Monday, August 11, 2014

Kisah Imtiaz dan hafaz quran

Bagi pelajar-pelajar imtiaz dan kalangan ibubapa, bila berjumpa dan bersembang pasal anak-anak memang tak lari dari soalan cepumas, "Dah juz berapa dah?"


sebenarnya, setiap pelajar tak sama.. ada yang cepat hafalannya,.. dan ada yang kurang cepat.. kadang tu sebagai ibubapa memang terasa la jugak bila mak ayah ada yang berbangga sebab anak2 dah boleh hafal juz 10 sedangkan ada rakan2 lain yang masih lagi berada di juz 3, 4 atau 5. 

bagi makayah, jangan gusar.. jangan bimbang.. bimbang tak bertempat hanya akan memburukkan lagi keadaan dan hanya akan memberi tekanan kepada anak2.

akak dan abe nik selalu cakap ngan durra "adik buat yang terbaik. cuba yang terbaik. berdoa banyak-banyak. InsyaAllah, Allah beri yang terbaik."

kita akur bukan senang untuk menghafaz quran.. walaupun ada macam2 cara, tapi masing2 kita ada kelemahan dan kekurangan dan antara seorang dengan seorang yang lain tak sama kan..

ada jugak cara lain seperti menjemur pelajar di padang bawah matahari panas terik.. berkesan? ye berkesan sebab masih ada lagi hafalan di sekolah pondok yang melakukan latihan sedemikian rupa,. tapi kita sebagai ibubapa tentunya tidak sanggup mendengar anak-anak dijemur tengah panas matahari kan..

Apa yang Allah beri kepada kita adalah yang terbaik. yang mesti kita lakukan ialah sentiasa positif dan ikhlas dalam menunaikan kewajipan dan ibadah kepada Allah SWT. InsyaAllah Allah membantu kita mencapai kejayaan seperti yang diimpikan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!