Sunday, June 1, 2014

Kucing beranak atas siling rumah.. alahai..

2-3 hari ni ada dengar bunyi macam kucing berlari kat atas siling rumah.. siap bunyi miaw miaw lagi.. dah sah, mesti kucing dah beranak... suspen jugak... kot2 nanti jadi sangkar diaorng kat atas siling.... lagi naya kalau pikir kan bab dia kencing ke u-uk ke... alahai..

lepas buat edisi siasat, maka taulah kami.. rupanya kucing ni naik ikut dahan pokok mata kucing...
 
 

jadinya, ari ni abe nik mintak tolong kawannya datang panjat kat atas siling.. tengok apa yang ada.. memang sah.. ada anak kucing.. ada 3 ekor rupanya.. jadinya abe nik bagi baldi mintak turunkan anak kucing tu..

nah.. ini dia... comey tak?


 
bila dah bawak turun abe nik letak kat satu tempat lain.. kejap lepas tu mak kucing datang.. dia ambik satu-satu anak dia, gonggong la kan.. sambil gonggong dia boleh panjat pokok tu nak bawak balik tempat asal kat atas siling tu.. masa mak kucing ni tengah panjat, akak berlari la jugak ambik tepon nak capture moment tu, tapi tak sempat.. ye lah.. akak pun bukan leh lari cepat benor.. dah senja ni kan.. perkataan lari tu dah tak relevan dah.. jalan pun slow and steady je.. jadi by the time akak keluar, bila akak pandang kat pokok, mak kucing tu dah takde.. huhuhu..

bila dilakukan edisi siasat lagi, rupanya mak kucing ni masuk kat atas siling tu melalui saluran air (gutter?)..ooo... so lepas tu kawan abe ni dah tutup semua lubang2 tu dengan jaring.. lepas ni harapnya dah tak de masalah kucing beranak atas atap lagi...
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!