Friday, June 24, 2016

Allahuakbar. Ampunkanlah dosa kami ya Allah.

Beberapa hari lepas kami berbuka ngan mak dan ayah kat Losong. Abe nik pun terus solat terawih kat Losong la.

So malam tu kami pulang ke rumah melalui Masjid Putih. Saja jalan-jalan.

Sebaik melepas selekoh dari deretan kedai yang ada Mydin tu, kami terpaksa perlahankan kereta sebab masa tu orang keluar dari masjid.. jadi jalan sibuk masa tu.

Masa tu lah akak terpandang sorang kakak ni.. menunggu nak melintas jalan..

Tapi..

Kakak ni berkerusi roda. Sorang je.

Masih bertelekung sembahyang. Menandakan beliau baru saja keluar dari masjid menunaikan terawih.

Dan..

Yang paling membuatkan akak sebak.. sehingga sekarang pun akak akan sebab bila teringatkan kakak ni..

Ialah..

Bila kakak ni.. sebenarnya..

Kudung tangannya.

Akak boleh nampak dengan jelas walaupun malam, sebab lampu jalan terang. Memang nampak tangan kanannya kudung sehingga ke siku.

Tapi tangan sebelah kiri akak tak pasti.. cuma abe nik bagitau kerusi roda tu bermotor.. jadi kakak ni kontrol kerusi roda tu..

Tapi itulah..

Kakak tu yang kurang upaya pun berusaha datang ke masjid menunaikan terawih.

Macamana dengan kita yang sihat sempurna ni.. solat terawih pun kekadang ikut mood..

Bersyukurlah kita akan nikmat Allah yang telah Allah kurniakan kepada kita.

Ampunkanlah dosa kami ya Allah di atas kelalaian kami mengingatiMu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!