Sunday, June 29, 2014

Jom Sihat Jangan Sakit.. Ambil Peluang di Bulan Puasa

Bila dah masuk ke usia 40-an ni, banyak la karenah nya.. sakit situ la.. kebas sini la.. sengal situ la... sini la.. macam-macam hal..

Dan bagi akak, akak sedar, salah satu penyebab sakit yang akak alami ialah disebabkan berat badan.. lebih BMI.. hehe. sebab tu lah, kejap-kejap sakit kaki.. hmm..

jadi sempena bulan puasa ni di samping menjalani ibadat puasa, akak juga nk ambil peluang mengurangkan aktiviti makan nasi.. kena kurangkan pengambilan sumber karbohidrat.. 

Jadi akak plan, sahur akak nak makan suplemen shaklee Meal Shake je ngan performance drink. kena disiplinka diri dan istiqamah... yes.. itu yang penting!





Harapnya raya nanti dah kembali ke saiz M.. yes!

Saturday, June 28, 2014

yang tua dan yang lupa..

hmm... camana ni ye.. umur dah tua tapi masih lagi ke kedai judi..

memang 'old habit dies hard', susah nak buang tabiat yang dah lama sebati dalam diri kan.. aduhai...

alangkah baiknya kalau jalannya terhegeh-hegeh tapi laluannya adalah ke masjid kan..


Friday, June 27, 2014

Rumah orang tua.. wahai anak.. dunia itu bulat..

Rasa tersentuh la pulak hati bila baca artikel "Golongan profesional sanggup hantar ibu bapa uzur ke rumah jagaan percuma".. mak ayah hantar anak2 belajar tinggi-tinggi, bila mak ayah dah tua, mak ayah lak dihantar ke rumah kebajikan.. 

 

Nak buat camana kan.. golongan profesional kena kerja.. kos sara hidup tinggi kan.. mana nak jaga anak lagi.. nak jaga mak ayah lagi .. kan.. hmm.. begitulah.. bijak pandai ada mengatakan " sorang mak boleh jaga 10 anak, tapi 10 anak belum tentu boleh jaga sorang anak kan.."

jadi mungkin sekarang ni kalau ada mak ayah yang sangat berkemampuan, buatlah satu tabung ke satu yayasan ke, pusat jagaan ke.. yang boleh diduduki sambil menghabiskan masa tua nanti.. fisabilillah kan.. mungkin boleh buat satu perancangan pengurusan supaya segala perbelanjaan boleh tanggung sampai 10 tahun ke.. so kalau ada mak-ayah2 yang nak join menghuni pusat jagaan tu yang sekarang ni berkemampuan, bolehlah mintak bayar dulu kan.. join membership.. kalu tak nak duduk kat pusat jagaan tu pun tak pe, nanti boleh disedekahkan kepada penghuni lain kan.. bila dah berumur ni, tak de lain yang kita pikir, hanyalah dah banyak ke amalan kita? 

banyak yang berlaku di sekeliling kita yang menyebabkan kita berfikir macamana la kita ni sebagai mak ayah akan meniti usia di hari tua nanti.. kita kena bersedia dari sekarang kan... tak boleh mengharapkan anak-anak nak jaga kita kan.. dah tanggungjawab kita mendidik mereka, bila mereka dah besar dan beranak pinak, dapat menjalani kehidupan sebagai muslim dan muslimah, itu sudah cukup bagi kita sebagai mak ayah kan.

jom muhasabah diri.



Thursday, June 26, 2014

bila chef nik masuk dapur.. ikang dan sotonggg bakar

Hari ni nak update entry pasal chef nik masuk dapur. chef nik buat resepi khas, semua bakar panggang.. bakar panggang.. hihi..

jadi menu nya hanyalah ikan dan sotong..  gaul ngan rempah ikang bakar, panggang dalam kuali ajaib, .. pastu.. tarraaa.. siap.


Saturday, June 21, 2014

Jalan-jalan pasar payang

Masa bengkel seminggu 24-30 Mei 2014 kat Kuala Terengganu baru-baru ning, akak dan team urusetia ada uruskan satu trip ke pasar payang dan masjid kristal, taman tamadun islam.

agak lama dah sebenarnya tak ke pasar payang.. yelah. kita duduk kat dungun, bila balik kampung ari jumaat sabtu je.. jumaat tak banyak gerai bukak.. sabtu lak tersangat jam.. especially musim cuti sekolah..

kebetulan lak masa kami berbengkel tu musim cuti sekolah.. jadi memang jam giles las..


banyak yang dah berubah.. dah banyak bangunan bertingkat yang cantik-cantik.. bangga kejap.. hehe..

datang la ke Terengganu ye.

Friday, June 20, 2014

Vitamin kalsium untuk kebas anggota badan

Akak banyak la bereksperimen.. kalau tak makan Ostematrix ngan Alpha Lipid, bagaimana situasi kebas akak, bertambah ke.. berkurang ke.. ai mana nak berkurang kan..

jadi lepas habis bekalan ostematrix ngan alpha lipid, akak berenti jap... rupa-rupanya memang tak boleh bertahan.. kebas lagi teruk ada lah.. so sebab musykil kan.. pergi la jumpa doktor nak tanya lagi pasal kebas ni.. doktor pun terang la dari fakta saintifik..

dan untuk kebas akak doktor bagi vitamin kalsium Calactate Tab 300 mg. Makan vitamin ni oklah.. warnanya putih.. hmm.. dulu akak pernah makan vitamin kalsium klinik lain, tapi pilnya warna pink gitu.. hmmm





2 hari akak makan vitamin kalsium ni.. kebas ada la kurang tapi sebab pil tu warna putih akak ambil keputusan untuk berenti makan.. er.. napa lak.. kang ke hampir semua pil warna putih..

hehe.. kalau warna putih maknanya dia dah melalui banyak proses bleaching.. dah banyak sangat campur ngan bahan kimia.. yelah ubat kan.. kena campur ni.. campur tu..

so akhirnya akak terus sambung ngan ostematrix dan alpha lipid bagi menangani kebas-kebas tangan dan kaki yang akak alami.




Thursday, June 19, 2014

Pengajaran dari citer tanah kubur

Seronok jugak tengok citer drama Tanak Kubur.. ada banyak yg kita boleh belajar..

kenapa tana kubur? well.. mengingati mati itu adalah perlu supaya kita tahu dan faham tujuan sebenar kita berada di muka bumi Allah ini.. kadang-kadang kita lupa kan.. dan disebabkan kelupaan dan kealpaan kita kekadang kita terdorong untuk mengikut kata nafsu.. lantas melakukan perkara yang merugikan kita di dunia ini..

.

sebab tu bijak pandai selalu berkata, dunia ni adalah tempat kita bercucuk tanam.. akhirat nanti kita menuai hasilnya.. maksudnya, kat dunia ini lah tempat kita nak mengumpul pahala, jadi kat akhirat nanti dengan pahala yang kita kumpul tu dapat meletakkan kita ke destinasi terakhir yang mana satu- Syurga atau Neraka!

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami.

Wednesday, June 18, 2014

Hadiah dariku -- just for you

So setakat ni, ada sorang pelanggan akak pengguna shaklee yang dah berjaya pegnen. Jadinya akak berhajat nak hadiahkan towel.. la,.. apa ni.. dah cakap nak kasi hadiah apa.. ok apa.. hello.. orang nak kasi hadiah pun dah kira ok dah tu kan.. ha.. tau tak pe..


Kepada pelanggan yang lain, teruskan mencuba. Setiap kejayaan itu bermula dengan cubaan yang pertama.. tak cuba kita tak kan tau kan..

Tuesday, June 17, 2014

Hadiah utk pelanggan bertuah

Hari ni gi shopping ngan durra. mula2 window shopping je.. pastu terberkenan la pulak kat telekung sembahyang yang pelbagai warna tuh.. akhirnya beli 2.. sorang satu.. hehe.

kemudian, berkenan la pulak kat towel nih.. akak kalu bab towel cukup cerewet.. memang tak boleh la kalu yang jenis tuala lap tak kering air tu.. tensheng je.. satu lagi tuala yang bila pakai je habis benang terbang.. eeiii tensheng..

akak suka tuala2 yang tebal2 biar puas hati pakai..

kadang2 ada gak dapat hadiah tuala.. bila bukak hadiah dah tau jenis macamana, akak memang simpan la.. tak guna pun.. 

so berbalik kpd citer tuala tadi, akak siap beli satu bundle lagi.. ada 6 helai dlm 1 bundle.. kira akak dapat murah lah kan.. boleh berniaga balik..hehe..

sebab ada banyak kan.. jadinya akak nak hadiahkan kpd pelanggan akak yang dah cuba set shaklee dan berjaya hamil. ok tak? tuala banyak guna tau.. nanti dah ada baby memang selang 2 hari kena tukar tuala.. kalau lama pakai kan nanti takut dah kena segala kotoran2 lain selain dari kelembapan yang terdapat kat tuala tu.. haaa.. tau tak pe.. tapi ada gak yang tak kisah kan.. well.. suka hatilah kan.. akak lak, masa hantar anak kat taska dulu, memang tuala sentiasa bertukar setiap hari.. tak bagi simpan kat taska.. kot2 tuala tu dijadikan utk kegunaan ramai.. eeeiii... 


Friday, June 13, 2014

Demam bola.. semua bola..

Aii dah musim bola nih, semua para suami dok pikirkan bola je.. sampai sanggup bangun kul 3 pg tuh.. semata-mata pasal bola nih.. aduhai.. nak wak camana kan.. dah fanatik teramat kan..

Dan abe nik pun turut sama merakamkan jadual bola nih kat dinding umah.. ditampalnya besaq besaq.. aduhai... bola nye pasal kan..

Akak lak ? Sori.. tak minat bola.. yg tau David Beckham je.. hehe..

Thursday, June 12, 2014

Steamboat Duyung.. nama je gah..

Memang satu pengalaman yang sangat menyakitkan hati la..

Kisahnya akak sefamili nak pegi la makan steambot kat duyung, kuala terengganu. kami ni lum pernah la lagi makan steambot kat duyung tuh..

Jadinya, sebab tak pasti tempatnya, bila kami lalu kami nampak la ada 1 restoren steambot ni.. namanya Restoren SJ selera duyung.. ye la kot ni..

So bila duduk, time ambik order kami pun order lah macam biasa.. TAPI yang SAKIT HATI nye ialah BILA nak order minum air buah, semuanya tak ada.. yang geramnya, dia boleh ambik order pastu kejap lagi datang balik bagitau tak de.. tak ke hangin tuh.. last2 akak order milo beng je.. kalau itu pun tak de ingat nak je cakap kat diaorang, kalu semua mende takde napela korang bukak kedai? aduhai..

Bila tanya kenapa semua mende takde, kata budak pelayan tu, kedai makan tu baru tukar owner.. yelah.. tak kisahlah tukar owner ke tukar apa ke.. tapi janganlah ambik mudah pasal kehendak pelanggan.. pelanggan datang dari jauh.. bila nak order itu takde ini takde.. 

Itu baru oder air. belum lagi citer makanan.. bila nk ode makan,kata pelayan tuh, nasi goreng je ada.. so bila mintak nasi goreng kampung, nasi goreng USA, katanya tak de.. ada nasi goreng lada hitam je..

adoiiiii.... tak ke sakit hati namanya tu.. ingat nak bangun angkat kaki je.. tapi dah alang-alang malam pastu kami pun nak balik cepat lepas tu.. kami sabo je la..


yang pasti, itulah kali pertama dan kali terakhir kami datang kat kedai makan tu!

kak izang
26 Mei 2014

Wednesday, June 11, 2014

Parut pembedahan - selepas 6 bulan

Dah 6 bulan dah abe nik menjalani pembedahan buang batu karang dalam hempedu..

Sekarang ni parut bekas pembedahan dah jadi macam ni.. (bukan tujuan nak tayang perut abe nik yang gebus mulus itus, tapi sebab nak berkongsi maklumat kan.. terpaksa la tunjuk gambar jugak.. sebelum selepas..)


Dulu ngeri jugak bila akak tengok parut pembedahan tu.. malah sekarang ni pun rasa ngeri jugak.. nampak macam merah ke kawasan bekas kena jahit tu.. tapi lama-lama dah ok lah tengok..

yang paling penting, kena JAGA PEMAKANAN.. kena pantang sket makan.. jangan lak pantang jumpa makanan tau! Ada beza tu...

Tuesday, June 10, 2014

Selepas sekian lama....

Rasanya dah 2 mggu akak tak update post. Kepada pembaca tegar akak mungkin tertanya-tanya kenapa akak dah tak update blog... kan kan..

Sebenarnya 2 minggu lepas terlalu banyak perkara yg berlaku di dalam perjalanan kehidupan akak. Akak berkursus seminggu, pastu hadir kenduri kawin sana sini dan pastu bercuti ngan famili. Sampai tak dang nk update.

Namun begitu akak ambil peluang 'silent moment' ni untuk reenergize - mengumpul perkongsian maklumat utk pembaca semua. Banyak yang ingin akak kongsikan nanti.

Hari ni pun masih berkursus 2 hari..hmm..

Anyway, kepada pengunjung blog akak berterima kasih di atas sokongan anda semua. Semoga ada perkongsian di sini yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada pembaca semua.

Sunday, June 1, 2014

Kucing beranak atas siling rumah.. alahai..

2-3 hari ni ada dengar bunyi macam kucing berlari kat atas siling rumah.. siap bunyi miaw miaw lagi.. dah sah, mesti kucing dah beranak... suspen jugak... kot2 nanti jadi sangkar diaorng kat atas siling.... lagi naya kalau pikir kan bab dia kencing ke u-uk ke... alahai..

lepas buat edisi siasat, maka taulah kami.. rupanya kucing ni naik ikut dahan pokok mata kucing...
 
 

jadinya, ari ni abe nik mintak tolong kawannya datang panjat kat atas siling.. tengok apa yang ada.. memang sah.. ada anak kucing.. ada 3 ekor rupanya.. jadinya abe nik bagi baldi mintak turunkan anak kucing tu..

nah.. ini dia... comey tak?


 
bila dah bawak turun abe nik letak kat satu tempat lain.. kejap lepas tu mak kucing datang.. dia ambik satu-satu anak dia, gonggong la kan.. sambil gonggong dia boleh panjat pokok tu nak bawak balik tempat asal kat atas siling tu.. masa mak kucing ni tengah panjat, akak berlari la jugak ambik tepon nak capture moment tu, tapi tak sempat.. ye lah.. akak pun bukan leh lari cepat benor.. dah senja ni kan.. perkataan lari tu dah tak relevan dah.. jalan pun slow and steady je.. jadi by the time akak keluar, bila akak pandang kat pokok, mak kucing tu dah takde.. huhuhu..

bila dilakukan edisi siasat lagi, rupanya mak kucing ni masuk kat atas siling tu melalui saluran air (gutter?)..ooo... so lepas tu kawan abe ni dah tutup semua lubang2 tu dengan jaring.. lepas ni harapnya dah tak de masalah kucing beranak atas atap lagi...
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!