Wednesday, May 21, 2014

Matpiq masuk wad

Ni kisah anak sedara akak, matpiq.
Kisahnya, pagi tu matpiq mengadu yang kakinya sakit dan tak boleh berjalan.. dan masa tu matpiq demam.. asyik mengengsot je tak leh berdiri.. matpiq bagitau kalau dia berjalan, macam ada urat yang tak leh jadi betul.. camana tu.. jadi ibunya bawak gi sepital.. 

kat sepital Dr suspect kena kencing tikus.. suspen tu.. bila dah buat test, negatif.. fuhh lega.

 

Balik dari wad, Dr ada la bagi krim untuk urut dan ubat..  kemudian bawak gi berurut... kata bidan yang urut tu, urat matpiq ni ada yang dah rosak. hah? camana leh rosak tu? kata bidan tu lagi, mungkin masa kecik dulu, ye sepak bola yang keras ke.. masa budak kecik-kecik urat diaorang ni lembut... ooo macam tu ke?

nak jadi citer, memang betul. matpiq masa kecik dulu umur 2 tahun, suka main dan tendang bola keras.. bolasepak yang orang besar main tu.. beli ke bola tu? bola tu memang dah ada kat rumah sebab abahnya memang pemain bola.. liga kampung la..

 

Jadi, ibu-ibu bapak-bapak semua, kalau boleh elakkan anak-anak kecil tendang bola-bola yang keras, bimbang memudaratkan urat dan saraf dan tulang mereka yang masih lagi lembut tu..

apa citer pasal matpiq? ohh.. alhamdulillah, lepas urut dah boleh berjalan macam biasa dah..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!