Thursday, June 30, 2016

Keturunan Syed dan Syarifah

Minggu lepas ada sorang rakan dapat kad undangan ke majlis perkahwinan anak rakannya. Anak rakan tu pulak baru je lepas SPM tahun lepas. Maknanya sekarang ni berumur 18 tahun la.

Keluarga gadis tu dah bersetuju menjodohkan anak gadis mereka dengan pasangannya yang berketurunan Syed.

Betapa keluarga ni begitu menjaga keturunan mereka kan.

Dulu akak kenal sorang kakak ni cerita.. yang dia dah ada pilihan lain bukan Syed.. tapi famili tak setuju. Famili carikan lelaki berketurunan Syed dan itulah jodoh kakak tu. Mulanya kakak tu memberontak katanya.. tapi akhirnya ok je.. happy ending. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh diatur orang tua ada berkatnya kan..

Tapi ada jugak kan keluarga berketurunan Syed dan Syarifah yang menerima jodoh yang dipilih oleh anak mereka sendiri..

Masing-masing punya pilihan kan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!