Sunday, September 27, 2015

AlFatihah..

Alfatihah buat rakan akak Dr Siti Haryati Shaikh Ali yang telah meninggal dunia di Mekah ketika mengerjakan ibadah haji pada hari Khamis, 24 September 2015 lepas. Dikabarkan arwah meninggal di atas ribaan suami, setelah mengadu sesak nafas.

Semoga Allah menempatkan arwah di dalam golongan para salihin. Amin.

Hari ni hari ahad, kami di Terengganu mula bertugas semula selepas cuti hari raya aidiladha.

Dan.. untuk sampai ke ofis akak, akak akan melalui kawasan parking yang dikhaskan buat kakitangan yang memegang jawatan pentadbiran, termasuklah arwah.

Di situ akak nampak kereta arwah. Sebuah kereta milik arwah ditempatkan di petak parking sementara arwah berada di Mekah menunaikan haji. Memang menjadi kebiasaan juga bagi kita untuk meletakkan kenderaan di ofis apabila bercuti panjang..

Apabila akak nampak kereta arwah, terus ingatan menerpa kepada keramahan arwah. Arwah memiliki keperibadian yang tinggi... bersikap mesra dengan semua orang.. dan arwah juga dikatakan suka menderma dan suka memberikan sumbangan apabila ada aktiviti di kampus...

Sungguh terasa kehilangannya... namun Allah lebih menyayanginya.

Semoga Allah mencucuri roh arwah dengan rahmat kebaikan dan kasih sayangNya.

Amin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!