Monday, May 12, 2014

Sikap pentingkan diri warga kota

Kata duduk kat Putrajaya.. bandaraya lagi.. tapi mentaliti masih lagi kat kampung.. main suka-suka hati je.. apa nak buat.. yang duduk kat putrajaya ramai yang datang dari kampung kan.. asal boleh je kan.. kampung mana tu ek..

ada ke patut, dah bukan tempat parking kete ko park jugak kat situ.. sudahnya memanjang menyusahkan orang lain.. dah terang lagi bersuluh lagi tak boleh park.. siap ada tiang lagi kat tengah2 tu .. tapi orang jenis degil nak wak camana kan.. mungkin warga kota dah lali dah..

cumanya macam ni lah.. setiap perbuatan kita, apa sahaja yang kita buat, adalah amal ibadat kan.. jadi andai perbuatan kita menyusahkan orang lain, makanya adakah amal kita tu mendapat pahala apabila orang lain mengutuk kita disebabkan kesalahan kita? takkan dapat pahala kan?... 


kata orang, kalau kita ni asyik kena kutuk oleh orang lain maka memang suey lah.. apatah lagi kalau cukup 40 orang doakan  yg tak baik.. sebab tu kekadang jiwa tak tenang.. kata orang la kan..

jadi sama-sama kita bertolak ansur.. tak rugi pun.. kita permudahkan urusan orang insyaAllah Allah permudahkan urusan kita. Semuanya ada nilainya.. Allah sahaja yang tahu membalasnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!