akhirnya... secara rasminya akak dah jadi pengguna penyedia perkhidmatan telekomunikasi RedOne.. dan secara rasminya juga akak telahpun bertukar dari Celcom.. walaubagaimanapun nombor akak masih lagi kekal sama.
tapi dia nye proses nak tukar tu.. fuh... punyalah lama.. sangat lama.. dan selama itulah akak terpaksa bertahan dengan servis telefon yang sangat mendukacitakan...
bayangkan.. setelah 7 kali cubaan memohon pertukaran dari Celcom.. barulah berjaya... ntah apa la masalahnya..
so kalau ada yang cakap pendaftaran ke RedOne automatik, jawapannya tidak.. namun begitu ianya tertakluk kepada konteks seperti;
- pengguna baru? automatik dapat daftar segera
- pengguna telco lain prepaid- mungkin 2-3 hari masa peralihan diperlukan
-pengguna telco lain postpaid - mungkin berminggu macam akak.
anyway.. just sharing.
No comments:
Post a Comment