Friday, December 21, 2007

sambung belajar tinggalkan anak?

alkisahnya... terdengar juga cerita, ada ibu-ibu yang akan melanjutkan pengajian ke luar negara, tapi cuma bawak diri saja, anak tak dibawa. Luarbiasa jugak kedengarannya kan... apa pun, bagiku family comes first. Satu hari tak tengok anak, fuh boleh biol atau sakit jiwa dibuatnya, inikan pulak bertahun-tahun. memang tak dinafikan ada yang berjaya lakukannya.. tapi, kalau boleh bawak tu bawak je lah.. amanah Tuhan kan, dah Tuhan amanahkan pada kita, napa nak diamanahkan kat orang lain lak kan..

Satu terapi minda yang dapat membuatku tenang ialah pada waktu melihat anak tido.. masa tu memang bermacam perasaan ada, rasa bangga, menyesal (sebab siang tadi marah anak) dan macam2 lah... anak itu kekuatan ibu, melihat anak akan membuatkan ibu berusaha sebaik mungkin untuk merealisasikan wawasan dan impian.

sekian, seadanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!