Thursday, June 12, 2014

Steamboat Duyung.. nama je gah..

Memang satu pengalaman yang sangat menyakitkan hati la..

Kisahnya akak sefamili nak pegi la makan steambot kat duyung, kuala terengganu. kami ni lum pernah la lagi makan steambot kat duyung tuh..

Jadinya, sebab tak pasti tempatnya, bila kami lalu kami nampak la ada 1 restoren steambot ni.. namanya Restoren SJ selera duyung.. ye la kot ni..

So bila duduk, time ambik order kami pun order lah macam biasa.. TAPI yang SAKIT HATI nye ialah BILA nak order minum air buah, semuanya tak ada.. yang geramnya, dia boleh ambik order pastu kejap lagi datang balik bagitau tak de.. tak ke hangin tuh.. last2 akak order milo beng je.. kalau itu pun tak de ingat nak je cakap kat diaorang, kalu semua mende takde napela korang bukak kedai? aduhai..

Bila tanya kenapa semua mende takde, kata budak pelayan tu, kedai makan tu baru tukar owner.. yelah.. tak kisahlah tukar owner ke tukar apa ke.. tapi janganlah ambik mudah pasal kehendak pelanggan.. pelanggan datang dari jauh.. bila nak order itu takde ini takde.. 

Itu baru oder air. belum lagi citer makanan.. bila nk ode makan,kata pelayan tuh, nasi goreng je ada.. so bila mintak nasi goreng kampung, nasi goreng USA, katanya tak de.. ada nasi goreng lada hitam je..

adoiiiii.... tak ke sakit hati namanya tu.. ingat nak bangun angkat kaki je.. tapi dah alang-alang malam pastu kami pun nak balik cepat lepas tu.. kami sabo je la..


yang pasti, itulah kali pertama dan kali terakhir kami datang kat kedai makan tu!

kak izang
26 Mei 2014

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!