27 Mei 2013
Apa dah jadi.. akak terkejut tahap gaban jugak semalam bila menonton pasal isu bola sepak johor lawan pahang.. banyak betul insiden2 yg patut dijadikan pengajaran buat kita semua..
1. Kepada pengurusan FAM kena la telus dan memandang serius akan perkara mengenai lebihan penonton ni.. memang selayaknya pasukan johor enggan meneruskan perlawanan. Tengok tu.. kan penonton dah bertindak luar kawalan dah kan.. yelah.. dengan bersesak2 mana hati nak tenang kan..
2. Kepada IBUBAPA moden terlampau yg bawak anak kecik bawah 2 tahun tu boleh x pikir dengan lebih rasional sket pasak kebajikan anak2? Kalau korang sayangkan anak korang takkan bawak anak2 kecik pegi ke tempat ramai orang.. tempat bising.. malam pulak tu.. anak nak tido ke..
Ha.. yang kena baling batu pun ada.. tak pasal2 anak2 dapat sakit.. yelah.. akak faham korang lakibini fanatik bola... tapi dah sampai masanya korang pikir panjang pasal kebajikan anak2. Dahulukan aspek keselamatan yg melibatkan anak2. .. tu nasib stadium rak runtuh.. tak pernah dengar ke? Ada stadium runtuh sebab terlebih bebanan.. nauzubillah la kan.. tapi sekali lagi akak nak bagi nasihat free kat korang.. kalau ada anak kecik korang utamakanlah mereka.. lebih baik beribu kali baik lagi kalau korang tengok TV kat umah dgn anak2... lagi tenang kan..
3. Kepada penonton yang mengaku sebagai peminat tegar sukan bolasepak malaysia.. TAHNIAH KERANA KORANG SEMUA TELAH MELAKAR SEJARAH ULUNG DUNIA BOLASEPAK TANAHAIR.. dengan tindakan yang langsung tidak matang.. membaling batu kepada saudara lain.. apa yang sebenarnya korang mahukan terjadi ye.. sudahnya budak sekolah kesakitan.. puas hati korang kan..
Ye.. memang korang boleh lempar batu sembunyi tangan...tapi ingatlah.
ALLAH MAHA MELIHAT.. KITA YANG BUTA KERANA TIDAK MAMPU MELIHAT KEWUJUDAN ALLAH.. DAN HUKUM ALLAH TETAP ADA.
HUKUM KARMA juga biasa kita dengar kan.... Scorpion pun pernah nyanyi.. "what u give u get back.."
Ingatlah ye..
No comments:
Post a Comment