Tuesday, September 30, 2014

UPSR... aduhai anak-anak

Tersentuh hati bila membaca nukilan sahabat akak.. sahabat akak ni memang rajin memberi kata-kata nasihat.. tidak putus-putus usaha beliau mengajak ke arah kebaikan.. semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan kepada beliau, Dr Nazif.


Sumber: http://www.tazkirah-for-all.blogspot.com/

Kepada anak-anak semua, jangan lupa pengorbanan ibubapa ye.. tersangat banyak pengorbanan mereka dan tidak akan terbalas segala jasa mereka.

Sentiasalah memohon supaya Allah mengurniakan rahmatNya kepada kedua ibubapa kita dan membalas jasa dan pengorbanan mereka dengan syurgaNya. Amin.


Monday, September 29, 2014

Antara gadget asas keperluan peribadi yg wajib ada..

Kali ni akak nak share mengenai satu alat keperluan peribadi semua orang.. tapi jangan lak nanti kata akak cakap XXX lak..

Alat ni memang serba guna.. kat kedai gunting pun ada.. jadi tujuannya memang wak trim rambut la kan..

Dan rambut lak ada banyak tempat kan... jadinya salah satu tempat ada rambut tu boleh guna khidmat alat ni lah.. hehehe..

Terutamanya wanita yg bakal melahirkan bayi.. hmmm.. memang ada yg dok pikir pasal perkara ni kan..

Alat ni senang je gunanya.. hehe.. tak yah la akak citer detail kan..

Tau tak alat ni boleh beli kat mana? Pasar malam ada jual.. aikk kenapa pasal malam lak? Sebab rasanya ni product reject kot.. kalu baca kat kotaknya pun dah silap tulis... Hair jadi Hari.. kakakaka..

Anyway.. yg pasti.. ianya membantu menyelesaikan masalah...

Apa tunggu lagi...

Sunday, September 28, 2014

Medical negligence - terima takdir Allah..

Kalu cakap pasal kecuaian pihak hospital terhadap pesakit memang satu  citer yg tidak pernah berhenti.. sentiasa ada.. kerana faktor kemanusiaan..

Memang ada byk kes kecuaian pihak doktor, jururawat dan sebagainya.. tapi itulah.. tak dinafikan kita jadi sakit hati.. marah.. geram.. maki hamun.. namun...last2 kita tak mampu menolak takdir.. walaupun disebabkan oleh kecuaian pihak lain tetapi kaitannya dengan kita.. memang kena juga kita muhasabah..

Usah bertanya kenapa.. kenapa.. kenapa.. dah takdir.. terima dan mintam ampun kepada Allah..

Benda dah terjadi.. nak wak camana kan..

Akak juga pernah mengalami kes kecuaian ni.. masa anak akak dok spital, jururawat tak dapat cari urat darah kat tangan baby.. nak ambik darah.. yg kita tengok tangan baby dah bertampal ngan kapas.. rupanya disebalik kapas tu penuh ngan bekas cucukan jarum...

Bayangkan baby umur 3 hari....

Sampai hari ni bila akak teringatkan pasal ni akak akan berdoa kat Allah supaya jururawat yg buat perkara ni kat tangan anak akak akan terima balasannya.. akak belum mampu memaafkan lagi .. manusia biasa kan kan..

Kesannya tangan anak akak memang ada parutnya.. dalam sangat.. nampak lekuknya.. kadang2 durra ada jugak mengadu sakit kat tangan.. aduhai.. menitis air mata akak.. sebab dok bayangkan kesakitan masa kena cucum jarum masa masih baby..
Aduhai.

Ampunkanlah dosa kami Ya Allah..

Saturday, September 27, 2014

Nak buang air tapi keluar darah

Hari kamis lepas akak ngan abe nik blk kg tgk ayah yg kurang sihat..

Lepas tgk anaknda taekwando kat unisza ari jumaat ptg semalam, akak dan abe nik terus balik ke dungun.

Ari ni kul 10.30 pg abe nik dpt call dari achik bgtau ayah keluar darah.. citernya ayah rasa nk buang air pastu bangun je dari katil keluar darah ikut dubur.. mungkin bercampur-campur la kot najis ngan darah..

Jadi skrg ni ayah kat wad.. akak dan abe nik pun terus bersiap ke sepital..

Friday, September 26, 2014

Taekwando..

Serba putih..

Baru tahu.. bila grading barulah ada yg black belt.. red..

Oooo.

Taekwando championship Terengganu 2014

Ari ni akak gi tengok anak akak masuk taekwando kat Unisza Terengganu.

Wah.. dasat betul budak2 nih.. ada ramai la budak2 peserta ni.. banyak kategori.. ada bwh 7 tahun.. bwh 15 tahun...

Tengok budak2 tadika buat sparring (ntah eja betul ke tidak..) kemain hebat lagi diaorg.. fuhh..

Bagus.. bagus..

Thursday, September 25, 2014

Mimpi gigi reput dan terus tercabut

Semalam abe nik bagitau. Dia mimpi giginya reput dan patah.
Sebenarnya kami cuak la jugak sebab biasanya kalau bab mimpi gigi patah gigi reput gigi tercabut ni maksudnya akan ada kematian anggota keluarga terdekat..
Bukanlah kami percaya 100% pasal mimpi ni tapi kami percaya Allah Berkuasa memberikan petunjuk walaupun melalui mimpi... cumanya mimpi juga mainan tidur kan.. jadi terserahlah kepada penerimaan masing-masing.

Wednesday, September 24, 2014

Makan vitamin dan dengar kata badan anda!

Pengambilan vitamin adalah perlu untuk memastikan kesihatan yg maksima dan optimum.

Tapi kalu makan vitamin tapi makin rasa teruk camana yer? Kena hentikan pengambilan dulu. Kena tahu cara pemakanan vitamin yg betul supaya badan kita tak sengsara.

Vitamin adalah pekat..concentrated. jadi lepas makan vitamin kena pastikan minum air. Dan air kena minum banyak supaya dapat membawa zat vitamin secukupnya ke seluruh tubuh badan.

Dengar kata badan sendiri. Kesihatan kita tanggungjawab kita!

Tuesday, September 23, 2014

UPSR: di sebaliknya... macamana kalau...

Akak tumpang sedih la berikutan kejadian peperiksaan upsr yang terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan ke tarikh lain.

Terlalu banyak implikasinya ekoran perbuatan tak bertanggungjawab individu yang tidak berintegriti ni.

Kalau orang yg bertanggungjawab ni seorang guru makanya perlu dikenakan tindakan sekeras-kerasnya. Biar jadi teladan kepada orang lain. Kepimpinan melalui teladan!

Kesian kepada pelajar.. hebatnya tekanan yang mereka terima.

Kepada mak ayah pun sama.. memang tertekan dengan situasi ni.

Banyak isu yang perlu diungkai...

Kalau katakan pada tarikh baru peperiksaan nanti ada pelajar yang tak datang menduduki peperiksaan, disebabkan sakit.. atau berada di luar negara seperti menunaikan haji bersama keluarga.. jadi macamana ye? Sedangkan peperiksaan upsr terdahulu dah dibatalkan. So camana ngan resultnya?

Semua dah jadi 'bbolokk sarokk'.. kucar kacir...

Ntah lah..

semoga Allah memberi petunjuk dan hidayahNya kepada kita semua.

Monday, September 22, 2014

Adoi sakitnya sendi-sendi ni.. tangan kaki semua kebas..

Mesti ramai adik-adik akak-akak makcik makcik pembaca yang selalu rasa kebas kaki dan tangan..

Akak pun selalu rasa kebas.. tapi sekarang ni dah kurang.

Apa akak buat?

1. Akak paksa diri minum air mineral 2 botol besar sehari. Kalau berjaya habiskan alhamdulillah. Kalu tak berjaya rasa cam bersalah pun ada hehe

2. Ambik vitamin. Ni sangat2 penting utk tulang dan sendi. Kena sentiasa ambik

OSTEMATRIX
AJHT
OMEGA

semua vitamin tu wajib.

Bagi yang masih lagi rasa sakit sendi dan kebas kebas anggota badan, mulakan pengambilan ketiga-tiga vitamin di atas.

InsyaAllah akan ada kesan yang ketara.

Ingat, kesihatan kita tanggungjawab kita!

Tukar timetable... asyik asyik tukarrrr...

Semester baru.. jadual baru... pelajar baru... dah seminggu kelas berjalan pun masih ada pelajar baru yang datang..

Dan bila yg baru datang kena tukar jadual sebab ada yg clash masa kelas...

So camana? Mesti ada yg kata " eh dah dia baru masuk kena la ikut jadual lama kan.. takkan nak tukar2 kot"

Isunya ialah bukan mengenai sorang ke  dua orang ke ramai ke..

Isunya ialah peluang belajar.. kena berlaku adil dan memberi peluang sama rata kepada pelajar.

Jadi semua kena la faham kan.. demi bangsa dan negara kan.. atas nama pendidikan..

Tapi itulah.. renyahnya keje tukar menukar nih..

Well.. it is a process kan.. sabo izang.. sabo sabo.. breath in breath out..

Sunday, September 21, 2014

Hati-hati ngan produk kolagen

Sekarang ni berlambak-lambak produk berasaskan kolagen kat pasaran. Kita pun kadang2 tu walaupun tak tau apo ko bondo eh kolagen ni tapi sebab promosi yang dasyat kat luar tu maka nak tak nak lama kelamaan kita pun tercari-cari jugak produk kolagen ni..

Apa sebenarnya kolagen ni? Pendek citer dia ni macam vitamin untuk kulit la. Kalu nk citer dari segi saintifik banyak pulak nanti keluar perkataan baru.. nanti kita citer k.

So apa hal lak ngan kolagen ni?

Ada bermacam-macam jenis dan kandungan kolagen ni. Jadi kena berhati-hati. Periksa kesahihan dan kehalalan produk yang ingin diambil.

Jangan sampai terbeli kolagen yang diperbuat dari babi. Nauzubillah.

Berhati-hati. Walau sebagus mana pun produk tu tapi kalau ianya tak halal tak guna jugak sebab nanti kita berdosa sebab menggunakan yang haram.

Carilah produk kolagen yang halal.

Shaklee ada produk kolagen yang hanya perlu dibancuh dan minum. Senang sahaja. Dan produk kolagen Shaklee adalah halal. Bukan sahaja halal tetapi dibuktikan oleh banyak kajian klinikal.

Jadilah pengguna yang berilmu dan bijak menggunakan produk demi kesihatan diri, jasmani dan rohani.

Saturday, September 20, 2014

Nasihat pakar- Minum air dan jangan minum air...

Nasihat pakar- Dr Yasmeen pakar dalam bidang sains biologi.

1. Minum 8 gelas air mineral.

2. Jangan minum kopi atau milo sebelum tidur.

Friday, September 19, 2014

Mimpi pergelangan tangan berdarah

Mimpi itu mainan tidur.. tapi mimpi jugak bertujuan untuk memberikan sesuatu petanda atau petunjuk kepada yang mendapat mimpi tersebut.

Ok. Jom kita share pasal mimpi ni.

Kalau ada yg mimpi tangan sebelah kanan berdarah maksudnya ada kemungkinan mendapat musibah atau akan berada dalam situasi yang sulit.

Andai ada yang benar menghadapinya, anggaplah sebagai ujian Allah. Ada sesuatu perkara yang Allah ingin bagitau kat kita supaya lebih bersedia pada masa akan datang. Dan semoga kita belajar sesuatu yang berharga dalam setiap perkara yg berlaku dalam hidup kita.

Kita ini milik Allah. Hanya kepada Allah kita berserah. Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali.

Thursday, September 18, 2014

Duit... dan student...

Pelajaran amatlah penting kerana dengan belajar seseorang itu menjadi berilmu. Dan dgn ilmu seseorang itu dapat menentukan halatuju kehidupan yang lebih baik, dapat melakukan perkara yang baik dalam banyak aspek kehidupan, demi agama bangsa dan negara.

Saban tahun ramai pelajar yg mendapat tempat belajar di universiti serta kolej. Sememangnya tak dinafikan perbelanjaan untuk menampung kehidupan sebagai seorang pelajar agak sukar kerana banyak menelan belanja.. untuk masuk belajar saja dah menelan ribuan kos utk bayar pendaftaran. Apatah lagi dengan kos utk membeli barang keperluan.. hanya untuk masuk belajar..

Bila dah masuk mendaftar, tiba masa nak kena beli buku ini buku itu..dan kena juga duit belanja untuk makan dan minum seharian.

Bagi keluarga yang berkemampuan memang tiada masalah untuk membekalkan anak dengan duit saku yang mencukupi.

Tapi bagi keluarga yang tidak berkemampuan amatlah malang bagi pelajar ini kerana terpaksa berhadapan dengan kemelut kewangan yang tidak berkesudahan.

Apa pun pelajar bernasib baik kerana ada pinjaman ptptn. Namun ianya mengambil masa yang agak lama untuk urusan dan birokrasinya.

Hakikatnya, utk semester pertama,  pelajar perlu ada kos sara yang cukup bg menampung keperluan peribadi dan akademik.

Akak pernah berhadapan dengan pelajar baru yang sentiasa mengeluh mengenai keadaan kewangannya. Dia hanya dibekalkan dgn $50 utk sebulan. Bayangkan.. macamana pelajar ni kena berjimat dgn $50? Nak kena bajet $2 sehari? Kata pelajar ni dia makan maggi setiap hari..hmm.

Ada juga makayah yg apabila pelajar mintak duit maka dilabelkan pelajar "asyik asyik duit je yg kau tau mintak".. kesiannya..

Memang belajar ni perlukan kos yg tinggi.

Jadi sebagai ibu bapa, kita kenalah bersedia dengan keadaan ini. Dah kena ada tabungan khas untuk setiap anak utk keperluan mereka ke universiti nanti. Supaya mereka tidak berhadapan dengan kemelut kewangan yg membelenggu mereka.. sehingga memaksa sesetengah pelajar utk berhenti dan bekerja utk membebaskan diri dari kemelut ini.

Kepada yg berkemampuan,  alangkah besarnya pahala yang anda kumpul apabila membantu pelajar yg menuntut ilmu. Lagi2 lah kalau pelajar tu anak2 yatim yg perlukan sokongan dan bantuan. Carilah mereka.. mungkin juga ada keluarga.. saudara2 terdekat yang perlukan bantuan..

Bantulah mereka sedaya mungkin semoga pahala mencari ilmu itu juga tempiasnya dapat juga kita kumpul.

Ikhlaskan diri kerana Allah. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah.

Wednesday, September 17, 2014

Bagi penggemar tegar minuman Coke dan cola

Asid dan alkali penting dalam kehidupan manusia. Hakikatnya pengasidan mempercepatkan proses pereputan dan alkali pula menghalang pereputan berlaku.

Lebihan asid dalam badan menyebabkan banyak penyakit.. antaranya gout, sakit sendi dan sebagainya.

Dan tau tak.. sekiranya anda minum setin coke maka anda perlu minum 32 gelas air hanya untuk meneutralkan balik jumlah asid dalam badan. Hmmm
... dasat tu kan.. bayangkan kalau kita pulak jenis yg tak suka minum banyak air.. tapi suka minum coke.. berapa banyak kerosakan yang kita dah tempah kat anggota dalaman badan kita..

Pikir pikirkan. Kesihatan kita tanggungjawab kita.

Tuesday, September 16, 2014

Berjuta-juta gambar..setiap hari setiap saat..

Ni artikel tahun 2011. Dah berbilion gambar dalam facebook. Tu tak campur lagi dalam instagram..blog...

Pernah tak pikir kat mana gambar2 ni disimpan?

Pernah tak pikir kalau tak muat simpan dalam storage pastu nak buat camana?

We are just the users kan.. kita ni pengguna je kan.. never thought of that. Well.. it would be good to sometimes have a thought about it.. so that u know what ia going on. Kan kan..

Ok.. so skrg ni semua dah ada thumbrive pocketdrive terabyte.. lepas terabyte apa dia ye?

Petabyte! Lepas petabyte?

Exabyte! Lepas exabyte?

Nanti akak bgtau in next entry!

Monday, September 15, 2014

Menghormati Raja-raja Melayu dan Perlembagaan Negara

Akak nak komen pasal budak yang cari pasal dalam isu perlembagaan raja-raja melayu nih..

1. Kepada sapa2 pun kalau NOT YOUR BUSINESS maka tak yah lah buka mulut masuk campur..

2. Fahamkan. Setiap negara di dunia ni.ada undang2 tersendiri. Semua org kena hormat. Macam pergi rumah org. Kena hormat dan patuh kepada peraturan tuan rumah tu kan..

3. Negara Malaysia negara berpelembagaan..mempunyai Agung sebagai Ketua Negara. Kena tau tu.

3. Kat England pun ada raja. Tak de la pulak rakyat dia memperlekehkan raja2 diaorg. Orang kita..hmm..

4. Fahamkan sejarah Melayu dan Undang- undang Malaysia. Ada banyaaaakkk sangat perkara yang kita tak tahu. Yg kita ambik mudah.. tapi ketahuilah.. semuanya termaktub di dalam undang2 negara.

Melayu janganlah mudah lupa. Peringatan untuk kita semua. Kalaupun bukan untuk kita mungkin untuk anak cucu kita.

  Anak kecil main api....
  Terbakar hatinya yang sepi.....
   .......

   Akulah penyair
   yang turun dari gunung...
   Beratus tahun ..
   Telah ku duduk di situ....

Sunday, September 14, 2014

Makan nasi arab kat cyberjaya.. sedap ke?

Pada 15/8/2014 yg lepas akak sefamily ngan kakak ipar pergi makan nasi arab kat cyberjaya.. ala.. nasi arab yg femes tu.. kat jalan teknorat..

Fulamak.. punye le ramai org.. sampaikan kena tunggu giliran untuk duduk kat meja.. tapi ada la sistem giliran tu.. oklah..

Menunya adalah nasi arab je lah..

Sedap tak? Well.. terserah kepada citarasa dan selera masing2.

Secara peribadi akak lebih suka nasi minyak ayam merah kalu nak bandingkan ngan nasi arab.. atau nasi lemak ayam ke hehe..

Bukan citarasa akak la.

Tapi kurang2nya da try la nasi arab tu.. dah tau la rasanya camana.

Saturday, September 13, 2014

Bersediakah kita untuk meninggalkan dunia buat selama-lamanya?

Berkesempatan menyelami hati seorang ibu.. yang sudah mempunyai cucu dan cicit..

Hati orang tua memang sensitif. Lagi2 la bila time sakit pening... bila anak2 tak datang menjenguk dan bertanya khabar...

Hmm.. katanya lagi.. kalau dia meninggal nanti, anak-anak tak perlu bimbang pasal duit untuk menguruskan jenazah beliau. Dia dah sediakan dan ada simpan kat dalam rumah... dia tak nak susahkan sorang pun anak-anaknya.. alahai...sedih pulak dengar.. pengajaran bagi kita semua anak-anak.. sentiasalah calling calling lah mak ayah..

Friday, September 12, 2014

What a day! Ya betul betul betul..

Memang betullah.. andai hari-hari yg kita lalui kita menidakkan kehadiran Allah dan tidak melaksanakan tanggungjawab kepada Allah, maka tiada gunanya kan.

Allah ada bersama kita. Allah yang menjadikan kita. Hakikatnya kita wajib menghambakan diri kepada yang Maha Pencipta. Justeru layakkah kita tidak melakukan apa yang disuruh Allah yang telah menciptakan kita?

Allah sentiasa ada. Syukuri nikmatNya. Teruskan mengingatiNya.

Thursday, September 11, 2014

Rawatan buat pesakit ASMA

Jom kita share lagi perkongsian ke arah kesihatan yg optimum.
Bagi mereka yg mengidap asma, Pakar pemakanan holistik Dr Yasmeen telah menulis dalam buku beliau:
Pengidap asma kena ambik sayuran dan  juga vitamin!
Kalau tak ambik? Boleh menyebabkan asma menjadi lebih teruk.

Wednesday, September 10, 2014

Nenek warga emas mati dengan tangan terikat

Innalillahi wainnailaihirojiun.

Ya Allah. DariMu kami datang dan KepadaMu kami kembali.

Akak sedih sangat bila dapat tahu perkara ni sebab memang akak pernah tengok la nenek ni. Masih lagi gagah menjalankan kerja seharian.

Kejamnya mereka yang melakukan pembunuhan ni. Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayahNya agar mereka yang bersalah akan ditangkap dan dihukum dengan segera.

Ya Allah. Jauhkanlah kami dari segala keburukan dan dekatkanlah kami kepada segala kebaikan. Kebaikan dunia dan kebaikan akhirat. Amin.

Tuesday, September 9, 2014

Suplemen omega yang MESTI dielakkan

Ini pula ialah suplemen omega - Nordic omega.
Omega tu memang bagus tetapi yang menjadi masalahnya ialah bila kapsul tu turut mengandungi gelatin yang dihasilkan dari produk babi.
Jadi dah SAH memang kena ban. So sapa2 para pembaca yang beragama Islam yang ada menggunakan omega Nordic ni perlulah segera hentikan omega Nordic tu. Kena beralih kepada suplemen omega lain yang halal yang ada di pasaran.
Ada banyak jenama terkenal. Akak? Tentulah omega Shaklee pilihan akak.

Monday, September 8, 2014

Produk Suplemen yang MESTI anda elakkan..

Pernah dengar suplemen jenama Centrum? Produk centrum ni memang amat popular dan banyak dijual hampir di semua kedai kesihatan.. kalau tak silap kat watson kat guardian pun ada.
So napa lak ngan produk centrum ni?
Masa akak gi temankan durra jumpa doktor homeopathy ituari, sementara tggu giliran masuk, akak belek2 la buku kat atas rak buku kat situ...
Dan akak sangat tertarik ngan satu buku ni yang menerangkan produk suplemen dan ubat-ubatan yang sangat  dikhuatiri bahan2 pembuatannya..
Paling ketara ialah isu gelatin.
Dan kat bawah ni diberitahu yg centrum berhadapan ngan masalah gelatin ni..
Jom teruskan pembacaan dalam mencari yang halal.. Pastikan HALAL itu sentiasa dijiwa raga kita.
Kita mempunyai pilihan lain. Carilah produk suplemen lain yang diyakini halal.

Sunday, September 7, 2014

Suplemen apa yang penting yang paling diperlukan badan manusia?

Kita memang disarankan untuk mengambil suplemen yang membekalkan keperluan vitamin utk tubuh badan.
Kita ada vitamin A, C, D dan banyak lagi...
Ok.. tau tak apa itu antioksida? Antioksida diperlukan untuk menghalang kerosakan kesihatan dan melambatkan penuaan.. jadi perlu antioksida utk elakkan keradangan kepada tubuh.
Pakar sains biologi tempatan, Dr Yasmeen mendedahkan bahawa manusia memerlukan suplemen untuk antioksida tubuh badan ni. Jadi apa jenis suplemen yang diperlukan?
Jawapannya ialah MINYAK IKAN DAN VITAMIN E.
Jadi setiap dari kita perlukan minyak ikan dan vitamin dalam pengambilan diet seharian.
Sapa tak makan ikan memang sah lah kekurangan antioksida nih..
So mulakan pengambilan minyak ikan atau dipanggil omega, dan juga vitamin E hari ini juga.
Mana nak dapat? Dapatkan yang terbaik dari Shaklee. Kenapa Shaklee? Ce google.. insyaAllah anda tidak akan teragak-agak langsung mendapatkan suplemen dari Shaklee.
Jom jaga kesihatan diri sendiri. Kesihatan kita tanggungjawab kita.

Saturday, September 6, 2014

Ni dia Dhab Sinai penawar kencing manis

Ada yang tanya camana rupa botol ubat dhab sinai ni..

Ok.. ni dia botolnya..

Leh google utk dapatkan maklumat lanjut.

Friday, September 5, 2014

Koleksi ubat terkini utk kencing manis. Dah tak makan ubat hospital dah!

Ni koleksi ubat terbaru abe nik utk mengubati penyakit kncing manisnya.

Ya.. dhab sinai.

Kata abe nik sejak makan ubat ni, dalam masa 2 mggu abe nik dah rasa kesan yang sangat positif. Abe nik bgtau kesihatannya terasa sangat baik.

Abe nik ambik 1 biji sehari. Dan abe nik skrg ni dah tak makan langsung ubat sepital.

Kalau ada yg nak cuba bolehlah google dan dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai ubat ni ye. Akak tak jual ubat ni, abe nik beli online je. Akak cuma berkongsi cerita je.. wokeyy.

Thursday, September 4, 2014

Pesakit sendi - artritis - JANGAN GUNA MINYAK MASAK JENIS NI!!!!!

Dalam pencarian maklumat untuk mengurangkan sakit sendi akak, akak dapat info ni..
Tau tak....
Pesakit sendi !!
JANGAN guna minyak jagung, minyak kesumba dan minyak soya..
ops jangan tanya apa minyak kesumba tu. Akak lum tanya pakcik google lagi.. nanti akak tanya.. hehe..
Kenapa jangan guna semua minyak masak jenis di atas?
Kerana ianya akan menambahkan lagi sakit sendi.
Sapa cakap ni? Ni dari buku epakar sains biologi Dr Yasmeen.
Jadi... apa tunggu lagi.. yang guna minyak soya minyak jagung.. kena la berenti..
So utk masak, kalau.mampu boleh la guna minyak zaitun. Selainnya boleh guna minyak kelapa sawit macam biasa la..
Sharing is caring!

Wednesday, September 3, 2014

Rahmat Allah bagi ibu yang bersabar setelah kehilangan anak

Hari ini akak berpeluang mendengar perkongsian menyayat hati dari seorang ibu muda.

Ibu muda ni kehilangan anak buat selama2nya hanya setelah 15 hari dilahirkan..

Dan tau tak.. anaknya meninggal disebabkan masalah liver.. yang boleh dikesan seawal bayi dilahirkan lagi.. ibu ni perasan yg bayinya tak menangis dan asyik tido.. menyusu badan pun tidak.. bila bgtau misi mereka kata biasalah macam tu.. kena kejutkan bayi jugak supaya bangun..

Ibu ni dah guna pelbagai cara utk kejutkan bayi.. hari ke tiga beliau nampak ada tanda lebam biru di bawah mata bayi.. tapi tanda lebam tu hanya sekejap je.. tak sampai 1 minit pun kelihatan..

Jadi bila bgtau misi, misi tak ambik serius.. so dari sepital dungun ibu ni pun balik ke rumah keluarganya..

Disebabkan bayi masih kelihatan lemah bayi kemudian dibawa ke sepital ppum. Dan di sana bayi tu mendapat perhatian segera dan diutamakan.. rupanya liver tu ada problem.. dah nembesar 7 cm kata doktor.. doktor heran kenapa kakitangan sepital dungun tak check betul2..

Dan ibu ini turut melihat bagaimana bayinya dibaluti segala wayar.. sehinggakan badan membengkak.. dan sehinggalah bayi itu hanya bergantung kpd alat pernafasan sahaja..

Dan sampai satu hari ibu ini berkata kepada doktor, "cukuplah doktor.... saya redha.. hari ni saya cuma nak pegang bayi saya..." kerana apa? Kerana hanya 3 hari sahaja yang beliau sempat pegang bayinya.. selebih ya bayi berada di dalam wad dgn badan berbalut wayar..

Dan doktor memahami perasaan ibu muda ini.. doktor buangkan wayar2 semua melainkan tiub pernafasan sahaja.. maka ibu muda ini lantas memegang bayinya.. mendukungnya. Memangkunya.. redha dan percaya Allah lebih menyayanyi bayinya.. dan akhirnya bayi lelakinya kaku di dalam pangkuan ibunya.. dan pada masa yang sama juga, ibu muda ini pengsan.

Ibu muda ini mengambil masa yang agak lama untuk sembuh dari kisah  kedukaan ini.. namun berbekalkan sokongan keluarga dan kepercayaan kepada hikmah Allah, beliau amat percaya Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik buatnya.. Ye.. ibu ini telah mempunyai jalan ajaibnya ke syurga..

Dan ibu muda ini terus belajar mengenai hikmah kesabaran dan keredhaan..

Acapkali ibu ini diperlihatkan dengan angka 1111. Kekadang beliau melihat waktu.. dan ketika itu pukul 11.11.... banyak kali beliau berhadapan dengan situasi angka 1111 ni..

Dan bila ditanyakan kepada ustaz, ustaz bagitau supaya dibuka lembaran kitab alquran surah 11 dan ayat 11.

Dan masyaAllah.. kata ibu muda ini.. ayat tersebut berkisar tentang kesabaran dan keredhaan..

Allah memberikan petunjuk kepada sesiapa sahaja yang Dia Kehendaki.

Alhamdulillah, 3 bulan selepas itu ibu muda ini mengandung lagi..

Kata beliau, beliau redha dan yakin apa yang Allah berikan adalah yang terbaik dan hanya Allah yang Maha Berkuasa. Kita ini hanyalah hambaNya.

MasyaAllah.

Tuesday, September 2, 2014

Masalah parking kat sepital HSNZ KT selesai tapi napa masih ada masalah???

Bila bercakap je pasal sepital besar KT rasanya hampir semua orang akan mengakui betapa masalah parking pelawat menjadi isu utama sejak sekian lama.

Yang paling tak masuk akal ialah bila ada pelawat yang ambik jalan mudah, mereka ni park je kenderaan kat belakang kenderaan yg dah ada kat dalam petak parking tu.. sudahnya berlapis lapis la parkingnya..

Kononnya nak ikut stail KL.. bila parking turunkan handbreak.. jadi senang la pemandu yang nak keluar. Senang apa ke jadahnya.. (maaf la.. geram sangatttt).. semalam masa kat sepital tu beberapa kali akak nampak pemandu perempuan kena tolak kenderaan yg park belakang kereta diaorang.. sebab kereta kena blok susah nak keluar..kalu lelaki tak pe la jugak.. dengan kudrat yang ada pada mereka kira oklah jugak kan.. aii.. dibuatnya pakcik2 yang dah tua.. mana mampu nak tolak kereta woi..

Dan jangan terkejut. Akak pernah tengok sendiri nurse yang baru habis shift.. nak balik rumah.. kena tolak sendiri kenderaan yg blok belakang keretanya.. dan yang paling kesiannya ialah.. nurse tu sedang sarat mengandung... nak mntak tolong orang tak de masa tu.. maka kena la usaha sendiri.. memang kesian..

Jadi akak nak berpesan kpd mereka yang suka sangat ambik mudan dan tidak memikirkan perasaan orang ni, tolonglah sedar akan akibat dari perbuatan menghalang kenderaan dan menyusahkan kenderaan lain untuk keluar.. jangan la blok kereta orang lain..

So mana nak park kalu pegi sepital HSNZ ni?

Boleh park kat dalam kawasan KFC.. memang la kena bayar tapi tak sampai singgit pun sejam.. takkanlah pegi melawat sampai 4 jam kot.. waktu melawat pun 2 jam je..

Dan sekarang ni bila bangunan baru sebelah sepital dah siap, jadinya masalah parking juga dah selesai.. sekarang ni siap ada kawasan parking bertingkat lagi.. ada banyak parking kat situ.

So, sedarlah.. blok kereta orang hanya membawa kepada kesulitan pihak lain je.. jadi kalau orang tu nak cepat dan dia tak dapat keluar sebab ada orang menghalangnya, maka dia dah jadi golongan yang teraniaya.. andaikata golongan ni mendoakan sesuatu yg tak bagus untuk mereka yang blok kereta nih maka bayangkanlah.. free free je dapat susah.. nauzubillah.

Fikirkan kesenangan dan kemudahan bersama.. jangan pikir diri sendiri sahaja.

Monday, September 1, 2014

Perkhidmatan cemerlang spital HSNZKT

Lepas selesai menghadiri majlis kenduri kawin kat Bukit Payung, kami balik kampung tengok ayah mertua yang kurang sihat. Ayah mertua batuk berkahak dah lama batuk tak juga sembuh.

Jadi abe nik bawak g spital. Ke bahagian kecemasan..

Sapa kat spital abe nik kabo ayah cepat je diperiksa. Yelah.. kalau warga emas ngan baby mmg cepat.. Bagus perkhidmatan yg diberi oleh kakitangan spital. Biasanya abe nik bising2 gok tapi kali ni abe nik cool je.. bagus.. bagus..

So berbalik kpd kisah ayah mertua akak, beliau ditahan di wad dan diberi rawatan yang sangat memuaskan.. dah check doktor bagitau oksigen kurang.. ooo...pastu ada kena xray.. alhamdulillah.. ayah dah lega sket.. insyaAllah semua selamat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!