Sunday, December 30, 2007

Ujian Diagnostik Tahun 1

masa hari orientasi ni turut diadakan ujian diagnostik.. tujuannya untuk mngenalpasti pelajar yang bersedia dengan yang kurang bersedia.. yelah, mana mungkin pelajar tahap cemerlang belajar mengikut kaedah pengajaran yang sama ngan pelajar kurang cemerlang.. cemerlang di sini maksudnya yang boleh menguasai 2M, membaca menulis.. begitulah kata guru besarnya tadi.. hmm, berdebar jugak mak bapak.

Tahun ni sekolah tu ada 9 kelas.. punyalah ramai pelajar. Jadi ikut kata guru besar ni lagi, kalau anak berada di kelas belakang, janganlah terasa macam dipilih kasih ke, sampai kena campurtangan menteri.. eh, ada kes macam ni berlaku, tu pun menurut kata guru besar ni lah.. yelah kita pun sebagai mak bapak kena la akui, kelemahan dan kekuatan anak perlu dikenalpasti supaya kelemahan dapat diperbaiki.. tahun lepas kata beliau lagi, masa ujian diagnostik lebih separuh pelajar dapat seratus peratus markah lulus dan selebihnya 0 markah. agak mengejutkan lak. mungkin masih ada murid yang belum lagi menguasai kemahiran membaca.. tapi kalau hantar tadika mesti dapat baca, melainkan tadika yang tak ajar baca, ajar main je. ada ke tadika macam tu?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!