Wednesday, December 26, 2007

Kisah dari kampung- pasal banjir

Masa sekolah rendah dulu, pernah berlaku banjir paling besar la kat kg.. cuma nampak atap rumah je. sedih betul.. banyak dokumen peribadi tak dapat diselamatkan.. paling sedih pasal album gambar lah.. gambar masa kecik2 memang langsung tak de kenangan.

2 tahun lepas, banjir agak besar gak, mencecah lantai rumah. Tapi keluargaku tak pindah lagi masa tu sebab bapaku mengidap asma dan bergantung kepada nebulizer yang perlu ada power lektrik. Kata bapaku, kalau pindah tempat ramai org, dia naik rimas dan nanti susah lah.. jadi keluarga ikut je lah selagi boleh bertahan... tapi kami ada perahu so tak ralat sangat lah. Memang keajaiban Tuhan, air hanya mencecah lantai lepas tu surut..

Tahun ni, alhamdulillah banjir takdak. Semua orang lega.

Cuma tumpang sedih melihat kat TV tempat2 lain yang dilanda banjir seperti di Johor dan Pahang. Semoga Allah mempermudahkan urusan seharian mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!