Friday, June 27, 2014

Rumah orang tua.. wahai anak.. dunia itu bulat..

Rasa tersentuh la pulak hati bila baca artikel "Golongan profesional sanggup hantar ibu bapa uzur ke rumah jagaan percuma".. mak ayah hantar anak2 belajar tinggi-tinggi, bila mak ayah dah tua, mak ayah lak dihantar ke rumah kebajikan.. 

 

Nak buat camana kan.. golongan profesional kena kerja.. kos sara hidup tinggi kan.. mana nak jaga anak lagi.. nak jaga mak ayah lagi .. kan.. hmm.. begitulah.. bijak pandai ada mengatakan " sorang mak boleh jaga 10 anak, tapi 10 anak belum tentu boleh jaga sorang anak kan.."

jadi mungkin sekarang ni kalau ada mak ayah yang sangat berkemampuan, buatlah satu tabung ke satu yayasan ke, pusat jagaan ke.. yang boleh diduduki sambil menghabiskan masa tua nanti.. fisabilillah kan.. mungkin boleh buat satu perancangan pengurusan supaya segala perbelanjaan boleh tanggung sampai 10 tahun ke.. so kalau ada mak-ayah2 yang nak join menghuni pusat jagaan tu yang sekarang ni berkemampuan, bolehlah mintak bayar dulu kan.. join membership.. kalu tak nak duduk kat pusat jagaan tu pun tak pe, nanti boleh disedekahkan kepada penghuni lain kan.. bila dah berumur ni, tak de lain yang kita pikir, hanyalah dah banyak ke amalan kita? 

banyak yang berlaku di sekeliling kita yang menyebabkan kita berfikir macamana la kita ni sebagai mak ayah akan meniti usia di hari tua nanti.. kita kena bersedia dari sekarang kan... tak boleh mengharapkan anak-anak nak jaga kita kan.. dah tanggungjawab kita mendidik mereka, bila mereka dah besar dan beranak pinak, dapat menjalani kehidupan sebagai muslim dan muslimah, itu sudah cukup bagi kita sebagai mak ayah kan.

jom muhasabah diri.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!