Friday, December 21, 2007

Kisah orang bertunang- dalam dilema

Kisah lelaki A:
Nak langsungkan perkahwinan kalau boleh secepat mungkin, tapi duit tak cukup. Nak mintak bantuan adik beradik, masing-masing ada tanggungan dan komitmen masing-masing. Mak bapak naik risau, anak dan tunang dahlah merantau bekerja jauh, sentiasa jumpa tapi nak buat macamana? Nak langsungkan perkahwinan nak kena pakai banyak duit, memang masalah besar. Nak buat pinjaman tak cukup syarat. Macamana ye?

Kisah perempuan B:
Pihak lelaki dah cukup duit, ajak kawin cepat, pihak perempuan tak cukup kewangan untuk langsungkan. yelah, nak buat kenduri kawin bukan sikit pakai duit. Takkan nak mintak pihak lelaki hulurkan dulu kot? kalau diaorg nak hulur, kalau tak? malu gak.

Bila melihat dilema sebegini, rasanya sekarang ini semua ibubapa perlu berbuat sesuatu. Bukan sahaja ibubapa perlu menabung untuk pendidikan anak, rasanya eloklah mereka turut menabung untuk perkahwinan anak. Mungkin ada yang kata, diaorg yang nak kawin pandai le diaorg cari sendiri. Memanglah, kalau dapat cari sendiri dana untuk perkahwinan kira baguslah tu.. tapi kalau tak ada apa, macamana? terpaksalah harapkan mak bapak...
rasanya sebulan RM20 orang anak, kalau start umur 1 tahun sampai umur 20 tahun, eh tu dah banyak tu.RM 20 x 12 x 20 = RM4800 tu.. dah boleh lepas barang2 hantaran ngan kenduri tu kot..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!