Semua kisah kisah ni berlaku kepada orang orang yang memang akak kenal. Cuma apa yang akak nak paparkan bukanlah tujuan untuk menceritakan keburukan malah bukan juga nak mengaibkan. Tetapi untuk berkongsi tentang pengalaman dan reaksi serta langkah penyelesaian yang diambil oleh mereka dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Semoga dapat memberikan pengajaran kepada kita semua.
Kisah 1:
Seorang isteri di awal usia 40an makan hati dengan suaminya. Suaminya telah meminta izin untuk berkahwin lagi. Mereka telah pun dikurniakan dua orang anak yang sedang meningkat remaja. Anak-anak yang comel dan kacak serta bijak.
Isteri membenarkan walaupun sangat berat hatinya. Suami akhirnya berkahwin lain, dengan janda anak enam.
Sehingga kini suami masih melaksanakan tanggungjawab terhadap rumahtangganya. Masih sama seperti sebelumnya. Namun tentunya ada juga dalam aspek lain si isteri mengeluh akan kelemahan yang wujud dalam situasi tertentu. Tambahan pula si isteri juga mengakui kekurangan diri kerana penyakit yang dialami.. menjadikan dirinya tidak mampu untuk memberikan yang terbaik kepada suami dan anak-anak.
Tapi isteri sangat memahami. Beliau redha. Kata beliau ini mungkin petunjuk dari Allah untuk beliau mendekatkan diri kepada Allah.
Kisah 2:
Seorang isteri di akhir 20-an. Mempunyai seorang anak sekolah rendah.
Semalam beliau bercerita mengenai pergaduhan besar yang berlaku di antara beliau suami isteri. Ini kerana suaminya sudah 2 bulan tidak bekerja dan tidak ada usaha untuk mendapatkan kerja. Sebelum ini suaminya pernah bekerja tetapi tidak lama di satu-satu tempat. Hanya bertahan 2-3 bulan sahaja.
Dan ketika ini hanya isteri yang diharapkan untuk membayar rumah sewa dan menanggung makan makan keluarga. Isteri pula sehingga terpaksa berhutang untuk meneruskan kehidupan sekeluarga.
Akhirnya si isteri melahirkan ketidakpuasan hatinya kepada suami. sudahnya mereka suami isteri dikabarkan berpisah.
Si isteri akhirnya balik ke pangkuan keluarga untuk meneruskan kehidupan bersama anak.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka ini.
No comments:
Post a Comment