Monday, June 15, 2015

Alfatihah buat arwah kakak

Bulan 3 tahun ni genap setahun kakak akak meninggalkan kami. Sehingga sekarang kami sekeluarga masih lagi sebak dan sedih apabila mengenangkan arwah. Di hujung hayatnya, arwah bergelut dengan penyakit misteri yang sangat mempengaruhi kesihatannya.

Dan imej ini akak perolehi daripada status whastapp anak kedua arwah.

Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa kakakku. Kau berilah rahmatMu dan kasih sayangMu dan berilah pahala  kebaikan kepada kakakku Mahani. Kau tempatkanlah kakakku di dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!