Bila bercakap je pasal sepital besar KT rasanya hampir semua orang akan mengakui betapa masalah parking pelawat menjadi isu utama sejak sekian lama.
Yang paling tak masuk akal ialah bila ada pelawat yang ambik jalan mudah, mereka ni park je kenderaan kat belakang kenderaan yg dah ada kat dalam petak parking tu.. sudahnya berlapis lapis la parkingnya..
Kononnya nak ikut stail KL.. bila parking turunkan handbreak.. jadi senang la pemandu yang nak keluar. Senang apa ke jadahnya.. (maaf la.. geram sangatttt).. semalam masa kat sepital tu beberapa kali akak nampak pemandu perempuan kena tolak kenderaan yg park belakang kereta diaorang.. sebab kereta kena blok susah nak keluar..kalu lelaki tak pe la jugak.. dengan kudrat yang ada pada mereka kira oklah jugak kan.. aii.. dibuatnya pakcik2 yang dah tua.. mana mampu nak tolak kereta woi..
Dan jangan terkejut. Akak pernah tengok sendiri nurse yang baru habis shift.. nak balik rumah.. kena tolak sendiri kenderaan yg blok belakang keretanya.. dan yang paling kesiannya ialah.. nurse tu sedang sarat mengandung... nak mntak tolong orang tak de masa tu.. maka kena la usaha sendiri.. memang kesian..
Jadi akak nak berpesan kpd mereka yang suka sangat ambik mudan dan tidak memikirkan perasaan orang ni, tolonglah sedar akan akibat dari perbuatan menghalang kenderaan dan menyusahkan kenderaan lain untuk keluar.. jangan la blok kereta orang lain..
So mana nak park kalu pegi sepital HSNZ ni?
Boleh park kat dalam kawasan KFC.. memang la kena bayar tapi tak sampai singgit pun sejam.. takkanlah pegi melawat sampai 4 jam kot.. waktu melawat pun 2 jam je..
Dan sekarang ni bila bangunan baru sebelah sepital dah siap, jadinya masalah parking juga dah selesai.. sekarang ni siap ada kawasan parking bertingkat lagi.. ada banyak parking kat situ.
So, sedarlah.. blok kereta orang hanya membawa kepada kesulitan pihak lain je.. jadi kalau orang tu nak cepat dan dia tak dapat keluar sebab ada orang menghalangnya, maka dia dah jadi golongan yang teraniaya.. andaikata golongan ni mendoakan sesuatu yg tak bagus untuk mereka yang blok kereta nih maka bayangkanlah.. free free je dapat susah.. nauzubillah.
Fikirkan kesenangan dan kemudahan bersama.. jangan pikir diri sendiri sahaja.
No comments:
Post a Comment