Ni kisah adik beradik untuk pedoman bersama.
Semua dah kawin dan beranak pinak. Kisahnya bermula apabila tanah orang tua diambil untuk dibangunkan pihak kerajaan. Banyak jugalah pampasan dapat. Tapi masalahnya pampasan tak dibahagi sama rata sesama anak-anak.. ada anak yang diberi peruntukan untuk siapkan rumah sebiji manakala yg lainnya tak dapat apa.. alasannya anak yg itu sorang saja yang tak ada rumah, yg lain dah ada rumah... masalahnya, sekarang ning, duit tu dah ke mana, rumah pula tak siap-siap..
Itu satu, satu lagi.. ada sebahagian lagi tabungan orang tua yang dikendalikan oleh anak-anak perempuan tanpa pengetahuan anak-anak lelaki. Sekarang ning tabung tu dah kering dan masalah timbul apabila perlu membuat pembayaran dalam hal lain yang menyebabkan semua anak-anak lelaki baru sedar akan kepincangan yang berlaku. Jadi sudahnya adik beradik bermasam muka. Hai, dah tua-tua bergaduh bermasam muka sesama sendiri.
Masalah keluarga berantakan berebutkan harta bukanlah baru. Ianya perkara biasa. Tapi kalaulah individu yang berkenaan tidak memikirkan kepentingan sendiri masalah sebegini tidak akan timbul. Sekiranya keputusan diambil berdasarkan persetujuan bersama, rasanya persengketaan boleh dielakkan. Banyak buruknya bila masing-masing bersengketa. Sudahnya, anak-anak akan terheret sama. Sampai satu keturunan tak bertegur sapa.
Macam nilah... kalau dah ada hak orang, bahagi-bahagikanlah secara adil. Sebanyak-banyak harta pun dikumpul kat atas dunia ni, yang dibawak nanti selimut putih je. Sama-samalah kita ingatkan diri kita.
No comments:
Post a Comment