walaupun raya dah lepas, tapi akak terlepas la pulak nak citer pasal baju raya akak yang tak siap.. apa? tak siappp? ha aaa..tak siap.. mesti korang ingat akak hantar lambat kan? oh no.. akak bab2 baju raya ni, awal2 lagi hantar kain kat tailor..
3 hari sebelum raya akak dah tepon tanya.."Bila akak boleh ambik baju raya akak?"
wah.. dia nya citer lagi syahdu.."ala kak.. mintak maaf.. mesin rosak.. ni tumpang jahit kat umah mak.."
mak aii.. nak marah pun tak jadi.. last2 akak bagitau "xpelah kalu gitu.. siapkan baju akak selai dan baju durra selai.. selai sorang.."
aii dia lak boleh sambung "akak tak marah ke?"
ish ish ish.. maunya tak marah.. tapi sebab dah berazam nak cool down dan banyak bersabar kan.. akak cakap "sapa tak marah kalu baju raya tak siap.. marah memang marah.. tapi xpelah.. siapkan jelah ye.."
kalu ikutkan, baju raya akak takdelah grand macam dalam gambo nih..
baju kurung biasa je pung..
so nak dijadikan citer, hari yg akak nak balik kampung tu, hari jumaat, pagi tu akak tanya sekali lagi, da siap ke belum baju raya akak.. tailor message, "kul 2.50 la akak datang ambik.."
hmm... sebab kami balik pun lepas jumaat, jadinya oklah,, akak tunggu..
dah dekat kul 3 akak msg kat tailor, "betul ke dah siap ni? kalau x siap akak tak pegi ambik.. tahun depan la akak ambik.."
tailor message, "kul 3.50 akak datang ambik ye.."
Dah sah kena kelentong nih.. so, akak bagitau kat durra, "takpelah dik, tak pakai baju kurung untuk raya ni.. kita kan dah beli jubah.. kita pakai jubah ye."
sian durra.. sebab nak sangat pakai baju raya warna tangerine tuh.. warna apa tangerine tuh.. ha.. korang cari la sendiri ye..hehe..
so nak sambung citer lagi, kul 4 masa nak kuar rumah dah nak balik kampung ni, tailor message akak, "kak, marilah ambik baju. dah siap.."
ok... cantik.
akak pun pegilah ambik baju raya akak..
sampai sana tailor tanya lagi akak, "mintak maaf kak.. betul akak tak marah ni?"
dengan coolnya akak cakap, "xpelah.. tapi lepas raya ni siapkan semua baju akak ye."
Nak marah pun takleh jugak.. sebab dia je la tailor akak yang sangat flexible, dan sangat bagus jahitannya..
hmm..