Sunday, September 28, 2014

Medical negligence - terima takdir Allah..

Kalu cakap pasal kecuaian pihak hospital terhadap pesakit memang satu  citer yg tidak pernah berhenti.. sentiasa ada.. kerana faktor kemanusiaan..

Memang ada byk kes kecuaian pihak doktor, jururawat dan sebagainya.. tapi itulah.. tak dinafikan kita jadi sakit hati.. marah.. geram.. maki hamun.. namun...last2 kita tak mampu menolak takdir.. walaupun disebabkan oleh kecuaian pihak lain tetapi kaitannya dengan kita.. memang kena juga kita muhasabah..

Usah bertanya kenapa.. kenapa.. kenapa.. dah takdir.. terima dan mintam ampun kepada Allah..

Benda dah terjadi.. nak wak camana kan..

Akak juga pernah mengalami kes kecuaian ni.. masa anak akak dok spital, jururawat tak dapat cari urat darah kat tangan baby.. nak ambik darah.. yg kita tengok tangan baby dah bertampal ngan kapas.. rupanya disebalik kapas tu penuh ngan bekas cucukan jarum...

Bayangkan baby umur 3 hari....

Sampai hari ni bila akak teringatkan pasal ni akak akan berdoa kat Allah supaya jururawat yg buat perkara ni kat tangan anak akak akan terima balasannya.. akak belum mampu memaafkan lagi .. manusia biasa kan kan..

Kesannya tangan anak akak memang ada parutnya.. dalam sangat.. nampak lekuknya.. kadang2 durra ada jugak mengadu sakit kat tangan.. aduhai.. menitis air mata akak.. sebab dok bayangkan kesakitan masa kena cucum jarum masa masih baby..
Aduhai.

Ampunkanlah dosa kami Ya Allah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!