Thursday, May 1, 2014

Bila rambut dah beruban.. apa nak buat?

Rambut beruban? Kenapa boleh beruban? Kenapa dua tiga empat lima helai je yang uban?
Kenapa terjadinya uban ni?
  • Uban terjadi apabila pigmen pewarna rambut yang dikenali sebagai melanin yang dihasilkan sel tubuh melanosit, tidak lagi dihasilkan. Antara punca utama mengapa rambut mula beruban pada usia muda berkemungkinan disebabkan tidak cukup melanin dihasilkan atau pembentukan melanin yang tidak sempurna. (sumber)

  • Kajian yang dijalankan mendapati kepadatan warna rambut ditentukan oleh jumlah melanin yang dihasilkan oleh badan. Biasanya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, melanin boleh dihasilkan dengan jumlah yang banyak. Namun apabila umur semakin meningkat, kebolehan semula jadi untuk menghasilkan melanin mula berkurangan dan akhirnya kepala akan dipenuhi uban. Punca rambut beruban yang paling utama adalah faktor genetik, iaitu ia diwarisi daripada ibu atau bapa. Selain itu, rambut beruban juga boleh disebabkan oleh kurangnya zat besi dan zink atau penggunaan ubat-ubatan.(sumber)


Bolehkah uban dirawat?
Tidak. Biarpun uban tidak boleh dirawat ia tidak menjejaskan kesihatan dan boleh dikawal dengan penggunaan pewarna rambut. Ini mampu meningkatkan keyakinan diri remaja selain memperbaiki imej dan kesihatan mental serta fizikal yang lebih stabil.


Imej: carian google

Tapi boleh elakkan uban dengan cara (sumber)
  • Eat a nice healthy, balanced diet. Kurangkan cikedis-cikedis. 
  • Banyakkan vitamin b12 to stop your grey hair errr not really lah but it might! Who knows?
  • Exercise secara rutin. Senang cerita amalkan cara hidup yang sihat. Tidak merokok, tidak beralkohol.
  • Prevent stress! Sebab once kita stress, pembentukan sel melanin akan terbantut!
  • Untuk melancarkan peredaran darah di kulit kepala, I sarankan rajin buat hair massage / creambath! Yes, it works! 
  • Kalau nak lebih traditional, massage kepala dengan minyak zaiton atau perahan lemon.
  • Jangan lupa bagi vitamin pada rambut! Tak mahal, 10 kapsul tu dalam rm2 je kalau tak salah. Pakai dekat kulit kepala seminimal mungkin. Tak perlu banyak-banyak.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!