Sunday, August 23, 2015

Kisah Celcom dan RedOne .. serta kisah HABIS internet DATA

hmmm.... akak memang sedih la... tak terkata sedihnya..

kenapa?

sebab dah lama trak update blog. selalunya akak update blog akak ni SETIAP hari... akka akan pastikan jugak setiap petang akak spend masa bersama smart phone akak untuk update blog kesayangan akak ni..

TAPI...

sejak bertukar kepada pelan celcom yang lain 3 bulan lepas, semua jadi haru biru... internet data cepat habis... so bila dah habis tak boleh nak google.. tak boleh nak update blog.. even sampai tak boleh nak baca mesej whatsapp...

so kena tunggu next bill cycle... 8hb... barulah dapat mesej baru masuk.... beratus-ratus mesej WA masuk... tapi mesej lapuk la... dah tak relevan...

mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya kenapa akak tak beli Data tambahan... memang dah beli dik oi... dah beli ikut mesej... dan dah call Celcom staf... tapi ada masalah ngan kod nak beli Data tu pulak... ntah la... macam-macam masalahnya...

sekarang ni.. pasal RedOne pulak... ingatkan dah boleh bertukar kepada RedOne dah.... rupanya TAK BOLEH LAGI... belum selesai lagi urusannya..

kenapa?

sebab CELCOM MASIH TAK BENARKAN.. akak ni pengguna postpaid.. sejak berkurun lamanya... memang antara penyumbang kepada kekayaan syarikat Celcom la... haha..

masa akak pergi tanya kat ejen RedONe ituhari, memang mamat tu ada tunjukkan mesej kat sistem diaorng... masa tu 5 kali dah ejen RedOne cuba apply.. tapi masih tak berjaya....

so akak dah call Celcom sendiri dan bagitahu tak puas hati ngan Celcom.. dan diberitahu suruh tunggu 24 jam supaya Celcom boleh uruskan permohonan baru...

TAPI MASIH LAGI MASALAH SAMA...

pada masa sama, walaupun kat rumah akak dah YesWifi, tapi bila on the Go ni, memang terasa la masalah Internet data ni..

Untung kan... mereka yang jual storage dan capacity data macam syarikat telekomunikasi ni kan... sebab sekarang ni orang dewasa dan belia ada smart phone... dan mereka perlu guna internet data.. jadi nak tak nak memang perlu bayar penggunaan internet data ni kan.. paling murah katakanlah pelan $38... kalau 10 juta rakyat malaysia guna pelan tu... fuyooo... apa tak kayo nye kan kan...

sebab tu dah banyyyyykkk sangat syarikat telekomunikasi tumbuh bagai cendawan lepas hujan sekarang ni... Tunetalk la.. RedOne la...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!