Sebagai seorang muslim adalah kewajipan kita untuk mengamalkan cara hidup islam dan menguruskan kehidupan dengan berlandaskan kepada prinsip prinsip dan rukun iman serta rukun islam yang menjadi pegangan kita.
sehubungan dengan ini juga, kita perlulah prihatin dan mengambil berat tentang keperluan membersihkan jiwa kita dari unsur unsur yang dapat menimbulkan kerosakan kepada iman kita.. banyak sebenarnya kan unsur unsur negatif yang dapat menghakis rasa keimanan kita.. tanpa kita sedari.. di luar sana banyak pihak bukan islam yang sentiasa mencari jalan untuk menghuruharakan keimanan kita.. unsur halal haram contohnya... sekiranya kita bukan termasuk ke dalam golongan mereka yang prihatin tentang halal haram apa yang dimakan.. alangkah ruginya kita kan.. sedangkan kita sentiasa diingatkan bahawa apabila termakan sesuatu yang haram maka tidak akan diterima amalan kita.. dan juga apa dimakan akan menjadi darah daging.. dah jadi darah daging macamana nak dibuang kan.. dah jadi sebahagian dari diri kita..
bukan setakat halal haram makan minum tetapi juga pakaian serta keperluan kita.. contohnya kasut yang dipakai ada lambang salib.. sejadah yang digunakan dalam solat ada gambar babi.. ada lambang salib.. kain yang digunakan untuk buat baju ada ayat alquran.. ada mesej tersembunyi..
kita tidak akan dapat menghalang kemasukan barang barang serta unsur unsur tersebut ke dalam negara kita.. itu di luar dari kawalan kita..
namun kita masih boleh memilih untuk menghalang diri kita dari termasuk di dalam golongan mereka yang alpa.. yang tidak prihatin dengan propaganda sulit orang kafir..
jom sama-sama jadi golongan yang cakna serta prihatin dengan kesucian kehidupan kita dan keluarga kita..
kalau bukan kita siapa?
No comments:
Post a Comment