Sunday, June 28, 2015

Kejamnya manusia...anak kucing baru lahir dibuang merata..

Baru kejap tadi akak terdengar bunyi anak kucing.. jadi akak pun keluar... kebetulan jiran depan rumah ada sedang keluarkan barang dari keretanya. jadi akak pun tanya la.. kat mana bunyi anak kucing tu.. jiran akak pun tunjuk la.. tu.. rupanya kat dalam pagar akak.. heran pulak.. dari mana datangnya..

Kemudian jiran akak bagitau.. sebenarnya baru kejap tadi dia nampak ada 2 orang budak datang letak anak kucing tu kat situ.. bila jiran akak describe kan budak 2 orang tu akak dah boleh agak dah anak sapa.. memang dah terkenal dah... hmm.. geram betul la..

yang paling geram ialah.. anak kucing tu baru je lahir.. dah dipisahkan dari ibunya.. akak tengok pun rasa geli.. sementelah lagi akak ni bukanlah dalam kategori suka kucing.. (bukan kucing je.. semua lah.. hehe).. memang tak tau nak buat apa lah.. pastu bila abe nik nak keluar gi solat terawih satni memang dah tak dengar dah bunyi anak kucing tu.. dah mati la kot.. tapi abe nik bagitau belum mati lagi.. hmm.. tak taulah.. kesian la..

napa la gi pisahkan dari ibu kucing tu.. rasa nak sumpah pun ada kat budak-budak tu..

semoga Allah memberi petunjuk kepada budak-budak tu..

Saturday, June 27, 2015

Sakit sendi.. rawatan kendiri.. kenalpasti puncanya..

Rasanya ramai antara kita wanita yang mengalami sakit sendi terutamanya di bahagian jari tangan. Macam akak.. memang setiap kali bangun pagi akan terasa sekali jari tangan mencucuk-cucuk. Masa tu memang kena la buat senaman jari. kena gerakkan anggota  jari tangan paling kejap pun 5 minit. Barulah akan rasa lega.. sebab tu akak perlu pastikan setiap malam mesti ambik Ostematrix dan Advanced Joint suplements dari Shaklee. Kalau tak ambil hmm.. tambah lagi la sakit belakang kalau nak bangun tido..

Dalam mencari penyelesaian sakit sendi ni akak terbaca la kat satu blog ni.. antara punca sakit sendi ni ialah:

Terlebih berat badan.

jadi... nak tak nak kena la turunkan berat badan dulu.. dan ramai yang bagitau.. bila berat badan dah turun banyak penyakit dan sakit sakit badan dah hilang.. hmm..

jom sama sama usaha kuruskan badan.. hehe..

Friday, June 26, 2015

Melawat anak kat asrama

petang tadi akak pergi melawat anak akak kat asrama imtiaz.. siap pesan lagi bawak itu ini.. macam biasa..hihi

so tadi sempat la akak singgah kat bazar ramadan.. beli kuih.. boleh la durra makan ngan kawan-kawan nanti masa berbuka..

akak siap beli kuih untuk pak guard lagi.. hihi.. dah kenal dah sebab selalu gi tengok anak ambik anak.. jadi masa abe nik berenti sain kat buku rekod keluar masuk pelawat, abe nik bagi la kuih tu kat adik guard tu.. mula-mula tengok kat pos pengawal tu macam takde orang.. rupanya ada.. guard tengah solat.

macam biasa.. ari ni berselfie lagi.. haha.. like like like..

Thursday, June 25, 2015

Storan data... Thumbdrive... macam macam rupa dan bentuk..

macam-macam rupa dan bentuk thumbdrive kan...

dulu harga thumbdrive kemain lagi mahal.. akak masih ingat lagi.. nak beli 500MB pun time tu dah tiga hingga empat ratus.. lepas tu bila 1 Terabait storan dah ada masa tu harga dah jauh lebih murah la..

akak sendiri pun ada 5 thumbdrives dan 4 pocket drives... ha.. tak caya? percayalah.. hehe..

sekarang ning akak lebih suka simpan kat awan je.. on the cloud... hehe.. ada simpan kat google drive.. kat dropbox.. yang free... hehe..

sementelah lagi selepas banjir besar yang melanda baru-baru ni memang satu peringatan bagi kita.. kena pikir jugak bagaimana nak selamatkan data kan.. data ni memang sangatttt penting.. sebab dengan data la kita boleh buat analisis.. buat kesimpulan tentang sesuatu perkara... boleh buat ramalan.. banyak boleh buat...

yang penting kena ada data.. dan data pulak kena simpan kat tempat selamat... sekurang-kurangnya selamat dari kejadian alam yang tidak diingini..

jom sama-sama ambik cakna..

tapi

Wednesday, June 24, 2015

Makan ikang bako kat Melaka

hihi.. lupa pulak nak upload momen momen best sekeluarga masa kat melaka.

sebenarnya kami bertolak dari KL pada 5 Jun 2015. Lepas je checkout dari homestay kat Seri Gombak. Lepas tu kami terus ke melaka. berhenti makan jap kat Hentian Seremban... meriah..

Malamnya kami makan ikang bako kat Tanjung Api.. tempat feberet abe nik.. kenapa? sebab nasi lemak dia ngan sambal kicap dia punya la delicious..hihi

tapi yang paling akak suka makan ialah otak-otak.. memang la tak sama ngan otak-otak terengganu tapi.. suka suka..hihi..

sampai kenyang mettokk akak makan.. hehe..

Monday, June 22, 2015

Peace Collection xxXXLLL...

hmmm... pernah dengar peace collection? kedai pakaian wanita yang menjual pakaian dari baju kurung ke jubah ke blaus ke pakaian dalam.. semua ada di peace collection..

so minggu lepas akak ngan durra pergi ke kedai peace. sebelum ni memang dah biasa pergi dah.. last akak pergi ialah bersama-sama ngan fara ngan yana.. beli gedel... hehe..

tapi minggu lepas kira spesel la sket.. napa?

sebab peace ada beri diskaun 50% kepada pemegang kad premiernya pada bulan harilahir.. jadi kebetulan bulan beday akak jadi apa lagi...haha.. sambar jubah lah beb.. beli 2 dapat diskaun 50% setiap satu.. mana nak dapat weh...

tapi kami beli 3 jubah dan satu slack.. jadi 2 pasang dapatlah 50%.. yang selebihnya dapat 10% off.. kira ok lah tu kan...hihi..

Saturday, June 20, 2015

Hari ke 3 puasa.. anto anak balik hostel..

Hari ni Durra balik semula ke imtiaz.. so sempat berbuka puasa ngan mami dan papa 2 hari pertama berpuasa.

On the way hantar Durra ke hostel, kami singgah kat bazar ramadan.. masa tu dah redup dan.. macam nak hujan..

masa keluar kereta hujan tak turun lagi.. tapi dalam masa 5 minit lepas tu hujan turun dengan lebatnya.. siap ngan kilat lagi.. angin pun kuat.. sampai ada khemah gerai yang terbalik.. suspen betul.. kami terperangkap dan tumpang berteduh kat khemah yang nampak besar dan lebih teguh..

sempat beli kuih je.. lepas tu kami terus berkejaran ke kereta.. basah kuyup.. hehe..

Friday, June 19, 2015

aduhai... internet quota dah habis la plok..

huhhhu..

anaknda balik hostel.. guna no digi.. akses internet.. internet quota pun habis.. dah tak boleh akses internet dah.. kena tunggu 1 Julai la plok..

ish.ish..

ada tak pelan internet lain yg sangat fleksibel? yang menguntungkan pengguna?

Thursday, June 18, 2015

Hari pertama puasa Ramadan 2015

Ari ni Kamis 18/6/2015 hari pertama puasa. Kebetulan pulak anaknda balik dari asrama.

Jadi alhamdulillah dapat buka puasa bersama-sama.

Dan ari ni kami dah melawat bazar ramadan kat sura gate.. hehe

Wednesday, June 17, 2015

Kisah luarbiasa apabila mak sendiri dan mak mertua bercuti bersama

jarang kita dengar mak mentua dan mak sendiri dapat sama sama pergi bercuti dan duduk sebilik kat hotel.

tapi kalau dah terdengar tu maknanya kita dah boleh buat andaian awal betapa hebatnya kasih sayang kedua-dua ibu terhadap anak dan menantu mereka. dan betapa hebatnya kasih sayang menantu kepada mak mentua kan..

dalam bengkel semalam, ada salah seorang peserta bengkel, perempuan. beliau datang bersama dengan ibu beliau dan juga ibu mentua. suami beliau tak datang sebab ada kerja. anak anak pula dah besar.. jadi kata beliau, alang-alang dah datang Terengganu bawaklah sekali kedua-dua ibu.. boleh bercuti sekali.

akak pun tanya soalan, "u kat bengkel ni.. diaorng kat hotel.. x boring ke diaorg nanti"

jawabnya, "don't worry.. takkan boring nye... diaorg ni selalu je ada kisah nak dikongsi.."

memang hebat la! Menantu hebat. mak mentua hebat!

sama-sama jadikan teladan.

Tuesday, June 16, 2015

Tanpa kita sedari... ancaman dan propaganda orang kafir di mana mana...

Sebagai seorang muslim adalah kewajipan kita untuk mengamalkan cara hidup islam dan menguruskan kehidupan dengan berlandaskan kepada prinsip prinsip dan rukun iman serta rukun islam yang menjadi pegangan kita.

sehubungan dengan ini juga, kita perlulah prihatin dan mengambil berat tentang keperluan membersihkan jiwa kita dari unsur unsur yang dapat menimbulkan kerosakan kepada iman kita.. banyak sebenarnya kan unsur unsur negatif yang dapat menghakis rasa keimanan kita.. tanpa kita sedari.. di luar sana banyak pihak bukan islam yang sentiasa mencari jalan untuk menghuruharakan keimanan kita.. unsur halal haram contohnya... sekiranya kita bukan termasuk ke dalam golongan mereka yang prihatin tentang halal haram apa yang dimakan.. alangkah ruginya kita kan.. sedangkan kita sentiasa diingatkan bahawa apabila termakan sesuatu yang haram maka tidak akan diterima amalan kita.. dan juga apa dimakan akan menjadi darah daging.. dah jadi darah daging macamana nak dibuang kan.. dah jadi sebahagian dari diri kita..

bukan setakat halal haram makan minum tetapi juga pakaian serta keperluan kita.. contohnya kasut yang dipakai ada lambang salib.. sejadah yang digunakan dalam solat ada gambar babi.. ada lambang salib.. kain yang digunakan untuk buat baju ada ayat alquran.. ada mesej tersembunyi..

kita tidak akan dapat menghalang kemasukan barang barang serta unsur unsur tersebut ke dalam negara kita.. itu di luar dari kawalan kita..

namun kita masih boleh memilih untuk menghalang diri kita dari termasuk di dalam golongan mereka yang alpa.. yang tidak prihatin dengan propaganda sulit orang kafir..

jom sama-sama jadi golongan yang cakna serta prihatin dengan kesucian kehidupan kita dan keluarga kita..

kalau bukan kita siapa?

Monday, June 15, 2015

Alfatihah buat arwah kakak

Bulan 3 tahun ni genap setahun kakak akak meninggalkan kami. Sehingga sekarang kami sekeluarga masih lagi sebak dan sedih apabila mengenangkan arwah. Di hujung hayatnya, arwah bergelut dengan penyakit misteri yang sangat mempengaruhi kesihatannya.

Dan imej ini akak perolehi daripada status whastapp anak kedua arwah.

Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa kakakku. Kau berilah rahmatMu dan kasih sayangMu dan berilah pahala  kebaikan kepada kakakku Mahani. Kau tempatkanlah kakakku di dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Sunday, June 14, 2015

Sogo sale!.. kami datang..

4 Jun 2015

Dari Terengganu datang KL weh... semata-mata nak menyahut jualan sempena cuti sekolah kat Sogo... hehehe..

citernya, akak sekeluarga datang ngan 3 buah kereta.. mak, adik akak, adik ipar, anak sedara ada sekali. akak menginap kat Kristal Height 2 kat Sri Gombak.. kat atas bukit wo..

plan asalnya ialah kami nak naik LRT je nak ke sogo.. tapi bila bincang balik tak jadi naik lrt.. sebab dok pikir beli barang banyak nanti susah lal kalau naik lrt dengan barang2 banyak tu.. hihi..

hmm.. sudahnya kami naik kereta je la.. dan dan dan... dah namanya KL kan.. 1 jam lebih la jam.. giler punya jam la.. yang jadi giler tu bila ada pemandu yang saja suka suka nak pergi arah lain belok sana sini sedangkan tak muat lalu.. huhu... memang la jadi makin jam..

pulak tu bila dah sampai sogo tup tup tengok parking kat sogo tu tutup..adoi la..

semua parking penuh la.. berjujuk kereta nak masuk parking kat hampir semua tempat.. adoi...

jadinya akak kemudian cari parking kat stesen lrt kuala lumpur.. hmm.. parking pun penuh jugak.. ye la sebab ari kamis.. hari bekerja.. memang parking penuh.. cari sampai atas semua lot penuh.. last2 kami tanya pak guard tu.. kalau keluar ni kena bayar tak? sbb parking penuh jadi takkan kena bayar kot..

nak dijadikan citer.. dengan rahmat dan kasih sayang Allah, pak guard tu siap bantu tunjuk tempat yg boleh park.. di laluan tepi.. alhamdulillah.. ketiga-tiga biji kereta dapat park.. syukur..

jadinya dari situ kami naik komuter ke Bank Negara dan terus ke sogo..

punya la ramaiiii orang.. adus dus..

ni akak temankan mak beli handbag.. mak nak beg kecik.. nak bawak gi surau.. nah ko... beli beg sembonia tu bawak g surau.. haha.. dah sale kan.. hehe.. tak kisah la.. asalkan mak gembira..

Saturday, June 13, 2015

aduhai... mobile data

hmm dah seminggu x update blog.

kenapa?

sebab last week, hari yg akak nak update blog akak, masa tu la pulak internet data habis... ish.. bengang kejap..

so apa jadi bila internet data habis?

tak dapat mesej whatsapp, tak dapat google.. pendek kata apa saja yg melibatkan internet memang tak dapat buat connection lah.

dan 8hb setiap bulan baru dapat data limit yang baru.. aduhai..

tu la kisahnya..

sebenarnya akak baru je tukar plan celcom. sebelum ni ok je. tapi sebab nak cari plan yang lebih baik untuk penggunaan internet, makanya akak pilih la pelan celcom yang baru.

so akak call customer service celcom tanya.. dan staf celcom bagitau cadangan penjimatan internet data. katanya jangan biarkan aplikasi web sentiasa on. logout. kalau tak logout nanti aplikasi akan sentiasa running. tu yang makan data tu..

alahai.. banyak hal la pulak nak login logout..

so... akak malas nak pening pening.. akak cari satu phone lagi..hehe..kali ni guna plan Digi.

baru boleh tengok apa kelebihan masing-masing kan.. celcom vs maxis vs digi.

Tuesday, June 2, 2015

Sembuh dari fibroid

Baru sekejap tadi akak terima satu mesej kat tepon akak. dari seorang wanita yang sebelum ini mengalami fibroid. Alhamdulillah, akak dimaklumkan beliau telah sembuh dan tidak perlu melakukan pembedahan buang rahim.

Akak tak buat apa pun. Akak cuma kongsikan kisah beberapa rakan-rakan lain yang pernah berubat di satu tempat ni khasnya untuk mereka yang mengalami masalah fibroid.

Dan kakak ni yang akak namakan sebagai Puan L, pergi berubat ke sana.

Dan alhamdulillah dengan izin Allah  Puan L telah sembuh. Akak tumpang gembira mendengarnya.

Semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang terbaik buat Puan L.

Monday, June 1, 2015

SteamQ iron.. akhirnya tiba juga..

yea.. best nyer.. akhirnya dah sampai steamq iron yang akak ode dari astro goshop. hehe..

terus akak test.. gosok baju jubah..

camana?

hmm.. nampak masa iklan goshop tu kan macam mudah giler.. tapi bila buat sendiri.. alahai.. macam susah je.. hehe..

mula-mula terkial-kial jugak la nk guna iron tu.. tapi lama lama dah ok lah.. dah terror dah sekarang... gosok pastu press... press.. memang keluar berkepul kepul asap..

cumanya.. kalau gosok jubah memang lama la masanya.. so bila isi air ke dalam iron tu rasanya macam sekali isi air untuk satu jubah.. huhu.. tapi kan tengok atas jenis jubah la.. ada jubah yang memang susah nak gosok kan.. ada yang jenis kain nampak keriut je tapi bila dah gosok mudah je..

tapi memang best la steamq iron ni.. takde la sampai basah baju kita.. akak sebelum ni dah ada steam iron yang macam ada kat kedai pakaian tu.. yang kena isi air ke dalam balang besar tu.. pastu ada penyangkut iron kat palang besi.. ha.. akak memang ada beli yang tu la.. tapi bila iron je baju mesti jadi basah baju tu.. hehe..

so dah ada steamq iron ni hari hari akak iron baju.. sebab banyak tak bergosok.. bukan sebab males.. hehe.. so sekarang ni setiap malam gosok 4-5 pasang baju.. berbanding sehelai untuk pakai untuk esok.. hihi.... terlajak rajin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!