Wednesday, September 30, 2015

Enfusell eye treatment untuk merawat eyebag..berkesan ke?

Akak memang ada eyebag. Dan bila surf kat internet, banyak post yang sepakat mengatakan mereka yang mengalami gangguan hormon tiroid kebanyakkannya ada masalah eyebag ni..

Hmmm..

Akak sebenarnya dah rancang nak buat laser treatment untuk atasi masalah eyebag ni... memang tengah dapatkan maklumat lanjut la pasal rawatan laser ni..

Cuma bila bincang ngan durra kan.. durra bagitau mana boleh kita suka suka buat pembedahan kosmetik untuk cantik.. tak boleh.. erk.. ye ke... ni kena dapatkan pandangan yang lebih arif ni..kan..

Tapi tu la.. sebenarnya bukan sebab nak cantik ke apa ke.. tapi sebab keyakinan diri kan.. ok tak kalau guna reason tu..hihi..

Apapun, sekarang ni akak tengah tekun dan rajin mengamalkan krim eye treatment enfusell dari shaklee.

Nanti kita share lagi after effectnya.

Tuesday, September 29, 2015

Batal lawatan sekolah ekoran jerebu di KL

Hmm.. tadi durra called.. bagitau berita sedih.. sedih la baginya..

Kata durra lawatan sekolah yang sepatutnya dijadualkan hari khamis ni ke KL terpaksa dibatalkan ekoran jerebu dan cuaca yang kurang sesuai untuk menjalankan aktiviti luar...

Jadi sedihlah budak imtiaz.. huhu... sebelum ni punya la excited kan..hihi..

Tak pe la.. nanti nanti boleh pergi lagi..

Tapi tu la kan.. pergi ngan famili tak sama ngan pergi ngan kawan-kawan kan. Ngan kawan-kawan enjoynya lain sket.. lagi happening kan..

Teringat zaman sekolah dulu.. hihi..

Monday, September 28, 2015

Apa ajaibnya gambar ni?

Semalam kat whatsup group family akak, ada adik akak share gambo ni. Siap ngan arahan lagi. Suruh bukak gambo dalam galery.

Jadi bila buka gambo dalam galery tu akan nampak la air sungai mengalir. Kalau tengok dalam mesej whatsapp nampak statik je gambo tu.

So akak pun check la jenis gambo tu.. rupanya jenis gif. Jenis animasi. Bukan jenis jpg gambo biasa.. Hmm... patut la... takde la magik apa sangat pun..kan.. hehe..

Sunday, September 27, 2015

AlFatihah..

Alfatihah buat rakan akak Dr Siti Haryati Shaikh Ali yang telah meninggal dunia di Mekah ketika mengerjakan ibadah haji pada hari Khamis, 24 September 2015 lepas. Dikabarkan arwah meninggal di atas ribaan suami, setelah mengadu sesak nafas.

Semoga Allah menempatkan arwah di dalam golongan para salihin. Amin.

Hari ni hari ahad, kami di Terengganu mula bertugas semula selepas cuti hari raya aidiladha.

Dan.. untuk sampai ke ofis akak, akak akan melalui kawasan parking yang dikhaskan buat kakitangan yang memegang jawatan pentadbiran, termasuklah arwah.

Di situ akak nampak kereta arwah. Sebuah kereta milik arwah ditempatkan di petak parking sementara arwah berada di Mekah menunaikan haji. Memang menjadi kebiasaan juga bagi kita untuk meletakkan kenderaan di ofis apabila bercuti panjang..

Apabila akak nampak kereta arwah, terus ingatan menerpa kepada keramahan arwah. Arwah memiliki keperibadian yang tinggi... bersikap mesra dengan semua orang.. dan arwah juga dikatakan suka menderma dan suka memberikan sumbangan apabila ada aktiviti di kampus...

Sungguh terasa kehilangannya... namun Allah lebih menyayanginya.

Semoga Allah mencucuri roh arwah dengan rahmat kebaikan dan kasih sayangNya.

Amin.


Friday, September 25, 2015

Sup gear box

Ari ni ari raya Aidil Adha.

Ada 2 jemputan makan ari ni. Adik akak dan adik ipar. Dua-dua buat kenduri akikah.

Adik akak adakan majlis akikah kat umah keluarga mentua kat duyung  dan adik ipar akak kat umah keluarga mentuanya kat pulau kerengga.

Jadinya, lepas zohor, akak bertolak ke duyung dari losong. Masa sampai kat sana gulai belum masak sepenuhnya lagi.. jadi sambil-sambil tu dok bersembang la.. hehe..

Tak lama lepas tu adik lelaki akak pulak sampai.. lagi meriah la kami sembang.

Masak je gulai kami pun apa lagi.. makan la.. hehe..

Apabila diberitau ada sup gearbox, adik akak yang lelaki siap mintak gearbox.. jenuh nak makannya...

Siap tuan rumah tanya nak straw ke tidak... rupanya macam tu lah cara makannya.. hmmm..

Wednesday, September 23, 2015

Cabaran terkini- hilangkan eyebag!

Hmm.. rasa macam nak share gambar kita je.. hehe.. Ni gambar akak yg terkini.. ambik 4 hari lepas.

Tengoklah eyebag akak.. agak ketara kan..

Tapi akak rasa kali ni dah kurang.. berbanding dulu...

Sekarang usaha berterusan dengan satu produk ni..

Nanti akak share gambar sebelum selepas.. hehe...

Tuesday, September 22, 2015

Police Evo.. tranung kite

Ari ni abe nik ngan durra gi mesra mall kerteh. Abe nik nak gi beli pencuci muka kat body  shop. Sebenarnya akak guna pencuci muka shaklee. Abe nik pun guna shaklee jugak. Tapi abe bgtau kulit muka nampak berminyak bila pakai shaklee. So abe nik guna body shop sebab sebelum ni pernah guna dan serasi ngan abe nik.

Ari ni pulak akak ada kelas.. full. So x dpt la nak temankan.. dah la cuti sekolah.. kesian durra.. x gi jalan mana-mana.. sebab mami x dpt nak cuti.. yelah.. tengah kelas tu.. memang confirm tak lulus la cuti kalau berani ambik pun.. haha..

So citernya.. tadi durra call.. masa tu akak dalam kelas.. nak bagitau yang mereka ni nak gi masuk panggung wayang. Tengok Police Evo zizang... tranung kita.. hehe..

Atas dasar cintakan tanahair kan.. sama-sama menyokong.. tranung kita.

Tuesday, September 15, 2015

Argghh.. jerebu jerebu...

Arghhhhh..

Citer pasal jerebu ni tak pernah ny nak habis.. saban tahun... every year.. mesti ada jerebu ni..

Mana datang jerebu ni? Negara jiran.. sebab kebakaran hutan.

Kenapa mereka bakar hutan?
Sebab nak buat penanaman semula kot..

Sudahnya... berjuta-juta rakyat menderita.. pedih mata.. sakit tekak.. demam.. selsema.. yang sakit asma usah cakap la.

Akak ni ha.. dari semalam perit tekak.. oohhh. Sungguh tak selesa.. kumur air garam 2-3 kali barulah ok sikit.

Ni pun bersin tak habis habis lagi.. aduiya...

Dah makan Nutriferon dah.. dah ambik suplemen garlic, b kompleks, omega lagi.. nak kuatkan daya tahan badan..

Memang tak tahan betul la..

Aduihai...

Kita ni boleh lah lagi kumur kumur air garam... kalau baby meragam..camne.. yang umur 2-3 tahun tu.. alahai..

Saturday, September 12, 2015

Makan-makan ... Resepi Rahsia

14/8/2015

Ari ni Jumaat. Cuti. so ari ni hari rileks sedunia kat Teganung la.. hihi.... ingat nak balik kampung sebab MakTeh buat kenduri akikah cucunya.. tapi kami tak jadi la pulak nak balik.. kenapa?

akak dari semalam dok siapkan 1 paper.. dan akhirnya selepas jumaat siap.. dah emel dah.. so lepas tu abe nik tanya nak balik ke tidak.. akak bagi keputusan tak balik la..

frust la durra.. so bawak la jalan-jalan cari makan.. makan kek.. hehe..

Friday, September 11, 2015

surface pro 3.. jadi panas sangat

Akak jadi heran bila sp3 yg akak beli jadi panas kat belakangnya.. kat baterinya.. heran bin ajaib betulla..

Bila on sp3, tak sampai 3 minit dah jadi sangat panas kt belakangnya..

So akak tanya kawan akak yg beli sp3 jugak. Dan akak siap pergi pegang kat belakang sp3 nya. Tak de la panas pun. Lagi la akak musykil.

So lepas sesi brainstorming pasal isu ni, kami berdua berpendapat kemungkinan besar akak perlu upgrade kepada windows 10. Sbb kawan akak tu dah upgrade kepada windows 10.

Ok. So akak buat keputusan untuk hantar sp3 kembali kepada suplier kat megamall kuantan. Tempat akak beli sp3.

So kat sana, memang staf tu akui kes pelik. Sebab setakat ni tak berlaku lagi.. huhhhu...

Sebenarnya akak dah surf web dah cari solution. Tapi tak de yang betul-betul akak dapat gunakan jalan penyelesaian tu.. sebab banyak yang sangat teknikal.. so lebih baik akak hantar kat  supplier... kang silap godek godek kang hilang warranty lak.. huhu..

Ok.. jadinya apa penyelesaiannya?

Staf tu bgtau beliau dah update dah apa-apa software yg perlu.. yg windows nye la kot..

Tapi ada satu perkara ni yg dia notice.

Katanya, " kak, sy perasan yg dropbox ni prob sket.. bila dia asyik connecting je sy perasan sp3 akak jadi panas.. so sy disconnect dropbox.. lepas tu dah kurang panas.."

Ops... dropbox yg buat hal rupanya.. akak pun rasa la kat blkg sp3 tu.. mmg x panas macam sebelumnya..

Oooo k.

Dan memang.. sekarang ni every time akak on je sp3, akak akan disconnect dropbox akak.. bila dah selesai kerja barulah akak connect utk update file lat dropbox.

Just sharing.. in case some of you out there are currently facing the same problem with your sp3.


Wednesday, September 9, 2015

Citer citer kehidupan manusia...

Semua kisah kisah ni berlaku kepada orang orang yang memang akak kenal. Cuma apa yang akak nak paparkan bukanlah tujuan untuk menceritakan keburukan malah bukan juga nak mengaibkan. Tetapi untuk berkongsi tentang pengalaman dan reaksi serta langkah penyelesaian yang diambil oleh mereka dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Semoga dapat memberikan pengajaran kepada kita semua.

Kisah 1:
Seorang isteri di awal usia 40an makan hati dengan suaminya. Suaminya telah meminta izin untuk berkahwin lagi. Mereka telah pun dikurniakan dua orang anak yang sedang meningkat remaja. Anak-anak yang comel dan kacak serta bijak.

Isteri membenarkan walaupun sangat berat hatinya. Suami akhirnya berkahwin lain, dengan janda anak enam.

Sehingga kini suami masih melaksanakan tanggungjawab terhadap rumahtangganya. Masih sama seperti sebelumnya. Namun tentunya ada juga dalam aspek lain si isteri mengeluh akan kelemahan yang wujud dalam situasi tertentu. Tambahan pula si isteri juga mengakui kekurangan diri kerana penyakit yang dialami.. menjadikan dirinya tidak mampu untuk memberikan yang terbaik kepada suami dan anak-anak.

Tapi isteri sangat memahami. Beliau redha. Kata beliau ini mungkin petunjuk dari Allah untuk beliau mendekatkan diri kepada Allah.

Kisah 2:
Seorang isteri di akhir 20-an. Mempunyai seorang anak sekolah rendah.
Semalam beliau bercerita mengenai pergaduhan besar yang berlaku di antara beliau suami isteri. Ini kerana suaminya sudah 2 bulan tidak bekerja dan tidak ada usaha untuk mendapatkan kerja. Sebelum ini suaminya pernah bekerja tetapi tidak lama di satu-satu tempat. Hanya bertahan 2-3 bulan sahaja.

Dan ketika ini hanya isteri yang diharapkan untuk membayar rumah sewa dan menanggung makan makan keluarga. Isteri pula sehingga terpaksa berhutang untuk meneruskan kehidupan sekeluarga.

Akhirnya si isteri melahirkan ketidakpuasan hatinya kepada suami. sudahnya mereka suami isteri dikabarkan berpisah.

Si isteri akhirnya balik ke pangkuan keluarga untuk meneruskan kehidupan bersama anak.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka ini.

Kisah P Ramlee... dalam Ali Baba Bujang Lapok..

Akak terima mesej lawak ke der.. pasal dialog dalam filem Ali Baba..

Ntah ye ntah tidak...

Hmm...

Monday, September 7, 2015

Kesiannya bila newborn baby kena cucuk ambik darah...

Kebetulan masa akak balik kampung ituhari akak sempat la tolong adik akak yang baru je dapat baby girl. Baby kena jaundice.. kuning tinggi.. so kena berulang alik ke sepital.

Akak dah share sebelum ni sebenarnya.  Tapi nak upload gambar je kali ni.. hehe..

Apa nama baby? Hehe.. yelah.. mungkin ada yang tanya kan.. nama panjang.. akak lupa dah.. tapi panggil Dhia..

Memang geram tengok.. bulat pipinya..

Sunday, September 6, 2015

Hilang sakit perut... adakah hanya kebetulan?...hmm..

So akak sambung citer sakit perut semalam.

Tengahari balik dari klinik tu lebih kurang kul 12 akak makan ubat angin ngan ubat sakit perut. Tapi sampai ke malam masih lagi sakit tak hilang. Dalam pada tu akak dok musykil la camana nanti nak gi ngajar esok ni..

Dan memang rutin akak setiap malam ialah makan suplemen ostematrix ngan ajht. Cuma dah seminggu tak makan sebab kononnya nak try ngan jamu..hehe.. akak baru je try makan jamu bidan kampung. So seminggu ni akak stop la makan suplemen shaklee tu..nak tengok perbezaan sebenarnya.. hihi..

So bila dah sakit ni akak stop la makan jamu tu. Dan malam tadi akak sambung balik makan ostematrix dan ajht. Dan u know what.. pagi tadi akak bangun tido kan.. walla.. memang sakit perut akak dah hilang.

Tak pasti la apa yang terjadi kan.. tapi akak yakin dan pasti oatematrix dan ajht tu memainkan peranan penting dalam membantu hilangkan sakit perut akak. Dan tentulah dengan izin Allah jua kan.

Sememangnya ostematrix ni juga terkenal dengan kuasa penyembuh kepada mereka yang mengalami sembelit..

So sapa yang sedang menghadapi masalah yang lebih kurang sama ngan akak bolehkah cuba berikhtiar dengan makan ostematrix shaklee.

Kita hanya berusaha Allah yanh berkuasa menyembuhkan. Dan bila kitaa berusaha kita dah dapat pahala kan. So teruskan berusaha dan berikhtiar mencari penawar dan penyelesaian untuk membantu tingkatkan kesihatan dan kehidupan kita. Semoga apabila kita sihat maka lebih selesa bagi kita menjalani ibadah dengan lebih sempurna. Kan.

Saturday, September 5, 2015

Sakit perut lepas makan daging kambing ngan black pepper... adeiiii...

Akak nak citer pasal sakit perut.. ishh.. sakit perut pun nak citer kan.. alahai.. tapi ni bukan kisah sakit perut biasa.. ni kisah sakit perut luar biasa.. sangat luarbiasa.

Bulan lepas pertama kali dalam sejarah akak kena sakit perut yang sangat dasyat.... (tapi sakit perut nak beranak lagi maha dasyat la...) tengah malam kul 2 pagi.. masa tu kami pergi kuantan duk kat hotel rocana. Tiba tiba sakit perut rasa macam memulas sangat. Tapi tak rasa nak buang air. So akak masak air dan buat air teh kosong.. kot kot lepas tu boleh u-uk.. tapi tak jugak.. masih sakit perut. Sudahnya akak jalan jalan dalam bilik buat penenang hati.. tak jalan jugak.. sebab tangan dan kaki akak dah sejuk giler.. terpaksa la kejutkan abe nik.

Abe nik cari minyak.. dapat jumpa minyak angin dalam kereta.. (moralnya: lain kali pastikan minyak angin ke minyak gosok ke ada dalam beg masa pergi outing).

Abe nik gosok tangan dan kaki akak.. tanya akak nak gi sepital ke tidak.. sebab akak tak larat sangat nak jalan akak bagaitau tak nak lagi.

Dah lega sket barulah boleh tidur. Tu pun tidur tidur ayam. Pagi tu bangun tidur memang sakitnya Tuhan saja yang tahu. Jalan pun membongkok.

Lepas checkout, dalam perjalanan balik memang sengsara la. Kalau ada lalu jalan yang ada bonggol memang mengaduh la akak.. terpaksa pegang perut.. sakit woo.

Bila pikir pikir balik selepas buat post mortem akak bagitahu abe nik rasanya perut akak ada masalah makan daging kambing black pepper kot. Sebab malam tu kami makan nasi arab kat restoren depan bangunan hotel rocana. Well.. itu hanyalah hipotesis.. hanya andaian.

Nak jadi cerita. Semalam akak pergi megamall kuantan dan kami makan kat restoren rasamas. Makan ayam blackpepper. Ok je xde apa yang berlaku.

Sebelah malamnya, kami makan kat hotel uitm dungun. Akak makan kuetiaw goreng dan abe nik makan lamb chop. Black pepper. Dan akak pun turut sama makan lamb chop tu.

Kisahnya, kul 3 pagi tadi akak sakit perut. Sama macam yang sebelum ni masa kat hotel rocana tu.. cuma kali ni tak sampai tangan dan kaki sejuk.. tapi perut memang sakit la. Jalan pun membongkok.. memang sakit.

So akak bangun ke dapur buat air teh kosong. Masih tak de tanda nak buang air... kemudian lebih kurang setengah jam lepas tu akak minum air asam jawa sejuk. Best wo.. tapi masih takde tanda tanda nak buang air besar.. huhu.

Tapi akak tak sampai hati la nak kejutkan abe nik sbb yelah.. satu hari drive.. letih betul.. kesian pulak kat abe nik. So akak dok depan tv siap nonton astro channel diva lagi.. hihi.. tapi sakit perut lagi tau.. hehe.. cumanya rasa kurang la sakitnya sebab minda tak fokus sangat kepada perut yang sakit tu tapi lebih kepada citer kat tv. Oklah tu..

Dalam kul 4.30 gitu abe nik terbangun tidur dan keluar bilik.. tanya akak kenapa.. sakit ke. Akak bagitau la sakit perut macam yang kat hotel rocana dulu tuh.. abe nik tanya dah sapu minyak ke.. nak gi spital ke.. akak jawab biar dulu.. macam biasa la.. jawapan skema sebab dah memang tak suka makan ubat kan.. hehe..

Tapi bangun je tidur pagi tadi perkara pertama abe nik bagitau ialah "bersiap sekarang. Kita gi klinik. Tak boleh dibiarkan ni.." so ke klinik la akak.. jalan pun memang bongkok2 la.. lawan ngan kura-kura memang sah kalah akak.. hehe.

Bila masuk jumpa doktor akak pun citer la pasal sakit perut ni.. dah kali kedua.. pastu jadik pulak lepas makan daging kambing.. black pepper lak tu.. and doktor check perut akak.. siap akak  bagitahu doktor jangan kuat kuat.. sakit.. hehe.. macam budak-budak je..

Doktor bagitau kemungkinan besar perut sensitif.. ai.. perut..
Pandai pulak main sensitif sensitif ni.. so doktor bagi ubat gastrik, ubat angin dan ubat sakit perut..

Balik rumah akak makan ubat angin dan ubat sakit perut.. kurang la sket sakit.. tapi masih tak hilang sampai sekarang.. masih rasa perut bengkak je gitu.. aduhai perut.. takpe.. tenangkan diri.. tarik nafas... hembus...fuhhhh..

Tapi itulah.. mulai hari ni akak memang tak akan sentuh daging kambing ngan black pepper.. tak sanggup wo..  nikmat makan tu tak setimpal ngan sakit yang datang.. huhu..

Friday, September 4, 2015

Lawat anak kat asrama

Setakat ni memang akak dan abe nik tak miss lagi la datang melawat durra kat asrama... sampaikan ada kawan-kawan durra cakap durra manja.. hehe

hari jumaat semalam, akak g kuantan sebab nak jumpa dealer kedai komputer kat berjaya megamall kuantan. akak nak tanya pasal tablet surface pro 3 yg akak beli ituhari.. ada technical problem sket..

so ikutkan plan nak g jumpa durra hari sabtu keesokkannya.. tup tup masa kat megamall tu durra tepon tanya boleh tak datang hari ni.. pastu nk sambut birthday kawan.. so mintak akak belikan kek.. hmm... siap bagitau lagi budjet kek tak lebih $60.. hehe.. pastu durra bagitau nanti bayar balik guna duit kelas.. haha.. tak kisahlah..

so siap urusan akak kat megamall akak pun terus la menghala balik nak gi ke tempat durra pulak.. berenti solat kat RnR Cukai jap.. so sampai la lebihkurang kul 6.15 pm.. abe nik letih ngat.. ye lah.. dari pagi drive tu..

jumpa anak hilang segala keletihan.. punya la suka tengok kek coklat.. haha..
tapi ari ni tak dang pulak ambik gambo.. aisey...

Thursday, September 3, 2015

pokok hibrid

sekarang ni semua dah mudah... dulu pokok pokok tinggi .. perlukan galah bagai untuk petik buah... contohnya pokok kelapa.. pokok petai... punya la tinggi melangit.. nak ambik buah kena panjat pokok..

sekarang ni tak lagi.. pokok yang tinggi dah jadi rendah.. yang kurang berbuah dah boleh hasilkan banyak buah... alhamdulillah.. kita sangat berterima kasih kepada kemajuan teknologi tanaman hibrid ni.

Jadinya.. sekarang ni semua orang dah boleh tanam pokok depan rumah tepi rumah belakang rumah...tak perlu ruang tanah besar pun.. lebih baik tanam pokok yang boleh memberikan hasil kepada kita kan.. daripada tanam rumput.. kan kan kan..

cepat cepat.. boleh call nombor yang ada kat dalam gambar tu..

Wednesday, September 2, 2015

99 cahaya di langit eropah

Sapa yang pernah membaca buku dan/atau pernah menonton filem adaptasi 99 cahaya di langit eropah memang akan bersetuju dengan akak... setuju apa? setuju yang ceritanya sangat sangat menyentuh hati dan jiwa keislaman kita..

akak hanya menonton filem yang kebetulan ditayangkan kat astro. ada 2 episod.. sebab duration yang lama jadi kena dibuat dalam dua masa..

citernya berkisar tentang pengalaman suami isteri di venice austria. isteri menemankan suami yang sedang melanjutkan phd di sana. jadi si isteri punya masa untuk meneroka dunia kembara di sana.

Memang banyak sangat pengajaran yang membuatkan kita akab terasa kagum... kagum dengan kekuasaan Allah. Bukti keesaan Allah ada di mana-mana... hanya bagi mereka yang mengetahui.

Semoga Allah sentiasa memberi petunjuknya kepada kita semua. Amin.

Tuesday, September 1, 2015

akhirnya terjawab kenapa lambat sangat proses tukar dari celcom ke redone..

akhirnya... secara rasminya akak dah jadi pengguna penyedia perkhidmatan telekomunikasi RedOne.. dan secara rasminya juga akak telahpun bertukar dari Celcom.. walaubagaimanapun nombor akak masih lagi kekal sama.

tapi dia nye proses nak tukar tu.. fuh... punyalah lama.. sangat lama.. dan selama itulah akak terpaksa bertahan dengan servis telefon yang sangat mendukacitakan...

bayangkan.. setelah 7 kali cubaan memohon pertukaran dari Celcom.. barulah berjaya... ntah apa la masalahnya..

so kalau ada yang cakap pendaftaran ke RedOne automatik, jawapannya tidak.. namun begitu ianya tertakluk kepada konteks seperti;
- pengguna baru? automatik dapat daftar segera
- pengguna telco lain prepaid- mungkin 2-3 hari masa peralihan diperlukan
-pengguna telco lain postpaid - mungkin berminggu macam akak.

anyway.. just sharing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!