Pelajaran amatlah penting kerana dengan belajar seseorang itu menjadi berilmu. Dan dgn ilmu seseorang itu dapat menentukan halatuju kehidupan yang lebih baik, dapat melakukan perkara yang baik dalam banyak aspek kehidupan, demi agama bangsa dan negara.
Saban tahun ramai pelajar yg mendapat tempat belajar di universiti serta kolej. Sememangnya tak dinafikan perbelanjaan untuk menampung kehidupan sebagai seorang pelajar agak sukar kerana banyak menelan belanja.. untuk masuk belajar saja dah menelan ribuan kos utk bayar pendaftaran. Apatah lagi dengan kos utk membeli barang keperluan.. hanya untuk masuk belajar..
Bila dah masuk mendaftar, tiba masa nak kena beli buku ini buku itu..dan kena juga duit belanja untuk makan dan minum seharian.
Bagi keluarga yang berkemampuan memang tiada masalah untuk membekalkan anak dengan duit saku yang mencukupi.
Tapi bagi keluarga yang tidak berkemampuan amatlah malang bagi pelajar ini kerana terpaksa berhadapan dengan kemelut kewangan yang tidak berkesudahan.
Apa pun pelajar bernasib baik kerana ada pinjaman ptptn. Namun ianya mengambil masa yang agak lama untuk urusan dan birokrasinya.
Hakikatnya, utk semester pertama, pelajar perlu ada kos sara yang cukup bg menampung keperluan peribadi dan akademik.
Akak pernah berhadapan dengan pelajar baru yang sentiasa mengeluh mengenai keadaan kewangannya. Dia hanya dibekalkan dgn $50 utk sebulan. Bayangkan.. macamana pelajar ni kena berjimat dgn $50? Nak kena bajet $2 sehari? Kata pelajar ni dia makan maggi setiap hari..hmm.
Ada juga makayah yg apabila pelajar mintak duit maka dilabelkan pelajar "asyik asyik duit je yg kau tau mintak".. kesiannya..
Memang belajar ni perlukan kos yg tinggi.
Jadi sebagai ibu bapa, kita kenalah bersedia dengan keadaan ini. Dah kena ada tabungan khas untuk setiap anak utk keperluan mereka ke universiti nanti. Supaya mereka tidak berhadapan dengan kemelut kewangan yg membelenggu mereka.. sehingga memaksa sesetengah pelajar utk berhenti dan bekerja utk membebaskan diri dari kemelut ini.
Kepada yg berkemampuan, alangkah besarnya pahala yang anda kumpul apabila membantu pelajar yg menuntut ilmu. Lagi2 lah kalau pelajar tu anak2 yatim yg perlukan sokongan dan bantuan. Carilah mereka.. mungkin juga ada keluarga.. saudara2 terdekat yang perlukan bantuan..
Bantulah mereka sedaya mungkin semoga pahala mencari ilmu itu juga tempiasnya dapat juga kita kumpul.
Ikhlaskan diri kerana Allah. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah.
No comments:
Post a Comment