Friday, September 25, 2015

Sup gear box

Ari ni ari raya Aidil Adha.

Ada 2 jemputan makan ari ni. Adik akak dan adik ipar. Dua-dua buat kenduri akikah.

Adik akak adakan majlis akikah kat umah keluarga mentua kat duyung  dan adik ipar akak kat umah keluarga mentuanya kat pulau kerengga.

Jadinya, lepas zohor, akak bertolak ke duyung dari losong. Masa sampai kat sana gulai belum masak sepenuhnya lagi.. jadi sambil-sambil tu dok bersembang la.. hehe..

Tak lama lepas tu adik lelaki akak pulak sampai.. lagi meriah la kami sembang.

Masak je gulai kami pun apa lagi.. makan la.. hehe..

Apabila diberitau ada sup gearbox, adik akak yang lelaki siap mintak gearbox.. jenuh nak makannya...

Siap tuan rumah tanya nak straw ke tidak... rupanya macam tu lah cara makannya.. hmmm..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!