Saturday, May 18, 2013

Sedekah melalui ebook

Seorang hamba Allah, A memerlukan sumbangan dan sokongan para pembaca demi kelangsungan perjalanan hidupnya. Kehidupannya penuh berliku dan beliau sedang bangkit demi melangkahkan kaki ke jalan yang lebih baik.

Akak sentiasa berusaha untuk membantu A. Dan akak juga memohon para pembaca yang dermawan agar dapat menyedekahkan BACAAN ALFATIHAH buat A, niatkan supaya A berubah ke arah kebaikan. Semoga niat yang baik diterima Allah dan mendapat pahala, pahala menyeru manusia berbuat kebaikan yang amatlah mulia disisi Allah. Semoga Allah mempermudahkan urusan A mendekatkan diri kepada Allah melalui jihad ilmu agama.
Sebagai satu cara akak untuk bantu A, akak akan mula menjual ebook yang akak tulis sendiri. Hasil jualan ebook ini nanti akan digunakan bukan sahaja untuk bantu A, malah berpeluang untuk bantu golongan lain yang memerlukan. Dengan izin Allah.
Jadi seandainya pembaca ingin membantu, bolehlah membeli ebook nukilan akak nanti ye. Nanti akak maklumkan perkembangan mengenai ebook akak.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!