Wednesday, September 3, 2014

Rahmat Allah bagi ibu yang bersabar setelah kehilangan anak

Hari ini akak berpeluang mendengar perkongsian menyayat hati dari seorang ibu muda.

Ibu muda ni kehilangan anak buat selama2nya hanya setelah 15 hari dilahirkan..

Dan tau tak.. anaknya meninggal disebabkan masalah liver.. yang boleh dikesan seawal bayi dilahirkan lagi.. ibu ni perasan yg bayinya tak menangis dan asyik tido.. menyusu badan pun tidak.. bila bgtau misi mereka kata biasalah macam tu.. kena kejutkan bayi jugak supaya bangun..

Ibu ni dah guna pelbagai cara utk kejutkan bayi.. hari ke tiga beliau nampak ada tanda lebam biru di bawah mata bayi.. tapi tanda lebam tu hanya sekejap je.. tak sampai 1 minit pun kelihatan..

Jadi bila bgtau misi, misi tak ambik serius.. so dari sepital dungun ibu ni pun balik ke rumah keluarganya..

Disebabkan bayi masih kelihatan lemah bayi kemudian dibawa ke sepital ppum. Dan di sana bayi tu mendapat perhatian segera dan diutamakan.. rupanya liver tu ada problem.. dah nembesar 7 cm kata doktor.. doktor heran kenapa kakitangan sepital dungun tak check betul2..

Dan ibu ini turut melihat bagaimana bayinya dibaluti segala wayar.. sehinggakan badan membengkak.. dan sehinggalah bayi itu hanya bergantung kpd alat pernafasan sahaja..

Dan sampai satu hari ibu ini berkata kepada doktor, "cukuplah doktor.... saya redha.. hari ni saya cuma nak pegang bayi saya..." kerana apa? Kerana hanya 3 hari sahaja yang beliau sempat pegang bayinya.. selebih ya bayi berada di dalam wad dgn badan berbalut wayar..

Dan doktor memahami perasaan ibu muda ini.. doktor buangkan wayar2 semua melainkan tiub pernafasan sahaja.. maka ibu muda ini lantas memegang bayinya.. mendukungnya. Memangkunya.. redha dan percaya Allah lebih menyayanyi bayinya.. dan akhirnya bayi lelakinya kaku di dalam pangkuan ibunya.. dan pada masa yang sama juga, ibu muda ini pengsan.

Ibu muda ini mengambil masa yang agak lama untuk sembuh dari kisah  kedukaan ini.. namun berbekalkan sokongan keluarga dan kepercayaan kepada hikmah Allah, beliau amat percaya Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik buatnya.. Ye.. ibu ini telah mempunyai jalan ajaibnya ke syurga..

Dan ibu muda ini terus belajar mengenai hikmah kesabaran dan keredhaan..

Acapkali ibu ini diperlihatkan dengan angka 1111. Kekadang beliau melihat waktu.. dan ketika itu pukul 11.11.... banyak kali beliau berhadapan dengan situasi angka 1111 ni..

Dan bila ditanyakan kepada ustaz, ustaz bagitau supaya dibuka lembaran kitab alquran surah 11 dan ayat 11.

Dan masyaAllah.. kata ibu muda ini.. ayat tersebut berkisar tentang kesabaran dan keredhaan..

Allah memberikan petunjuk kepada sesiapa sahaja yang Dia Kehendaki.

Alhamdulillah, 3 bulan selepas itu ibu muda ini mengandung lagi..

Kata beliau, beliau redha dan yakin apa yang Allah berikan adalah yang terbaik dan hanya Allah yang Maha Berkuasa. Kita ini hanyalah hambaNya.

MasyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!