Ha.. mesti ada yang terangkat kening bila baca entri akak ari ni... sabo sabo sabo..
Tapi memang pun kan.. kita memang tak boleh gemuk kalau gemuk itu
- menyusahkan kita untuk bergerak cergas
- menyebabkan orang lain terpaksa bersusah payah untuk kita
- menghalang kita dari berbakti kepada keluarga terutamanya ibubapa, suami dan anak-anak.
Dan penyebab utama kenapa kita memang kena berbuat sesuatu kalau kita ni dah sangat gemuk ialah...
Apabila kegemukan kita menghalang kita untuk beribadah, bersolat sepertimana yang telah difardukan kepada semua orang Islam.
Jadi kalau kita sukar solat sebab kegemukan kita, maka kita kena la berusaha kuruskan badan. Kerana apa? Untuk siapa? Untuk kita, demi Allah Taala. Betul tak?
Jom jaga kesihatan diri sendiri. Untuk siapa? Untuk kita dan ibadah kita!
No comments:
Post a Comment