Tuesday, May 13, 2014

Menteri Besar Terengganu Dato Seri Ahmad Said letak jawatan - Sejarah Politik Terhebat Terengganu pun bermula!

2-3 hari ni Negeri Terengganu dah panas pasal isu perletakan jawatan Menteri Besar Terengganu Dato Seri Ahmad Said. Banyak la citer-citer politik yang kita dengar.. macam-macam spekulasi..








 

DUN Terengganu rasmi bubar, Ahmad Said sah di DUN Kijal !!

Dan akhirnya semalam dalam berita, sah perletakan jawatan tersebut. Jawatan Menteri Besar Terengganu akhirnya diserahkan kepada YB Razif.

Oleh kerana itu apa yang mustahak adalah kestabilan politik. Kita ...

Dan hari ini, berita-berita sensasi dan kontroversi pun mula heboh diperkatakan.. 

Bermula dengan kenyataan Dato Seri Ahmad Said yang menjadi calon Bebas..

diikuti dengan YB Ghazali..

dan diikuti pula dengan YB Rosli..

Maka iklim politik negeri Terengganu amatlah panas sekarang.. ditambah pula dengan kemarau yang berpanjangan, maka amat tidak mudah untuk menangani krisis-krisis dalaman yang sedia ada..

Akak bukan orang politik dan akak tak minat politik.. tetapi politik la yang menentukan kuasa pemerintahan negara..

Makanya, kalau dilihat dari segi statistik kerusi-kerusi DUN skrg ini, amatlah ketara sokongan berbelah bagi rakyat.. kenapa?

Ketika ini, seperti yang dimaklumkan dalam berita tadi, jumlah kerusi ialah
  • 14 BN
  • 14 PAS
  • 1 PKR
  • 3 Bebas
Jumlah kerusi yang sama antara BN dan PAS menentukan kerajaan yang perlu ditadbir urus secara bersama..


tapi kalau ada 1 kapal dan 2 nakhoda, tak ke masalah.. takut la jugak jadi kapal titanic ke.. kan.. aduhai..


Andai ramai lagi wakil rakyat yang membebaskan diri dari BN camana ye nanti ye?
Mungkin kahn akan ada pilihanraya sekali lagi? mungkinkah.. seribu satu persoalan..

Memang akan jadi sejarah terhebat la!

Apa pun, pastikan sejarah yang dicipta tu yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan negara dan bukan kepada perjuangan peribadi harapnya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!