Thursday, June 30, 2016

Keturunan Syed dan Syarifah

Minggu lepas ada sorang rakan dapat kad undangan ke majlis perkahwinan anak rakannya. Anak rakan tu pulak baru je lepas SPM tahun lepas. Maknanya sekarang ni berumur 18 tahun la.

Keluarga gadis tu dah bersetuju menjodohkan anak gadis mereka dengan pasangannya yang berketurunan Syed.

Betapa keluarga ni begitu menjaga keturunan mereka kan.

Dulu akak kenal sorang kakak ni cerita.. yang dia dah ada pilihan lain bukan Syed.. tapi famili tak setuju. Famili carikan lelaki berketurunan Syed dan itulah jodoh kakak tu. Mulanya kakak tu memberontak katanya.. tapi akhirnya ok je.. happy ending. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh diatur orang tua ada berkatnya kan..

Tapi ada jugak kan keluarga berketurunan Syed dan Syarifah yang menerima jodoh yang dipilih oleh anak mereka sendiri..

Masing-masing punya pilihan kan..

Tuesday, June 28, 2016

Aduhai.. kejamnya manusia..

MasyaAllah.. apalah nama sifat manusia macam ni.. Subhanallah. Mereka tak sedar setiap apa kejahatan yang mereka lakukan, kesannya akan dialami penduduk setempat.
Manalah tau kan... airmata binatang yang dianiaya tu.. dibuatnya menjadi banjir besar ke.. banjir kilat ke.. puting beliung ke.. nauzubillah.
Semoga Allah memberikan petunjuk dan balasa kepada mereka yang melakukan perkara ni.



Monday, June 27, 2016

Aduhai.. makang sekak sekak nok

Bulan puasa ni aduhai.. ukur lilit perut pun macam dah lain macam je ukurannya.. macam terlebih je.. hehe.. apa taknya.. lepas berbuka makan makan makan sekak sekak nok..

Lepas solat sambung lagi makan sekak sekak nok..

Aduhai...

Bukan apa.. bimbang pasal baju raya je.. takut baju raya jadi kecik.. hihihi..

Sunday, June 26, 2016

Kisah deodorant

Pasal deodorant pun nak citer kan.. hihi... sharing is caring... kan..

Kisahnya, akak pengguna tegar deodorant body shop. Yang aloe tu..


Jadi memang suka la pakai.. tapi semenjak dua menjak ni dah susah cari yang aloe ni.. 

Body Shop jual yang baru pulak.. yang white musk..


Tapi akak tak berapa suka la yang white musk ni.. sebab macam tak sama ngan yang aloe tu... jadi dah tiba masa untuk bertukar.. dah tak suka buat apa nak guna kan..hehe..

Lagi lak.. harganya pun boleh tahan la jugak.. semalam beli 2.. harganya RM98.. jadi satu RM 49.. walaupun korang nanti dapat diskaun tapi.. tu adalah diskaun untuk pembelian akan datang.. huhu..

So, mencari alternatif baru la sekarang ni.. janji yang tidak mengandungi bahan kimia yang extreme... yang ada kat pasaran sekarang ni memang banyak.. tapi sebab kulit sensitif kan.. mesti ada je lah masalahnya.. jadi sebab tu la yang kena beralih kepada yang alami-alami.. back to basic.. yang natural sket gitu..

Jadi, selepas ni akak akan beralih kepada deodorant Amway. Dah mintak abe nik tanya dah kot kot ada kawan kat ofis yang jual amway.


So bai bai deodorant Body Shop..





Friday, June 24, 2016

Allahuakbar. Ampunkanlah dosa kami ya Allah.

Beberapa hari lepas kami berbuka ngan mak dan ayah kat Losong. Abe nik pun terus solat terawih kat Losong la.

So malam tu kami pulang ke rumah melalui Masjid Putih. Saja jalan-jalan.

Sebaik melepas selekoh dari deretan kedai yang ada Mydin tu, kami terpaksa perlahankan kereta sebab masa tu orang keluar dari masjid.. jadi jalan sibuk masa tu.

Masa tu lah akak terpandang sorang kakak ni.. menunggu nak melintas jalan..

Tapi..

Kakak ni berkerusi roda. Sorang je.

Masih bertelekung sembahyang. Menandakan beliau baru saja keluar dari masjid menunaikan terawih.

Dan..

Yang paling membuatkan akak sebak.. sehingga sekarang pun akak akan sebab bila teringatkan kakak ni..

Ialah..

Bila kakak ni.. sebenarnya..

Kudung tangannya.

Akak boleh nampak dengan jelas walaupun malam, sebab lampu jalan terang. Memang nampak tangan kanannya kudung sehingga ke siku.

Tapi tangan sebelah kiri akak tak pasti.. cuma abe nik bagitau kerusi roda tu bermotor.. jadi kakak ni kontrol kerusi roda tu..

Tapi itulah..

Kakak tu yang kurang upaya pun berusaha datang ke masjid menunaikan terawih.

Macamana dengan kita yang sihat sempurna ni.. solat terawih pun kekadang ikut mood..

Bersyukurlah kita akan nikmat Allah yang telah Allah kurniakan kepada kita.

Ampunkanlah dosa kami ya Allah di atas kelalaian kami mengingatiMu.


Singgah beli Nganang

Balik dari beli nasi beriani gam, kami singgah beli nganang kat Bukit Bayas.

Agak femes la nganang kat sini. Punye la banyak dia nye tempat bakar..

Sedap tak?

Hmmm... akak suka lagi nganang yang dijual di Kg Kubang Jela nun.. tapi atas citarasa masing-masing la kan... abe nik suka nganang yang ni. Sebab kurang manis.

Wajah gebus mulus dek Body Shop

Kelmarin dulu kami ke Sabasun.
Masa kat kaunter bayaran tu abe nik terserempak ngan kawan lama masa kerja dulu.. kawan perempuan.. punya la banyak barang basah yang kawan abe nik beli tu.. rupanya beliau ada restoren.. mama tomyam.. oo ok.. patut la beli barang bertroli-troli..
Ok.. sebenarnya yang akak nak citer ni ialah pasal komen yang diberikan oleh kawan abe nik tu.. sebab lama tak jumpa kot.. kata kawan abe nik tu, abe nik nampak muda.. hmm...maknanya sebelum ni abe nik nampak tua la kan.. haha..
Akak pun perasan jugak kulit muka abe nik dah putih bersih gitus.. dulu gelap kusam je... hehe.. tapi kan.. abe nik memang gelap la sket warna kulitnya... tapi sebelum ni memang akak nampak kulit abe nik bertompok sket.. ngan berminyak..
Tapi sejak sekian lama pakai cleanser body shop ni, memang nampak ketara la perubahan kulit muka abe nik..
Bukan nak tayang wajah gebus abe nik.. tapi nak tunjuk bukti je..hehe...
Lama mana abe nik guna? Kat 3 bulan dah..
So sapa-sapa yang berminat bolehlah cuba cleanser bodyshop jenis seaweed ye..


Thursday, June 23, 2016

Murtabak femes kat Chabang Tiga Losong

Ada satu kedai ni yang femes la ngan murtabaknya... nama Murtabak Man. Lokasinya di belakang pejabat pos chabang tiga.

Sedap tak? Korang kena cuba sendiri la.. hehe..

Tuesday, June 21, 2016

Berbuka puasa dalam gereja?

Hmm...

Ntahlah..

Rasanya... sekiranya seorang muslim tu betul betul menghormati Islam dan memuliakan ajaran Islam, mungkin akan memilih untuk berada di tempat yang lebih 'suci'.

Kita faham akan kebebasan dalam beragama. Tapi kita sebagai muslim sepatutnya lebih mengutamakan agama Islam kita kan.

Dalam gereja berbuka puasa?  Melainkan memang dah tak de tempat lain lagi nak berbuka puasa.. hujan lebat kilat sabung menyabung hinggakan gereja tu aje yang ada.. tempat lain dah tenggelam ke.. musnah ke.. kalau itu berlaku oklah jugak.. darurat la kita kira kan..

Tapi, kita mempunyai pilihan. Jadi buatlah pilihan yang lebih baik. Sesuai dengan ajaran agama Islam kita. Kan.

Kerusi urut singgit

Masa gi jalan-jalan kat Paya Bunga Square Kuala Terengganu, akak ngan Durra mencuba kerusi urut.. masukkan seringgit dan berurut la dalam beberapa  minit.. atas pelanggan la...nak lama sket masukkan la $5 ke.. nak lama lagi $10.. boleh la urut lama sket..

Wah... memang best bangat la.. tak perlu pergi cari bidan untuk urut... tapi tulah kan.. mana nak sama ngan mak bidan yang pandai cari urat masa mengurut kan... mesin ni memang diperlukan sangat la untuk melegakan keletihan tubuh badan.. ada la rasa lega tu..

Sebenarnya kami ke situ sebab abe nik nak cari pencuci mukanya yang dah habis.. abe nik pakai cleanser Body Shop.. kata abe nik.. setakat ni cleanser body shop ni memang terbaik la untuk abe nik.. akak pun perasan jugak.. kulit muka abe nik dah tak berminyak.. makin cerah lagi ada.. sampai akak ingat abe nik pakai bedak johnson & johnson tu letak kat muka.. hihi..

Monday, June 20, 2016

Mamidurra Resources


My company...

http://mamidurraresources.blogspot.my/



My book - Problem Solving with C++


This is the book that we have written and was published by University Publication Centre (UPENA in 2006.

Just sharing...



Title:  Problem Solving with C++
Year: 2006
Author: Norizan Mohamad & Mazidah Puteh
Publisher: UPENA, Universiti Teknologi MARA
ISBN: 983-3643-25-6










Perhentian bas kuala terengganu - dulu dan sekarang

Kebetulan ada satu gambar lama yang dikongsi oleh Tn Hj Khalil. Jadi inilah dia...

Dulu

Nilah dia stesen bas bandar kuala terengganu.. tahun 80-an.. akak sempat la merasa pengalaman suasana stesen bas seperti dalam gambar ni.. ada beca..bas pun bas model lama.. kan..


Dan ini pula gambo yang akak ambik 2 minggu lepas, Jun 2016.


Dah jadi tempat parking dah..




Saturday, June 18, 2016

Produk kecantikan terlaris.. biar betul

Hmm... sana sini iklan produk kecantikan. Semua orang nak cantik.. nak kurus.. nak gebus.. mulus..

Tapi hati-hati dengan produk kecantikan yang tumbuh macam cendawan sekarang ni. Bimbang mengandungi bahan-bahan membahayakan kesihatan..

Carilah produk kecantikan dan produk kesihatan yang memang terbukti sahih kewujudannya.. mendapat kelulusan kerajaan. Kang kalau minum.. pastu sakit.. apa guna nya kan... cantik ke mana.. sakit yang datang.. aduhai...

Pengasas produk pulak.. bukan ada kelulusan  dalam bidang pun.. tapi dalam gambar punya la pakai baju doktor bagai...hmm.... satu lagi.. bila masa belajar kedoktoran pun tak tahu.. alih-alih siap ada Dr kat pangkal nama.. hmmmm... Dr lain siap belajar 6-7 tahun nak dapat gelaran doktor.. alahai..

Akak memang tak ambik produk produk kecantikan kesihatan yang orang dok promote promote nih.... masih setia bersama Vivix Shaklee je.. dah berpuluh-puluh tahun dah di pasaran.. memang terbukti dengan kajian-kajian klinikal..

Sayangi tubuh badan kita..
kesihatan kita tanggungjawab kita!

Friday, June 17, 2016

Hero seorang cinderella - Anjell

Akhirnya.. dah berada di tangan... novel terkini dari novelis Anjell.. dulu akak pernah bagitau kan.. akak suka cara penulisan Anjell ni.. semua novel beliau akak beli..  teruskan berkarya ye Anjell.

Trafik light yang tak de nyala lampu

Kenapa la kat trafik light cendering ni.. kalau malam hari memang tak menyala lampu kat trafik light tu... membahayakan pengguna...dah lama dah.. ntahlah... pihak berkuasa tak cakna kot..  kena la cakna dan prihatin ngan kebajikan rakyat kan..

Dah la lampu kat traffic light ni tak menyala.. sepanjang panjang jalan tu pulak tiang lampu je ada.. lampu x de.. aduhai... ntah apa la masalahnya.. gelap gelita la jalan.. hanya harapkan lampu kenderaan je.. kalau ada orang melintas memang tak nampak la..aduhai..

Kita harap sangat pihak berkenaan ambil  cakna...

Kata rakyat diutamakan.... tak rasa pun gitu..

Thursday, June 16, 2016

Vivix dan jus lega : kombinasi hebat!

Pernah minum jus lega? Ha.. cuba minum dan rasa perubahannya..

Kami beli jus lega kat Din Collection Cabang Tiga, Losong. Harga kami dapat ituhari ialah $55 sebotol. Kat kotak memang tertera harga $80.

Kemudian bila tengok kat internet macam senang je buat.. jadi kami pun beli la semua bahan-bahan keperluan.. tinggal nak buat je.. kisahnya... memang tak terbuat pun lagi.. sampai halia tu pun macam dah kecik hati.. haha..

Sebotol dah habis dah.. jadi akak ode ngan kawan ofis.. kawan ofis tu kami panggil mama cun.. ala ala mak cun.. rajin buat ubat sendiri.. hehe..

Jadi akak beli 2 botol jus lega ngan mama cun.. abe nik pun minum jus lega jugak..

So apa kebaikan jus lega ni? Khas buat mereka yang kolestrolnya tinggi.. sangat disarankan minum jus lega ni.

Ramuan jus lega ni pulak hanyalah 5 bahan iaitu lemon, cuka epal, halia, bawang putih dan madu. Semuanya ada khasiat tersendiri yang hebat kan.

Dan yang paling penting,  tiada unsur bahan kimia.. semuanya bahan semulajadi.

So apa kesan yang akak rasa? Akak perasan yang kebas tangan dah hilang..

Tapi kan.. akak juga minum vivix shaklee. Pagi akak minum vivix dan malam sebelum tidur akak minum jus lega. Jadi kombinasi keduanya telah memberikan perubahan yang sangat bagus untuk kesihatan akak.

Ada yang masih lagi kebas kebas tangan? Sakit saraf?

Cubalah jus lega dan juga vivix!

Kuasa pengiklanan - akhbar sebagai platform mudah menemui pelanggan

Dalam akhbar metro ituhari ada promo dari Fair & Lovely... well.. memang akhbar ni ada pembaca setianya.. pelangga  setianya.. jadi kalau nak promote sesuatu tu kena cari platform yang ramai orang menggunakannya..

Platform perantaraan seperti akhbar, radio dan televisyen malah media sosial di internet adalah sangat berkesan untuk menyampaikan pesanan atau perkongsian maklumat.

Cuma kelebihan platform akhbar ni ialah pengguna boleh terus dapatkan produk promo tu.. cuma lekatkan kat mukasurat yang berkenaan je..

Mudah je.. kan..

Tapi mungkin kat peringkat percetakan tak tau lah tahap kesulitannya pulak..

Wednesday, June 15, 2016

Happy birthday mummy!

Beberapa hari lepas, durra called. Durra call dari public phone guna i-talk. So bila nombor area kemaman naik.. akak dah agak dah mesti durra.
Mami: "Hello assalamualaikum"
Durra: "Mami.. sori sangat.. semalam dok dang telefon mami. Anyway, adik nak wish Happy birthday.."
Dan Durra pun nyanyi lagu happy birthday.. sampai habis.. soooo sweeettt..
Birthday yang ke berapa? Hehe.. still sweet... hehe



Tuesday, June 14, 2016

Yes.. akhirnya dah siap.. daftar niaga syarikatku..

Alhamdulillah.. akhirnya berjaya menguruskan pendaftaran syarikatku:

Mamidurra Resources

Yes.

Maka lepas ni dah boleh aktif berniaga demi meningkatkan ekonomi keluarga, bangsa dan negara.. kan... dan juga menyahut seruan yang berhormat Mazlan.. kan.. kan.. jadi kena buat lebih kerja.. kan..


Monday, June 13, 2016

Ayam pusing Paka

On the way balik dari hantar durra ke hostel, kami lalu ikut Paka..

Sampai kat tempat ayam pusing tu.. wah.. kemain lagi meriah... pelanggan ayam pusing punya la ramai.. hmm kalau ramai orang tunggu mesti sedap kan... kan.. yelah.. kalau kedai lengang je mesti lauk dia tak sedap ke.. kan.. kan.

Macam pergi bazar jugak.. kalau ramai orang serbu kat gerai tu mesti sedap.. so ikutlah sekali serbu.. haha...

Berbalik kepada kisah ayam pusing tadi, walaupun hajat di hati nak jugak singgah beli... tapi melihat keramaian yang ada... terpaksalah batalkan hajat... walaupun pelanggan yang menunggu diberi nombor giliran.. tapi.. bab menunggu nih.. mak aih.. next time la...

Sunday, June 12, 2016

Bazar dekat hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu

Ari ni ke bazar berdekatan ngan hospital SNZ. Punya la ramai orang.. tapi kan.. mana mana bazar pun memang ramai orang kan...hehe

Saturday, June 11, 2016

Atas nama pembangunan

Sebagai rakyat Terengganu akak memang sangat sangat berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai setakat ini. Dalam aspek pembangunan infrastruktur, kerajaan negeri Terengganu sentiasa dilihat berusaha untuk memberi kemudahan yang lebih baik kepada rakyat.

Jalanraya di Terengganu juga mengalami penambaikan yang ketara.. dari jalan kecil dah jadi besar.. dari satu lorong kepada dua lorong.. alhamdulillah.. rakyat lebih selesa bergerak ke sana ke mari... siap di ambil kesempatan oleh mat rempit untuk merempit lagi..kan..

Tapi kan...

Di sebalik ini semua, dalam pada kerajaan ingin memberi kemudahan kepada rakyat, kerajaan juga berhadapan dengan kedegilan rakyat yang sengaja tidak ingin turut serta dalam mempercepatkan pembangunan negeri..hmm.. sudahnya... kedegilan mereka ini ternyata memberi kesulitan kepada orang lain.

Kita percaya ada proses dan prosedur yang perlu diikuti dalam pengambilan tanah oleh kerajaan.. tapi kalau dah degil dan rasa diri layak mendapat kelebihan lain... ntahlah...

Cuma, sama -sama la pikirkan pasal orang lain sama.. itukan lebih baik kan.. perkara baik mesti dapat pahala kan...

Lokasi: Merchang, Daerah Marang


Friday, June 10, 2016

Akibat buang sampah.. ce tengok apa jadi...

Alahai...

Lokasi: Pasar Cabang Tiga, Losong, Kuala Terengganu


Tengoklah kat dalam sungai tu.. apa yang korang nampak? Perahu putih?.. ce tengok sekali lagi.. luaskan kuasamu.. eh.. luaskan matamu.. apa yang warna putih tu?

itu adalah tong putih bergabus.. ala.. yang biasanya orang letak ikan ke kat dalam tu.. pastu letak ais batu... ha.. kotak putih tu lah...

Kisahnya.. entah siapa la punya kerja hanyutkan kotak-kotak putih tu...

Inilah nanti yang akan sebabkan sampah-sarap terperap.. akhirnya tersekat kat mana-mana menyebabkan air sungai tak dapat mengalir dengan baik.. lalu menyebabkan air sungai berbau busuk..huhuhu..

Persoalannya.. siapakah yang sungguh tak prihatin membuang sampah-sarap ke dalam sungai?.. ntahlah... 

Sama-sama kita perbaiki sikap kita.


Thursday, June 9, 2016

Larangan mentaati orang kafir

Surah al Imran ayat 149 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu mentaati orang-orang yang kafir, nescaya mereka akaan mengembalikan kamu ke belakang (murtad), maka kamu akan kembali menjadi orang yang rugi."


Akak ni bukanlah orang politik.. tapi akak terfikir pulak tentang pakatan parti politik Islam dan bukan Islam... juga berfikir tentang orang Islam kita yang mengagung-agungkan orang bukan Islam...

Orang Islam kita adalah saudara kita.. seteruk-teruk mereka pun... akan menjadi kewajipan kepada mereka untuk bertanggungjawab menguruskan jenazah kita kelak.. juga menguruskan jenazah mereka kelak... jadi kita semua kena la beringat... orang Islam kita janganlah dibuat musuh.. sesama kita perlu bersatu hati kan..  ke arah satu matlamat.. berjalan di jalan Allah menuju ke syurgaNya.

Ya Allah, jauhkanlah kami dari perasaan hasad dengki sesama kami. Berilah kami petunjuk kejalan syurgaMu ya Allah. Amin.



Wednesday, June 8, 2016

Ready for business! Yes....keropok keping goreng kruk kruk

Dah teruja nak berbisnes keropok kan.. hehe..  so akak dah beli keropok keping paling sedap, minyak masak dan kuali khas untuk goreng keropok.. teruja kan..

Ni dia keropok keping paling sedap akak pernah makan.. memang sedap.. ramai yang akuinya..


Ni dia minyak masak yang akak guna.. akak sentiasa guna minyak masak Seri Murni.. jumpa la Saji... Saji pun ok kan..

tapi nak citer nih.. kat Ganu sekarang ni memang susah betul dapatkan minyak masak.. bulan puasa ni gamaknya memang ramai sangat orang beli minyak kot.. buat stok..

akak gi Giant, Mydin, TreLeaf pun tak de minyak.. ada minyak jagung minyak sayur je.

Tau tak mana akak beli ni? Kat kedai runcit kecik je tepi jalan kat Marang.

Tapi tulah.. kalau u all nak tahu.. yang jual keropok dan goreng pisang kan.. mereka mana guna minyak dalam botol nih.. mereka guna minyak dalam plastik tu.. akak memang rasa was-was sket minyak dalam plastik tu.. bukan apa.. takut minyak kitar semula... dan lagi.. tahap Quality Control nya pun kita tak tahu kan..

dan.. kalau korang pernah dengar citer pasal peniaga keropok kat Kemaman yang pernah masukkan plastik bekas minyak tu sekali dalam kuali minyak.... ha... kawan akak yang dok kat Kemaman yang bagitau.. 

sejauh mana kebenarannya akak tak taulah.. hmm...


ni dia periuk a.k.a kuali yang akan digunakan untuk menggoreng keropok keping.. mana beli? Ala.. masa pergi Rantau Panjang ituhari.. akak siap beli 2 lagi.. hehe...satu yang besar.. satu lagi yang kecik sket.. harga? Yang besar tu 36 cm sekali ngan tudung dapatlah $47, satu lagi yang 28 cm dapatlah $25. ntahlah.. murah ke mahal ke.. tak taulah jugak.. dah tawar menawar dan dah berkenan.. rembat je lah kan.. hehe..

Masa untuk goreng keropok lak...


Tuesday, June 7, 2016

Progress rumah kat kampung

Work in progress

Kawasan luar rumah masih belum siap sepenuhnya.


Dalam rumah dah hampir siap dah catnya.. pintunya dah ada..

Dapur lum siap.. sket lagi.. tingkap buat masa ni guna yg biasa je.. hehe.. nanti la tukar.. hehe..


Ruang dining

Bergaya dalam bilik berwarna pink.


warna Candy Yellow.

Pintu utama.


Tadi baru je pergi tambah ode cat kat kedai Bina tu... siap dapat diskaun dah.. walaupun beli 1 tong je..sebab dah beli banyak sebelum ni.. sebelum ni pun dapat diskaun jugak.. tqtq..

Bulan Ramadhan ni projek kena slow down sket.. tukang nak cuti rehat bulan puasa ni.. tukang cat je yang sambunh keje malam hari.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!