Ni kisah akak nak kongsi pasal kecuaian pihak yang bertanggungjawab dalam urusan kelahiran di bahagian bersalin, HSNZ Kuala Terengganu.
Sedih sangat bila fara share gambo kakaknya sedang memangku anaknya yang hanya sempat berada di dunia selama 3 hari..
Kisah ni kisah yang klise.. ibu yang sedang menanggung kesakitan yang amat tapi tidak dipedulikan oleh jururawat yang sepatutnya menjaga kebajikan dan keperluan ibu-ibu tersebut. Dalam kes ini, saat melahirkan sudah sampai tapi masih tiada lagi bukaan.. jadinya sepatutnya pembedahan adalah jalan penyelesaiannya.. tapi disebabkan tiada tindakan cepat dari pihak hospital, ibu dibiarkan menanggung kesakitan .. dan rahim ibu sudah tidak mampu lagi menyimpan bayi.. sehinggakan bayi sudah lemas di dalam perut ibu..
Seandainya langkah-langkah sewajarnya diambil dengan lebih cepat, berkemungkinan besar perkara ini tidak sampai jadi macam ni.. sampai kehilangan nyawa bayi... dan sekiranya lambat bertindak mampu meragut nyawa kedua-dua bayi dan ibu.
Dan difahamkan, ini bukanlah kali pertama kes seperti ini berlaku. MasyaAllah. Telah terlalu banyak kes-kes yang berlaku disebabkan kecuaian manusia.. disebalik kewujudan mesin-mesin yang berteknologi tinggi yang sepatutnya dimanfaatkan oleh pihak hospital, namun tindakan sambil lewa diambil.. natijahnya, kehilangan nyawa ibu.. kehilangan nyawa bayi..
dan dalam kes kritikal seperti ini, ada ibu-ibu yang sudah tidak dapat mengandung lagi.. dan ini memberi kesan yang amatlah besar kepada institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan..
Dalam setiap hal yang melibatkan manusia, perasaan kemanusiaan amatlah penting.. makanya hubungan kemanusiaan perlu diwujudkan dan diselaraskan kepada kewajaran dan kesesuaian dalam memberikan pertolongan yang sebaiknya kepada sesama manusia.
Sebagai manusia biasa, seringkali kita akan mengucapkan syukur apabila segala urusan kita dipermudahkan Allah. Dan kita juga akan mengucapkan terima kasih dan turut berdoa yang baik-baik kepada mereka-mereka yang telah turut sama membantu kita.. di sini, tentunya sebaliknya yang kita ucapkan kan...
Dan dalam perkara kecuaian sebegini, apa yang patut dilakukan? nak salahkan siapa? Tak perlu salahkan sesiapa.. kena lihat balik proses atau prosedur pengurusan wad bersalin tu.. pihak pengurusan mesti perbaiki sistem sedia ada supaya pengurusan wad bersalin menjadi lebih baik dan lebih cekap.
Tiada guna melaung-laungkan slogan pembangunan modal insan sana sini andai di saat kelahiran seseorang insan, kita kekurangan keinsanan untuk menyediakan perkhidmatan yang menandakan kita ini sesungguhnya seorang insan yang kaya dengan sifat belas dan ehsan sesama manusia!
No comments:
Post a Comment