Thursday, May 16, 2013

Teladan buat para ibu

Akak nk berkongsi citer ni. Akak ada nonton citer 'children of invention'. Citernya sgt2 menyentuh hati dan perasaan.

Ni kisah 3 beranak. Sorang mak dan 2 orang anak.. sorang laki dan sorang pompuan. Kiranya masih sekolah rendah lah... disebabkan maknya sentiasa sibuk jadi masa ngan bebudak ni mmg tersgt kurang.. selalunya anak nye yg perempuan, Tina yg selalu memberontak.. berbanding ngan abangnya Ramon.

Maknya kerja berkaitan skim piramid ni..  1 hari maknya gi tempat kerja nak jumpa client buat presentation.. tengok2 sorang pun x de kat syarikt tu.. tepon2 pun x angkat.. sah kena tipu ngan syarikat skim piramid tu..

So maknya pegi siasat kat tempat lain.. kebetulan lak pihak berkuasa tgh buat rampasan harta benda syarikat yg tipu tu.. tup2 tak pasal2 maknya kena angkut sekali jadi tahanan..

Kat rumah, Tina ngan Ramon punyalah tunggu maknya balik.. kesiannya... tina bgtau dia lapar. Ada 2 cup maggi. Kata tina kalau dia makan maggi tu mak mereka marah x. Abgnya bgtau.. makan je lah.. marah nak wak camana.. so abgnya masakkan air panas nak makan maggi tu.. selesai utk malam..

Esoknya mak masih x balik.. anak2 g sekolah.. makanan x ada. Duit x de.. ramon terpaksa kutip mana2 duit syiling yg ada dalam poket.. dalam bekas pensil.. dan mana2 tmpat lagi.. cukup la beli sepotong pizza dan sedikit barangan lain..

Balik ke rumah mak masih x de.. tepon pun x jawab.

So abgnya duduk berfikir.. dia mesti lakukan sesuatu..dgn duit yg berapa inggit dia dan adiknya pegi ke rumah datuk mereka.. sebab nenek mereka ada tggalkan sedikit duit untuk ramon.. rupanya datuknya pun dah nyanyuk.. memang tersentuh sgt perasaan bila tengok 2 beradik ni..

Selepas banyak cabaran..Akhrnya ramon  berjaya keluarkan 500 dari bank.. duit yg neneknya tinggalkan.. dgn duit tu dia reka satu produk utk dijual.. dan akhirnya terjual..

Balik ke rumah.. rupanya pihak berkuasa buat siasatan.. so kena angkut la 2 beradik ni.. tujuannya utk dihantar ke tempat perlindungan kanak2 la..

Rupanya tempat soal siasat tu jugak menjadi tempat pertemuan ibu dan 2 anak..tapi anak yg sulung macam x suka.. disebabkan maknya lah mereka jadi macam tu..

Jadi.. pengajarannya terlalu banyak.

1. ANAK2 PERLU DIAJAR BAGAIMANA UNTUK BERTINDAK DAN MENDAPATKAN BANTUAN APABILA BERLAKU KES SEBEGINI

2. IBU BAPA PERLU ADA ANGGOTA KELUARGA YG SALING MENGAMBIL BERAT ANTARA SATU SAMA LAIN

3. IBUBAPA PERLU PIKIRKAN MACAMANA KEBAJIKAN DAN KEHIDUPAN ANAK ANAK SEKIRANYA MEREKA TIADA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!