Sunday, June 14, 2015

Sogo sale!.. kami datang..

4 Jun 2015

Dari Terengganu datang KL weh... semata-mata nak menyahut jualan sempena cuti sekolah kat Sogo... hehehe..

citernya, akak sekeluarga datang ngan 3 buah kereta.. mak, adik akak, adik ipar, anak sedara ada sekali. akak menginap kat Kristal Height 2 kat Sri Gombak.. kat atas bukit wo..

plan asalnya ialah kami nak naik LRT je nak ke sogo.. tapi bila bincang balik tak jadi naik lrt.. sebab dok pikir beli barang banyak nanti susah lal kalau naik lrt dengan barang2 banyak tu.. hihi..

hmm.. sudahnya kami naik kereta je la.. dan dan dan... dah namanya KL kan.. 1 jam lebih la jam.. giler punya jam la.. yang jadi giler tu bila ada pemandu yang saja suka suka nak pergi arah lain belok sana sini sedangkan tak muat lalu.. huhu... memang la jadi makin jam..

pulak tu bila dah sampai sogo tup tup tengok parking kat sogo tu tutup..adoi la..

semua parking penuh la.. berjujuk kereta nak masuk parking kat hampir semua tempat.. adoi...

jadinya akak kemudian cari parking kat stesen lrt kuala lumpur.. hmm.. parking pun penuh jugak.. ye la sebab ari kamis.. hari bekerja.. memang parking penuh.. cari sampai atas semua lot penuh.. last2 kami tanya pak guard tu.. kalau keluar ni kena bayar tak? sbb parking penuh jadi takkan kena bayar kot..

nak dijadikan citer.. dengan rahmat dan kasih sayang Allah, pak guard tu siap bantu tunjuk tempat yg boleh park.. di laluan tepi.. alhamdulillah.. ketiga-tiga biji kereta dapat park.. syukur..

jadinya dari situ kami naik komuter ke Bank Negara dan terus ke sogo..

punya la ramaiiii orang.. adus dus..

ni akak temankan mak beli handbag.. mak nak beg kecik.. nak bawak gi surau.. nah ko... beli beg sembonia tu bawak g surau.. haha.. dah sale kan.. hehe.. tak kisah la.. asalkan mak gembira..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!