. boleh buat roti.. dan macam-macam roti boleh buat.. wah.. teruja pulak akak nak beli..

kata Ida, dia beli kat Cosway.. dalam lingkungan RM300 gitu..

nilah rupa mesin tu yang akak copy gambarnya dari sini

 

 kalau anak-anak suka makan roti makanya mak-mak memang kena cari pembuat roti ni..

bukan apa.. lebih baik buat sendiri kan.. kebersihan pun terjamin.. di samping air tangan mak.. berkat tu..

sebenarnya kita ni kan.. bab nak mengadun menguli tu la yg leceh tu kan.. so dah ada mesin ni.. jom kita buat sendiri roti-roti yg anak kita suka makan tu.. anak suka ibu gembira.. kan kan..

Tuesday, December 9, 2014

Teknologi.. inovasi.. kreativiti..

Masa pegi kat kedai DIY kat plaza alam sentral shah alam ituhari durra ada beli satu kertas ni..

Akak pun tak tau apa gunanya..

Tapi bila tengok durra main kaler-kaler kat atas kertas tu.. conteng-conteng ngan lidi je.. akak jadi seronok tengok hasilnya.. memang cantik lah..

So boleh buat pertandingan mewarna kanak-kanak.. tengok mana lebih cantik.. mana lebih kreatif..

Mesti seronok..

Monday, December 8, 2014

Gulai ayam kampung...

Masa balik kampung minggu lepas mak tanya nak makan ayam kampung tak.. hhmm.. abe nik apa lagi. ssukaa ssangattt la.. kata mak ayam dah siap dikurung dah.. ada 3 ekor..

Jadi pagi sabtu abe nik ngan amer sembelih la 3 ekor ayam tu.. tapi rupanya kecik je alahai ayam tu.. sebelum tu pun mak dah offer ayam mak sekor lagi.. sebelum mak buka reban ayam tu.. mak offer kot kot la tak cukup 3 ekor tu..

Akak tak tau la besar mana ayam tu.. tak tengok pun.. bila akak tanya abe nik abe nik kata cukup la.. hmm. Maunye cukup kalu dah ayam kecik..hehe..

Abe nik kalu ngan ayam kampung dia nye bahagian dah sekor dah..

Baru la nak nyesal sebab tak ambik sekor lagi.. nyesal tak ambik mak dah offer sebelum tu.. hehe..

Sunday, December 7, 2014

Oo rupanya mereka makan GLA.. patutla..

Balik kampung itu ari, sembang2 ngan adik2 akak.. bakal2 mak buyung... rupanya ada citer..

Mereka ni makan GLA.. tu yang cepat lekat tu.. mulanya adik ipar akak yg oder GLA tu.. pastu adik akak yang sorang lagi ambik full set set pregnant.. kemudian bila adik ipar akak pregant dan bgtau kat adik sorang lagi ni pasal GLA tu terus dia start makan.. dan alhamdulillah.. dengan izin Allah mereka berjaya pregnant... yang bestnya diaorang ni.. sorang tgh pegnen 5 bulan.. sorang 3 bulan..dan sorang lagi 1 bulan..

Memang banyak testimoni pasal GLA ni.. mampu memperbaiki masalah dalaman wanita.. jadi kalau ada wanita di luar sana yg masih mencuba mendapatkan zuriat dan masih belum mencuba GLA ni..mungkin perlu bagi peluang kepada GLA ni ye.. manalah tahu kan.. dengan izin Allah dapat pregnant.

Kalau tak cuba memang tak akan dapat kesannya kan.. kalau dah cuba tapi belum lagi berhasil jangan bimbang. Allah masih memberi pahala di atas usaha yang telah dilakukan. Yang pasti kena teruskan mencuba ye.

Saturday, December 6, 2014

Balik kampung terapi minda.. kat hiway..

On the way balik dari kampung abe nik berenti kat hentian kat hiway bukit besi.

Sementara menunggu abe nik menyelesaikan urusan kat tandas hehe... akak dok la dalam kete..

Akak nampak ada couple ni.. ngan sorang anak perempuan yg umur dalam 3 tahun.. maknya tengah pregnant.. dalam 8 bulan kot gitu..

Akak nampak la yg ayahnya pegang pampers.. mungkin nak tukar pampers anak.. so nampak la dia cari bilik salin pampers tapi bilik tu berkunci.. mungkin belum siap kemudahannya kot..

Jadi ayahnya kemudian baringkan anak perempuannya kat atas bangku tempat lalu lalang tu dan tukarkan pampers anaknya kat situ.. hmmm.. sebenarnya lagi elok kalu tukar pampers anak kat dalam kete.. lapik la dulu kan utk jaga kebersihan dlm kete.. sebab kat tempat lalu lalang. Semua mata memandang.. malu anak..kan..

Akak rasa kan.... bila berjalan jauh.. on the go.. mungkin lepas ni mak ayah pikirkan utk cari pampers yg jenis pant.. senang nak sarungkan.. lebih mudah.. senang utk semua kan..

Sekadar nasihat dan pandangan.

Friday, December 5, 2014

Syukur.. insyaAllah tahun 2015 dapat 3 anak sedara

InsyaAllah.. tahun 2015 akak dapat 3 orang anak sedara.. dan akak berdoa kepada Allah supaya ketiga-tiganya perempuan..kenapa? Sebab selain dari anak sedara pompuan kat melaka, bila balik kampung hanya jumpa anak sedara lelaki.. ada 5 orang anak sedara lelaki termasuk sorang kat melaka..

Jadi kiranya kat tranung ni anak akak je la sorang cucu perempuan mak.. dan kami pun sebenarnya tak sabar nak timang anak sedara perempuan.. yang boleh pakai baju-baju gaun yang cantik.. dan riben-riben rambut yang berwarna-warni tu.. hmm tak sabo rasanya..

Dan mak-mak nya sekarang tengah dok pikirkan nama-nama yang sesuai.. best jugak kan.. nama-nama anak pun lebih kurang sama.. best gitu..

Tuesday, December 2, 2014

Kaligrafi unik..

Tempohari abe nik ada dapat cenderahati.. tulisan kaligrafi.. yang diletakkan dalam frame kaca..

first time tengok kami tak tau apa maksudnya.. akak ngan abe nik letak je lah atas meja..

pastu bila durra balik dari hostel, dia tengoklah kat atas meja.. kata durra. "mami kenapa letak atas meja ni.. " akak bagitau akak tak tau apa maksudnya..

cepat je durra bagitau, "mami.. kalau mami nak tau.. tulisan ni maksudnya Allah dan Muhammad.."

La.. ye ke.. masyaAllah.. terus akak ambil dan letak kat atas almari, bertepatan dengan kedudukan yang tertinggi..

Allahhu Akbar!


Monday, December 1, 2014

Sakit gigi.. dan cabut gigi..

Semalam akak g check gigi sebab malam sebelumnya sakit giles..

Bila jumpa dr, dr bgtau gigi akak dah serpih dah.. mesti termakan mende keras ni kata dr.

Mulanya akak ingat nak tampal je.. tapi dah doktor cakap serpih.. Sudahnya dicabut lah.. tamatlah sudah riwayat gigi geraham ku.. huhuhu..

Jadi semua kat luar sana.. jangan ambil mudah bab penjagaan gigi ye..

Kalau dah xde gigi geraham camne nam makan dengan hebatnya weh..  kena makan bubur la gitu.. ok gak.. buleh kurus cepat kot hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!