Sunday, May 5, 2013

Melihat keliling Memuhasabah diri



Merujuk kepada peristiwa lepas mengenai perempuan Melayu yang tidak tahu berapa surah ada dalam alQuran, disalin dari sini


Berapa surah dalam Al-Quran?

Aku tengok dalam Sejuta Ringgit Money Drop. Ada satu soalan.
Ketika ini, pasangan perempuan melayu dan lelaki india ni pilih kategori surah. Dah tahu soalan ni mungkin susah dan korang tak mahir. Apa pasal pilih yang ini? Haiya..Okeh. Soalannya berbunyi begini..

Ada berapa surah dalam Al-Quran?
A. 3
B. 91
C. 120
D. 114


Bagi yang dah tahu jawapannya, memang tahulah. Tapi secara LOGIK, kalau korang ni memang PERNAH baca Al-Quran dan pernah belajar agama atau tak FAIL dalam mata pelajaran Pendidikan Islam masa kat sekolah dulu, korang memang boleh jawab soalan ini dengan mudahnya.
Of course bagi yang rasa tak tahu pasal benda ni atau pandang remeh tentang isu ini..memang ramai yang tak tahu. Secara jujur, memang aku sedih jugak bila minah ni tak tahu. Sudahlah partner dia adalah orang india. Memang sah-sah tak tahu. Jadi, harapan disandarkan pada perempuan ini. Aku tahu dia tak tahu. Mungkin dia pernah belajar, tapi dia terlupa. Tapi benda pelik macam ini..aku tak rasa susah nak ingat.

Tiga surah sahaja? Ok, pilihan A memang salah 100%. Pilihan B yang dipilih oleh perempuan tersebut. Terus 840 ribu itu hilang dari tangan perempuan ini kerana aku tahu, secara logik memang surah dalam Al-Quran lebih dari seratus. Mustahil bawah seratus. Jadi, pilihan tinggal C dan D. Tinggal 120 dan 144. Jadi, kalau korang teka, mesti cari yang PELIK kan? Jadi, 90% akan pilih 114.
Ya. 114 surah adalah jumlah surah yang ada dalam Al-Quran.

** Aku tak kata perempuan tu tak pandai ke apa. Benda macam ini, fakta dan seharusnya WAJIB kita tahu. Itu kitab pegangan umat Islam. Buah tangan yang sangat berharga dari Allah. Takkan benda senang inipun kita nak lupakan?


Itu yang berlaku sekarang.. kalau kita ibubapa Melayu Islam ini masih lagi alpa dengan keadaan sekarang yang lebih bersifat kepada materialistik dan hedonisme semata-mata, tidak mustahil akan datang ada lagi peristiwa yang lebih 'memalukan' kita mungkin berlaku..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!