Monday, December 31, 2007
Matlab oh Matlab
Posted by
izangganu
hmm, I've got to test some algorithms using Matlab... and the best part is, I know nothing about it! Never used it before, but since 'a student gotta do what a student gotta do', well, the journey begins... it was pretty hard at first, nevertheless at the end everything started to make sense. Never knew that we can do a lot of things with Matlab. Now my day is incomplete without Matlab!
Selamat Tinggal 2007.. Salam Barakah 2008
Posted by
izangganu
pejam celik pejam celik dah pun nak masuk tahun 2008.. ari ni 31 Dis 2007 kebetulan lak aku dapat berkumpul bersama keluarga, sama-sama meraikan kedatangan tahun 2008 semoga tahun 2008 memberi lebih makna dalam kehidupan kami, setiap saat!
Tahun-tahun yang berlalu tentunya memberikan kematangan dan ketahanan mental yang bukan sedikit, dalam mengharungi perjalanan kehidupan yang penuh berwarna-warni. Tahun-tahun mendatang semoga memberikan segala kebaikan, semoga perjalanan yang dilalui diberikan petunjuk kepada jalan yang dirahmati Allah, sebagaimana jalan yang dilalui oleh para solihin dan solehah.
Telah kusematkan azam di hatiku.. Ya Allah, restuilah.

Sunday, December 30, 2007
Ujian Diagnostik Tahun 1
Posted by
izangganu
masa hari orientasi ni turut diadakan ujian diagnostik.. tujuannya untuk mngenalpasti pelajar yang bersedia dengan yang kurang bersedia.. yelah, mana mungkin pelajar tahap cemerlang belajar mengikut kaedah pengajaran yang sama ngan pelajar kurang cemerlang.. cemerlang di sini maksudnya yang boleh menguasai 2M, membaca menulis.. begitulah kata guru besarnya tadi.. hmm, berdebar jugak mak bapak.
Tahun ni sekolah tu ada 9 kelas.. punyalah ramai pelajar. Jadi ikut kata guru besar ni lagi, kalau anak berada di kelas belakang, janganlah terasa macam dipilih kasih ke, sampai kena campurtangan menteri.. eh, ada kes macam ni berlaku, tu pun menurut kata guru besar ni lah.. yelah kita pun sebagai mak bapak kena la akui, kelemahan dan kekuatan anak perlu dikenalpasti supaya kelemahan dapat diperbaiki.. tahun lepas kata beliau lagi, masa ujian diagnostik lebih separuh pelajar dapat seratus peratus markah lulus dan selebihnya 0 markah. agak mengejutkan lak. mungkin masih ada murid yang belum lagi menguasai kemahiran membaca.. tapi kalau hantar tadika mesti dapat baca, melainkan tadika yang tak ajar baca, ajar main je. ada ke tadika macam tu?

Hari Orientasi Tahun 1
Posted by
izangganu
hmm, hari ni hari orientasi tahun 1 sekolah anakku... so semalam barulah teringat, sebenarnya nak pakai baju apa ye hari ni? baju sekolah putih biru ke baju biasa? jadi aku pun tanyalah member2.. ada yang kata pakai baju biasa tak pe.. tapi 2 orang bagitu, "rasa-rasanya pakai baju sekolah -complete." nak tanya pihak sekolah dah x dang, sepatutnya minggu lepas lagi tanya, tapi alpanya aku nih..pastu surat dari pihak sekolah pun tak dapat.. cuma masa daftar bulan 11 dulu ada dibagitau nanti datang orientasi 30 hb Disember 2007..
tapi sebab tak sure kan, jadi aku pun pakaikan anakku baju sekolah, tapi pakai tudung warna-warni.. pastu pakai kasut biasa, bukan kasut sekolah... kononnye kalau orang lain pakai baju biasa, tak le terasa sangat anak aku..
Nak dijadikan cerita, he he... bila sampai kat perkarangan sekolah lega lah sebab tengok ada yg pakai baju biasa dan ada yang pakai baju sekolah.. oklah tu.. rupanya yang pakai baju biasa abang kakak yang temankan adik dia.. hampir kesemuanya pakai baju sekolah, cuma ada sorang pakai tracksuit, macam nak gi main. Anak aku lak, kira outstandinglah hari nih.. tadi ada terjumpa kawan aku, bila diberitahu anakku pakai tudung kaler, dia kata 'ooo yang tu ke.. ' tapi oklah tu, cuma tudung ngan kasut je lain-lain..hehe
so, parents, rasanya perlu gak prihatin perkara macam ni kan.. nampak je kecik tapi memberi kesan kepada anak. Itulah, kisahku sebagai pedoman bersama.

Friday, December 28, 2007
Kenduri kahwin- kisah dari kampung
Posted by
izangganu
alkisahnya, ada jiran sekampung yang nak buat kenduri kawin anaknya.. oklah.. yang tak bestnya, siap mintak petua lagi macamana tak nak bagi jemputan makan banyak.. la pulak dah.. punyalah tak ikhlas kan... last2 memang Tuhan nak tunjukkan, lauknye tak habis pun.
Sebenarnya, bila buat kenduri kawin ning, nawaitu yang betul ialah, nak kongsi kegembiraan dan kesyukuran dengan jemputan yang datang, apalagi jemputan tu memang dijemput tuan rumah lagi, tujuannya untuk sama-sama meraikan kegembiraan tuan rumah. Kebiasaanya bila menghadiri jemputan kawin, hadirin akan menghulurkan sumbangan. Sebenarnya sumbangan tu tujuannya ialah membantu tuan rumah diringankan beban perbelanjaan menguruskan kenduri buat makan tu. Ni tak.. belum lagi selesai kenduri tuan rumah dah berkira-kira duit.. esoknya siap cakap kat org, dapat berapa ribu...si anu tu bagi berapa berapa... di luar, hadirin datang, lauk dah habis pun tuan rumah dah tak ambik tahu...hmmmm.. ntahlah... harapnya lepas ni orang kita jadi lebih cakna dan ikhlas.

Wednesday, December 26, 2007
on the 25th of December
Posted by
izangganu
my daughter was born on the 25th of December.. since it's a public holiday and it happens to be in school break season, so every year we never miss out celebrating her birthday with family members especially with her grandparents.. this year's celebration was excellent where we manage to add 'spices of excitement' to the event by providing extra 'gift grabbers'.. it was fun.. Some of the family members are now looking forward for next year's event..
ever thought of people who were born on the 29th of Feb? well, they get to celebrate their birthday only in every 4 years... so, mothers, take note on the timing ;)

Kisah dari kampung- pasal banjir
Posted by
izangganu
Masa sekolah rendah dulu, pernah berlaku banjir paling besar la kat kg.. cuma nampak atap rumah je. sedih betul.. banyak dokumen peribadi tak dapat diselamatkan.. paling sedih pasal album gambar lah.. gambar masa kecik2 memang langsung tak de kenangan.
2 tahun lepas, banjir agak besar gak, mencecah lantai rumah. Tapi keluargaku tak pindah lagi masa tu sebab bapaku mengidap asma dan bergantung kepada nebulizer yang perlu ada power lektrik. Kata bapaku, kalau pindah tempat ramai org, dia naik rimas dan nanti susah lah.. jadi keluarga ikut je lah selagi boleh bertahan... tapi kami ada perahu so tak ralat sangat lah. Memang keajaiban Tuhan, air hanya mencecah lantai lepas tu surut..
Tahun ni, alhamdulillah banjir takdak. Semua orang lega.
Cuma tumpang sedih melihat kat TV tempat2 lain yang dilanda banjir seperti di Johor dan Pahang. Semoga Allah mempermudahkan urusan seharian mereka.

Monday, December 24, 2007
Kisah dari kampung- kisah A
Posted by
izangganu
lagi pasal pelajar cemerlang A.. beliau dapat tawaran ke asrama penuh, sekolah elit.. tapi mak bapaknya tak bagi. Jadi beliau sekolah menengah harian biasa je lah. Bila dipikirkan, alahai tak pelah.. Amalina yang dapat 17A pun belajar sekolah biasa je kan.....
Friday, December 21, 2007
sambung belajar tinggalkan anak?
Posted by
izangganu
alkisahnya... terdengar juga cerita, ada ibu-ibu yang akan melanjutkan pengajian ke luar negara, tapi cuma bawak diri saja, anak tak dibawa. Luarbiasa jugak kedengarannya kan... apa pun, bagiku family comes first. Satu hari tak tengok anak, fuh boleh biol atau sakit jiwa dibuatnya, inikan pulak bertahun-tahun. memang tak dinafikan ada yang berjaya lakukannya.. tapi, kalau boleh bawak tu bawak je lah.. amanah Tuhan kan, dah Tuhan amanahkan pada kita, napa nak diamanahkan kat orang lain lak kan..
Satu terapi minda yang dapat membuatku tenang ialah pada waktu melihat anak tido.. masa tu memang bermacam perasaan ada, rasa bangga, menyesal (sebab siang tadi marah anak) dan macam2 lah... anak itu kekuatan ibu, melihat anak akan membuatkan ibu berusaha sebaik mungkin untuk merealisasikan wawasan dan impian.
sekian, seadanya.

Kisah orang bertunang- dalam dilema
Posted by
izangganu
Kisah lelaki A:
Nak langsungkan perkahwinan kalau boleh secepat mungkin, tapi duit tak cukup. Nak mintak bantuan adik beradik, masing-masing ada tanggungan dan komitmen masing-masing. Mak bapak naik risau, anak dan tunang dahlah merantau bekerja jauh, sentiasa jumpa tapi nak buat macamana? Nak langsungkan perkahwinan nak kena pakai banyak duit, memang masalah besar. Nak buat pinjaman tak cukup syarat. Macamana ye?
Kisah perempuan B:
Pihak lelaki dah cukup duit, ajak kawin cepat, pihak perempuan tak cukup kewangan untuk langsungkan. yelah, nak buat kenduri kawin bukan sikit pakai duit. Takkan nak mintak pihak lelaki hulurkan dulu kot? kalau diaorg nak hulur, kalau tak? malu gak.
Bila melihat dilema sebegini, rasanya sekarang ini semua ibubapa perlu berbuat sesuatu. Bukan sahaja ibubapa perlu menabung untuk pendidikan anak, rasanya eloklah mereka turut menabung untuk perkahwinan anak. Mungkin ada yang kata, diaorg yang nak kawin pandai le diaorg cari sendiri. Memanglah, kalau dapat cari sendiri dana untuk perkahwinan kira baguslah tu.. tapi kalau tak ada apa, macamana? terpaksalah harapkan mak bapak...
rasanya sebulan RM20 orang anak, kalau start umur 1 tahun sampai umur 20 tahun, eh tu dah banyak tu.RM 20 x 12 x 20 = RM4800 tu.. dah boleh lepas barang2 hantaran ngan kenduri tu kot..

Thursday, December 20, 2007
Kisah adik beradik
Posted by
izangganu
Ni kisah adik beradik untuk pedoman bersama.
Semua dah kawin dan beranak pinak. Kisahnya bermula apabila tanah orang tua diambil untuk dibangunkan pihak kerajaan. Banyak jugalah pampasan dapat. Tapi masalahnya pampasan tak dibahagi sama rata sesama anak-anak.. ada anak yang diberi peruntukan untuk siapkan rumah sebiji manakala yg lainnya tak dapat apa.. alasannya anak yg itu sorang saja yang tak ada rumah, yg lain dah ada rumah... masalahnya, sekarang ning, duit tu dah ke mana, rumah pula tak siap-siap..
Itu satu, satu lagi.. ada sebahagian lagi tabungan orang tua yang dikendalikan oleh anak-anak perempuan tanpa pengetahuan anak-anak lelaki. Sekarang ning tabung tu dah kering dan masalah timbul apabila perlu membuat pembayaran dalam hal lain yang menyebabkan semua anak-anak lelaki baru sedar akan kepincangan yang berlaku. Jadi sudahnya adik beradik bermasam muka. Hai, dah tua-tua bergaduh bermasam muka sesama sendiri.
Masalah keluarga berantakan berebutkan harta bukanlah baru. Ianya perkara biasa. Tapi kalaulah individu yang berkenaan tidak memikirkan kepentingan sendiri masalah sebegini tidak akan timbul. Sekiranya keputusan diambil berdasarkan persetujuan bersama, rasanya persengketaan boleh dielakkan. Banyak buruknya bila masing-masing bersengketa. Sudahnya, anak-anak akan terheret sama. Sampai satu keturunan tak bertegur sapa.
Macam nilah... kalau dah ada hak orang, bahagi-bahagikanlah secara adil. Sebanyak-banyak harta pun dikumpul kat atas dunia ni, yang dibawak nanti selimut putih je. Sama-samalah kita ingatkan diri kita.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Saya Bukanlah Doktor
Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.
Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.
Sayangi Diri!